Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 25, 2013

Apa Pulak Nih?

Baru-baru ni bila Zahid berkata demikian, kita marah dan mengatakan bodoh
Tapi kini kita pulak yang mengikut apa yang Zahid kata
Kenapa kita ikut bodoh?
Habis siapakah kita?
‘Sila berambus keluar negara’
Jamilah Kamarudin May 25, 2013
Seorang perwakilan dari Kedah, Azman Nasrudin menggesa Pengerusi SPR dan timbalannya meletak jawatan
Kongres PKR ke 9
PETALING JAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Timbalannya Wan Ahmad Wan Omar digesa segera meninggalkan negara ini jika terus enggan meletakkan jawatan dalam badan bebas itu.

Perwakilan PKR dari Kedah Azman Nasrudin berkata, ini berikutan kegagalan Abdul Aziz dan Wan Ahmad menyelesaikan masalah penambahbaikan sistem pilihan raya, antaranya kelemahan sistem dakwat kekal, peti undi, ‘blackout’.

“Kita minta Pengerusi SPR dan Timbalannya letak jawatan. Kalau tak kita perhambat mereka berambus keluar negara,” katanya diiringi tepukan kira-kira 500 perwakilan dan pemerhati Kongres PKR ke-9 di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di sini hari ini.

Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas berkata, beliau cukup kecewa dengan Abdul Aziz yang seringkali tidak serius memberikan jawapan setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat mengutarakan kemelut persoalan ketelusan sistem pilihan raya.

Beliau juga merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini yang menyatakan mana-mana rakyat Malaysia yang masih tidak berpuas hati dengan sistem politik tempatan boleh berpindah keluar negara.

Terbaru, Wan Ahmad berkata dakwaan ‘blackout’ semasa hari mengundi adalah fitnah dan lakonan semata-mata.

Wan Ahmad berkata, siasatan awal SPR menunjukkan sekeping gambar dimuatkan di internet menunjukkan kononnya berlaku insiden lampu padam semasa pengiraan undi pada 5 Mei lalu dirakamkan sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU-13) lagi.

“Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.

“Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR,” katanya dipetik laporan Bernama semalam.

Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.


Sementara itu, Azman yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah sempat membidas mengenai petugas ejen calon PACA (Pollling Agent and Counting Agent) lantikan PKR yang tidak terlatih.


Katanya, PACA parti tidak diberikan latihan yang mencukupi dan gagal membantu melicinkan proses mengundi pada PRU-13, 5 Mei lalu sehingga mengundang risiko kepada penipuan pilihan raya.


Beliau bagaimanapun tidak menujukan secara khusus kawasan pusat mengundi yang berkenaan, namun menegaskan PKR perlu diambil serius isu terbabit.

1 comment:

  1. Ha3..dah jadi 2x5 je..PKR & UMNO berbeza tiada..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa