Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 29, 2013

Bullshit! : Ada ADUN BN Perak Nak Jadi Katak?

PANAS ! ADUN BN PERAK NAK LOMPAT PARTI...HANGPA JANGAN CAYA BULAT-BULAT?

Kenyataan Media (29 Mei 2013)

ADUN LOMPAT: PR MESTI SERAH KEPADA RAKYAT


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak melihat khabar angin yang dikatakan bahawa beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Perak akan 'melompat parti' dan kejatuhan Kerajaan Negeri BN Perak amat serius sama sekali. Bagi kami peristiwa yang pernah berlaku seawal Februari 2009 semasa rampasan kuasa jahat oleh BN yang telah menjatuhkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) Perak perlu diambil sebagai pengajaran yang amat berguna.

Pertamanya kami tegaskan, kami tidak bersetuju sama sekali jika benar ada ADUN BN yang akan melompat bagi menumbangkan kerajaan negeri di Perak. Kami berharap kepimpinan PR tidak mengulangi 'kemarahan rakyat' ketika kita pernah ditumbangkan dalam keadaan yang sama. Keduanya bagi kami, jika ketidakpuasan hati ADUN BN terhadap kepimpinan Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir adalah masalah diantara mereka dan tiada kaitan dengan PR sama sekali.

Walaupun pelbagai cerita yang dimaklumkan beberapa janji Datuk Seri Zambry yang akan melantik EXCO mengikut daerah tetapi hasilnya dilihat gagal antaranya Daerah Kerian dan Kuala Kangsar serta termasuk beberapa ADUN yang lebih 'senior' masih juga tidak dilantik. Ini tidak termasuk Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Kawasan Bota yang pernah dijanjikan EXCO oleh Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Tan Sri Mohamed Ghazali dahulu yang pernah dikatakan merajuk dan keluar parti dahulu masih juga tidak dilantik.

Tetapi bagi kami, jika benar beberapa orang ADUN BN yang ingin melompat, sepatutnya dikembalikan kepada rakyat iaitu memberikan usul tidak percaya kepada Datuk Seri Zambry dan seterusnya membubarkan DUN Perak bagi diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK) peringkat Negeri Perak. Inilah cara yang terbaik dan sewajarnya kepada ADUN BN yang menolak kepimpinan Datuk Seri Zambry dan peluang rakyat memilih kembali PR untuk memerintah Perak!

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS
Timbalan Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

4 comments:

  1. Ya, kita mahu sebuah kerajaan yang bermaruah BUKAN KERAJAAN DARI SOKONGAN KATAK-KATAK.

    ReplyDelete
  2. Dulu Katak cuma bolh buat umpan Mengelau...HARUAN....

    X caya tanya depa yg ada Bendang kat area (KERIAN)Tanjung Piandang,Titi Serong,Simpang Lima,Sungai Bogak,Batu Lapan,Alor Pongsu,Parit Hji Ismail,Parit Antara,Parit Hj Taib,Parit Gabis....Darat/Baroh.

    Lar nie KATAK bolh ubah Dewan Undangan Negeri Pulak?

    Hebat...

    Kah!kah!kah!

    Maaf.,Jgn Maree.

    ReplyDelete
  3. Sudah2 lah berpolitik. Yang menang & yang kalah pergi lah buat kerja masing2 utk bantu rakyat. Rakyat pun nak buat kerja dan tak ada masa nak berkempen lagi utk bagi menang org2 yg kemaruk kuasa.

    ReplyDelete
  4. jgn layan daripada puak2 setan dr bn yg nak lompat, belajar dari kisah lama yg mana berok dr tg belanja lompat msk pkr pastu buat u turn msk umno..last2 krajn pr tumbang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa