Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, May 25, 2013

Kalau Baca Statements Zahid Ini, Tuduhan Yang Polis Lakukan Provokasi Memang Berasas

Untuk makluman Pak Zahid
Semua Peserta dan Pemimpin Perhimpunan ini tiada yang mahukan kekacauan atau keganasan kecuali Tengku Aziz dan makhluk yang satu kepala dengannya sahaja

Dari mula siri perhimpunan ini dianjurkan, ada ker pertumpahan darah, kekacau dan keganansan?
Apa pula buktinya yang Pak Zahid kata Penganjur perhimpunan gagal mengawal keganasan?

Cer fahami pula kenyataan Zahid yang saya bold dan birukan di bawah....

Zahid yakin polis mampu tangani perhimpunan di Petaling Jaya secara bijaksana
MAY 25, 2013
KUALA LUMPUR, 25 Mei — Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mampu menangani serta mengawal perhimpunan yang ditunjangi pembangkang di Petaling Jaya hari ini secara bijaksana dan berhemah. 
Beliau berkata perhimpunan ‘suara rakyat 505’ itu ternyata sama sekali tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012 apabila tiada sebarang notis pemberitahuan diserah kepada polis serta ia dilakukan di tempat terbuka. 
“Saya melihat perhimpunan itu sebagai satu tindakan provokasi yang cuba dicetuskan bagi mencabar kewibawaan polis, jadi saya menyerahkan sepenuhnya kepada Ketua Polis Negara dengan segala peruntukan akta yang ada bagi menangani perhimpunan tersebut dengan cara yang terbaik,” katanya dalam rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi. 
Ahmad Zahid (gambar) turut mengingatkan peserta perhimpunan agar tidak menimbulkan kekacauan serta provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam. 
“Saya harap tidak berlaku sebarang provokasi sama ada daripada peserta perhimpunan mahupun pihak polis sendiri... jangan mencabar serta menghina pihak berkuasa, kita harus faham tugas masing-masing, jangan perlekehkan pihak polis,” katanya. 
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menolak tanggapan tindakan polis dan agensi di bawah kementerian berkenaan menggambarkan ketegasan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri yang baharu. 
Tanggapan itu timbul ekoran penahanan tiga aktivis pembangkang di bawah Akta Hasutan dan rampasan akhbar serta majalah pembangkang yang melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan oleh agensi di bawah kementerian berkenaan baru-baru ini. 
Beliau berkata tindakan tegas pihaknya adalah bagi menguatkuasakan undang-undang sedia ada. 
“Saya menyerahkan kepada pihak profesional untuk melakukan tindakan itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang harus dikuatkasakan oleh mereka sendiri dan tidak ada campur tangan daripada saya selaku Menteri Dalam Negeri,” katanya. —Bernama

2 comments:

  1. Bodo la hang nie.... pusing cerita mcm keling...

    aku teringat satu peristiwa y berlaku beberapa tahun lepas bila mana seorang paderi melayu dok pusing maksud ayat dlm Surah AlFatihah "Tunjukkan kami jalan yang benar"
    Paderi bangang tu kata betul la Islam tu sesat pase kita still dok minta Allah tunjuk jalan y benar....

    Sama la mcm hang ni dok pusing ...bodoh..

    ReplyDelete
  2. anon 3:13 PM

    Sibodoh adalah manusia yang tak sedar dirinya bodoh!

    Bahasa yang mempunyai maksud tersirat pun tak faham!

    Jadi kalau kita bangang jangan kata orang lain bodoh. Ada faham?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa