Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 25, 2013

Tok Guru Di Baling Taik

Bila sebut Tok Guru teringat saya akan satu pengalaman saya sendiri berhadapan dengan seorang Tok Guru. Masa itu umur saya dalam belasan tahun

Satu petang saya beritahu Ayah yang saya ingin melawat dan berjumpa dengan Sidi Abdul ***** yang sangat gah namanya ketika itu di dalam mendakwah rakyat tanpa terikat dengan apa-apa pertubuhan atau parti politik (Pendakwah bebas)

Beliau menjalankan kerja dakwah dengan sungguh gigih dari selatan Thai sehingga ke Johor tanpa bantuan meterial dari mana-mana pihak kecuali kalau ada pun dari hasil sedekah dan hadiah dari orang-orang yang pemurah

Apabila saya memberitahu dan meminta izin Ayah, Ayah tersenyum dan gembira. Ayah benarkan saya pergi.

Sidi ini tinggal di satu daerah di Kuala Terengganu. Di situlah beliau menetap dan mengadakan kuliah agama

Pada kesokan petangnya saya ke KualaTerengganu dengan menonggang motorsikal bersama seorang kawan. 

Setibanya di daerah itu, saya bertanyakan lokasi rumah Sidi kepada orang-orang di kampung itu, saya ditunjukan rumahnya yang bersebelahan dengan masjid. Saya tiba di situ selepas waktu isyak.

Setelah memberi salam, beliau sendiri yang menjemput saya naik kerumah dan bertanyakan tujuan saya menemuinya. Setelah saya beritahu tujuan saya dan bersembang sebentar, saya dan kawan saya diajak makan malam di rumahnya.

Pada masa itu saya nampak Sidi diserang selesema yang teruk sehinggakan tuala 'good morning' sentiasa ditekapkan di hidung kerana 'running nose'

Selepas makan kami bersembang sehingga ke jam satu pagi. Dari situlah saya dapat tahu yang Sidi adakan rakan Ayah saya. Saya masuk tidur bila Sidi menunjukkan bilik untuk saya tidur. 

Dari bilik inilah yang menibulkan rasa kagum saya terhadapnya. 

Setelah saya masuk ke bilik dan baring sebelum terlena saya mendengar Sidi melakukan solat sunat dan berzikir sehinggalah saya terlena. Entah jam berapa ketika itu tidaklah pula saya tahu.

Ketika saya terjaga pada jam lima pagi keesokannya sebelum saya bangkit, saya mendengar yang beliau masih berzikir. Saya terfikir agak bilakah Sidi tidur dan kalau beliau tidur berapa jamkah beliau tidur? Dalam keadaan demam begitu dan ditambah pula dengan 'running nose' yang teruk beliau masih lagi gigih beribadat. Saya yang masih belasan tahun umurnya pun tidak mampu berbuat begitu.

Saya mandi dan bersolat subuh berjemaah di masjid yang diImami oleh beliau. Selesai solat dan berwirid beliau menyampaikan pula kuliah subuh sehingga jam sembilan pagi.

Saya diajak lagi bersarapan di rumahnya. Saya ingatkan di rumah yang saya tidur malam tadi tetapi sebaliknya saya diajak ke rumah yang lain pula tetapi di dalam perkarangan yang sama. 

Di situ barulah saya tahu yang rumah ini adalah rumah yang dikhaskan untuk isteri pertama dan keduanya. Rumah yang saya bermalam malam tadi adalah rumah isterinya yang ke tiga.

Satu lagi yang mengagumi saya di rumah ini. Rumah ini kungsikan bersama isteri pertama dan isterinya yang kedua. Mereka hidup serumah dengan damai dan melakukan kerja-kerja rumah bersama malah pada pagi ini saya lihat isteri ketiganya juga berada di sini untuk membantu dua isteri yang lebih tua itu.

Selepas bersarapan kami bersembang lagi. Sebenarnya bukanlah bersembang dalam erti kata sebenarnya kerana banyak perkara yang dicurahkan kepada saya sejak kami bersama pada malam tadi lagi. Banyak juga perkara yang beliau minta saya tulis dan catat untuk hafalan serta kaifiatnya.

Sehinggalah masuk waktu solat jumaat, kami pun sama-sama ke masjid bersolat jumaat seterusnya makan tengahari juga di rumahnya.

Saya bertanya kepadanya apakah kerja harian untuk nafkah keluarga. Beliau jawab yang dia berkerja bermajikankan Allah dan rezeki yang Allah kurniakan adalah gajinya. Itulah yang menyara keluarganya dan belanja untuk pelajaran anak-anaknya.  Pada masa itu ada anaknya di Universiti dan ada yang belajar di Kolej Islam Kelang.

Dengan tegas beliau berkata kepada saya bila kita tunaikan hak Allah dan kita bekerja untukNya maka Allah akan limpahkan rezeki yang bukan setakat cukup keperluan tetapi agak mewah!

Selepas makan tengahari saya mohon diri untuk pulang. 

Di perjalanan pulang saya terfikir bilakah Sidi tidur? Bilakah beliau berehat? Sebab sejak saya tiba di rumahnya malam tadi dan sehingga saya meninggalkan rumahnya beliau masih belum berehat. Malah malam tadi entahkan tidur, entahkan tidak. Kuat sungguh Allah kurniakan semangat dan kudrat kepadanya.

Setiba saya di rumah, Ayah berada di rumah dan bertanyakan kisah dan apa yang saya dapat dari Sidi. Saya pun ceritalah kepada Ayah dari A sehingga Z. Pada raut wajahnya saya nampak kegembiraan dan bangga.

Ayah bercerita kisah silam tentang Sidi ni. Rupanya di dalam kerja menyampaikan dakwah banyak bahaya dan cabarannya.

Beliau pernah ditembak dalam cubaan membunuhnya ketika beliau berdakwah di Selatan Thailand. Beliau ditembak ketika sedang Solat tetapi sebaliknya yang terkena peluru adalah sipenembak itu sendiri dan mati. Kampung yang dimaksudkan memang kampung yang penduduknya tidak berapa kenal Allah dan dipenuhi maksiat

Dari cerita itu saya teringatkan pesanan Sidi, bila saya datang pada lain masa beliau akan mengijazahkan 'Ilmu Hidup' kepada saya. Semasa di rumahnya tadi bila beliau sebut 'Ilmu Hidup', saya terpinga-pinga dan tersengih-sengih tapi tidak pula saya bertanya apakah ayat dan bagaimanakah pula amalannya.

Ayah saya juga bercerita yang Sidi pernah dibaling taik (najis manusia) ketika sedang berceramah di satu tempat. Tetapi balingan itu tidak mengena sasaran. Rupanya Sidi bukan saja berceramah dan memberi kuliah di masjid tetapi beliau juga berceramah di tempat terbuka sebagaimana orang politik sekarang lakukan.

Yang anihnya sipembaling taik tadi bila pulang, najisnya sendiri keluar tidak berhenti-henti sehinggalah sipelaku itu datang memohon maaf kepada Sidi. Selepas didoakan oleh Sidi, barulah najis yang keluar itu berhenti! 

Sebenarnya saya teringatkan kisah ini bila saya terbaca satu N3 dari blog mutaligat yang bertajuk Kisah benar maki Tok Guru

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa