Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 9, 2013

Padan muka Azmin Ali

FMT Staff | May 9, 2013
Kekalahan Pakatan Rakyat di DUN Semenyih dan Kota Damansara adalah akibat dari sikap tamak haloba Pengerusi PKR Selangor itu.

Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan kedudukan Pakatan Rakyat (Pakatan), yang terdiri dari gabungan PAS, DAP dan PKR, di Selangor semakin kuat.
Pakatan semakin kuat walaupun usaha untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang paling kaya itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.
Pencapaian PAS paling memberangsangkan apabila berjaya memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya lapan DUN pada tahun 2008.
DAP pula menambah dua kerusi iaitu daripada 13 DUN pada PRU-12 kepada 15 DUN pada PRU-13 Ahad lepas.
Namun PKR mengalami kemerosotan apabila memenangi 14 kerusi DUN kali ini, berbanding 15 DUN pada tahun 2008.
Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Beliau harus bertanggungjawab di atas kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor.
Umum mungkin melihat pada angka dan beranggapan PKR cuma kalah satu kerusi DUN tetapi apa yang orang ramai tidak sedari ialah ini adalah akibat sikap tamak haloba Azmin.
PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor.
Hanya kerana isu kecil penggunaan logo (genggam tangan) PSM (Parti Sosialis Malaysia), yang akhirnya PSM mengalah dan bersetuju menggunakan logo PKR.
Azmin tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap usaha dan gerak kerja Setiausaha PSM, S Arutchelvan di Semenyih sejak lebih 10 tahun lepas, membuat keputusan agar PKR tetap bertanding di DUN Semenyih.
Seterusnya bos Azmin iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membantah keputusan Azmin dan tanpa rasa bersalah kepada PSM, seterusnya mengumumkan Hamidi Hassan sebagai calon DUN Semenyih pada malam 4 April lalu.
Sumber PAS memberitahu FMT, apabila senario ini berlaku, ia mendesak PAS juga untuk meletakkan calonnya sendiri di DUN Kota Damansara kerana tidak mahu rugi dari segi pembahagian kerusi apatah lagi ianya kerusi yang berpotensi dimenangi PAS.
Maka PAS mencalonkan Ridzuan Ismail di Kota Damansara walaupun penyandang DUN itu, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.
Tidak mungkin Ridzuan menghantar kertas pencalonan kalau tidak mendapat watikah daripada PAS Pusat sedangkan pada asalnya PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Kota Damansara.
Arutchelvan dan Dr Nasir masing-masing calon yang paling layak untuk bertanding di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.
Akhirnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung dengan calon BN tetapi juga dengan PKR dan PAS; walaupun Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan Ridzuan menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.
Pakatan lawan Pakatan
Kalau bukan sebab Azmin yang disebut-sebut mempunyai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang membuli PSM dengan meletakkan calon di Semenyih, maka situasi “Pakatan Rakyat lawan dengan kawan Pakatan Rakyat” tidak akan wujud di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.
Jika Arutchelvan dan Dr Nasir dibiarkan bertanding atas tiket PKR, sudah tentu hari ini PKR mempunyai 16 kerusi DUN di Selangor dan kedudukan Menteri Besar terjamin.
Apa yang sedang berlaku sekarang ialah, PKR sudah hilang hak untuk tuntut jawatan Menteri Besar secara automatik. Malah Azmin juga boleh lupakan angan-angan beliau (jika benar spekulasi) untuk duduk di kerusi empuk sebagai orang nombor satu kerajaan negeri Selangor.
Kini kedudukan PKR untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor terletak atas ehsan (courtesy) PAS dan DAP. Dikhabarkan PAS dan DAP selesa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mahu beliau meneruskan agenda pembaharuan di Selangor.
Bagaimanapun apa yang mungkin berlaku PKR terpaksa mengorbankan satu lagi jawatan Exco kepada PAS sebagai ‘make weight’ dalam rundingan ‘bargaining’ tersebut iaitu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.
Azmin mungkin terpaksa mengigit jari dan kuasa menentukan siapa Menteri Besar Selangor bukan ditangan beliau mahu pun ditangan Anwar tetapi PAS dan DAP yang akan menentukan.
Azmin juga sepatutnya membuat pertukaran strategi saat akhir dengan meletakkan calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam di DUN Ijok kerana lawannya ialah K Partiban dari BN.
Seharusnya Azmin mencaturkan calon PKR DUN Ijok, Idris Ahmad pula bertanding di DUN Bukit Melawati bertemu calon BN, Jakiran Jacomah.
Keputusan PRU-13 di DUN Bukit Melawati menunjukkan Manikavasagam gagal mendapat undi yang banyak di kawasan majoriti pengundi Melayu. Ada kesilapan strategi di sini.
Diharap Azmin tidak menyalahkan Pakatan Rakyat sebaliknya diri beliau sendiri yang mempunyai kelemahan.

7 comments:

  1. Azmin Tak payah nak mengada-gada nak jadi MB..

    ReplyDelete
  2. Pengajaran yg baik... tp bila ada perebutan kerusi sahaja.. kenapa harus tuding jari kepada Keadilan dan pimpinannya...

    Bagaimana pula dgn Husam Musa? Menang di DUN Salor.. yg juga Timbalan Pesuruhjaya diketepikan dalam senarai EXCO terkini?

    Bagaimana pula dgn DUN Sg. Acheh??? Bagaimana pula kenyataan Presiden PAS yg mengeluarkan kenyataan negatif beberapa hari sebelum Pilihanraya.

    Bukankah PAS tarbiyah Ahlinya dgn cara yg lembut, tegas dan berhemah.. tp menyerang rakan dlm Pakatan.

    ReplyDelete
  3. Kalau Azmin jadi MB, politik Selangor akan jadi kucar kacir...Silap perkiraan dalam PRU 14 nanti, BN akan ambilalih Selangor seperti yang telah berlaku di kEdah.

    ReplyDelete
  4. Harap2 azmin jgn jadi macam ezam dan katak2 lain sudahlah kerana apa yg dia mahukan tak dapat. Minta maaf perangai umno masih lekat pd pemimpin PKR.

    Kita berharap tiada lagi katak2 yg akan melompat lepas ni.

    ReplyDelete

  5. Assalammu'alaikum,
    Tokwan dah baca ledakan minda anak muda ini, rupanya panas baran kakak dia Umi Hafilda mengalir juga dalam tubuh pemuda ini, tokwan boleh rasa kekecewaan Azmin bila PAS & DAP secara ikhlas, matang dan berwibawa memberi sokongan kepada TS Khalid sebaGai MB Selnagor. Orang mengukur pencapaian TS Khalid yang dah pasti, awak menunjul diri kerana GILA KUASA.... ini kah perjuangan Anda?
    Wahai Azmin jadilah seperti Chik Gu Bad...... pejuang sejati jatuh bangun bersama rakyat.
    Tokwan akui beberapa kesilapan DSAI dalan pemilihan calon, DSAI TIDAK mengambil kira sentimen akar umbi, kita hilang Kajang kerana Chik Gu Lee di pinggirkan, Khalid Jaafar Ulu Selangor tidak di sukai penduduk tempatan kerna sikap angkuhnya begitu juga MUSTAFFA KAMIL BIN AYUB Pasir Salak adalah pilihan salah kerana Pasir Salak sedia berubah jika calon mereka diketengahkan dan Dr M Noor Manuty bukanlah calon untuk Bagan Serai lebih berkesan jika beliau di letak sebagi calon DUN Larut.
    INI KESILAPAN DSAI sejak dari pengumuman lagi tokwan dah kata dengan sahabat tokwan semuanya akan pergi ke bn....... Betul berlaku.
    Tapi nasihat tokwan untuk Azmin tokwan dah lalu 13 PRU yang benar terlibat 12 PRU, tapi tokwan tak pernah mimpi nak jadi YB, NASIHAT TOKWAN BERHEMAHLAH BILA BERCAKAP DAN MENULIS, TERLALU RAMAI MUSUH DILUAR NAK AMBIL KESEMPATAN, AWAK MASIH MUDA DAN PANAS BARAN BAWA BERSABAR, RAKYAT UMUM MAHU TS KHALID...... BAWA ISTIGHFAR DAN BERSABAR ATAU SERTAI SAJA KAKAK KAMU PERANGAI DSAI DAN KAK WAN..... JIKA ITU YANG KAMU MAHU.

    Tokwan harap jika ada kawan-kawan Azmin yang baca sampai pesanan tok wan in kepadanya..... Tokwan jauh di pingiran desa perak......... untuk menyampiakan sendiri.

    Tokwan Perak

    ReplyDelete
  6. Jangan kejar pangkat, nanti tersekat. Pandangan say MB TS Khalid dah buat terbaik untuk Selangor I tabik. Azmin kalau orang label u ada penyakit PHD iaitu sakit rohani kan tak bagus. I like u tapi jangan bercakaran sesama PR.Jangan risau dengan pangkat kerana beban nya berat di sisi Allah.Pangkat adalah ujian bagi kita, renungkan lah YB Gombak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa