Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, May 9, 2013

Rasisma: Ini Salah Satu Ubatnya!

Rasis adalah senjata ampuh BN meracuni Melayu
Ubat yang dihulur tidak akan ditelannya karana penyakit ini menguntungkan mereka!

Kekang rasis, tambah baik sistem pilihan raya untuk ‘pemulihan negara’, kata penganalisis
OLEH EMILY DING DAN ZURAIRI AR

KUALA LUMPUR, 9 Mei — Datuk Seri Najib Razak perlu mengekang elemen perkauman dalam Umno dan menambah baik sistem pilihan raya sekiranya perdana menteri itu serius mengenai “pemulihan negara” selepas polarisasi dalam Pilihan Raya 2013, kata penganalisis.
Mengakui pemimpin Barisan Nasional (BN) menjadi pencetus terhadap kontroversi dengan menyalahkan “Tsunami Cina” sebagai punca keputusan pilihan raya, perikatan itu turut menunjukkan Najib menjanjikan untuk “memulihkan negara”, pada masa sama, ia masih belum terlambat menurut mereka untuk mengubah perkara itu.
“Saya merasakan beliau perlu menenangkan keadaan di negara ini dan memberikan amaran tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang mencetuskan sentimen perkauman,” kata Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Center for Opinion Research, kepada The Malaysian Insider 
Beliau turut menolak kenyataan BN, dan berkata walaupun berlaku peningkatan terhadap sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat (PR), trend politik turut menunjukkan “sejunlah besar Melayu” turut bersama mereka, yang kebanyakannya merupakan kumpulan pengundi berpendapatan sederhana kepada berpendapatan tinggi.


“Beliau perlu mengekang elemen perkauman daripada terus dipermainkan, terutamanya akhbar,” katanya merujuk kepada media rasmi yang didakwa mencetuskan isu perkauman apabila menyalahkan pengundi Cina dengan prestasi merundum BN dalam pilihan raya.
Akhbar Umno, Utusan Malaysia, menerima kecaman selepas menyiarkan artikel bertajuk “Apa lagi Cina mahu?” pada Selasa, perkataan yang kemudiannya tersebar luas di laman sosial.
Penganalisis bagaimanapun berkata ia hanya bersifat sementara waktu, dan lebih banyak lagi perlu dilakukan untuk memastikan “pemulihraan negara” akan menjadi realiti untuk jangka masa panjang.
“Bagi pembaharuan negara beliau untuk berjaya, beliau perlu memansuhkan Biro Tatanegara (BTN) dan menggantikan kakitangan senior Utusan Malaysia termasuk mempersarakan Dr Mahathir sepenuhnya,” kata Pengarah Centre for Policy Initiatives (CPI) Dr Lim Teck Ghee.
Beliau berkata demikian merujuk kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang bertindak sebagai orang penting dalam Umno, walaupun Najib adalah presiden parti, serta mencurah minyak ke dalam api dengan menuduh Lim Kit Siang mewujudkan rasa kebencian masyarakat Cina terhadap Melayu.
“Saya berpendapat pemimpin tertinggi BN perlu mengemudi perkara ini dan media rasmi perlu mengikutinya. Penjawat awam juga memainkan peranan penting. Banyak polisi yang menzalimi diguna pakai penjawat awam termasuk berpegang kepada konsep BTN untuk perpaduan dan ketuanan Melayu,” katanya.
BTN merupakan agensi kerajaan yang diwujudkan bagi melatih bakal pemimpin namun didakwa telah disalahgunakan untuk mengetengahkan “kedudukan istimewa” orang Melayu yang mana penjawat awam  daripada kerajaan Selangor dan Pulau Pinang dilarang menyertainya.
“Perdana menteri juga perlu memisahkan dirinya dari kumpulan khusus kepada bangsa seperti Perkasa,” kata Wan Saiful Wan Jan, Pengara Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Najib telah meletakkan Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin di kerusi Parlimen Shah Alam, dan secara senyap meletakkan presiden pertubuhan berkenaan Datuk Ibrahim Ali untuk bertanding sebagai calon Bebas menentang calon pembangkang di Pasir Mas, tindakan yang dilihat untuk mendapatkan sokongan kumpulan penyokong Islam yang turut menjadikan Dr Mahathir sebagai penasihatnya.
Lebih penting lagi, penganalisis turut berkata landskap politik juga perlu diubah supaya parti berteraskan kaum tidak lagi diterima pakai.
Jika kita telus inginkan kemajuan dan membentuk sistem dua parti, BN perlu dijadikan sebagai sebuah parti, termasuk PR. Kemudian baru kita cerita lebih lanjut berkenaan isu yang dihadapi rakyat tanpa mengira etnik dan agama,” kata Dr Faisal Hazis, saintis politik dari Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).
Wan Saiful turut berkongsi pendapat sama, dan berkata; “Najib perlu menambah jumlah penyertaan BN sebagai ahli terus. Selagi wujudnya parti berteraskan etnik, akan wujud kepentingan setiap satu-satu etnik dan terus memecahkan kita.”
Tan Sri Dr Ramon Navaratnam, pengerusi Centre for Public Policy Studies (CPPS), turut berkata kerajaan juga perlu memperkenalkan pembaharuan sistem pilihan raya yang menjurus kepada permasalahan peringkat akar umbi.
Walaupun PR memenangi undi popular sebanyak 51.4 peratus berbanding 48.6 peratus untuk BN, keputusan pilihan raya tidak mencerminkan situasi sebenar apabila pembangkang masih tewas kepada BN.
“Ia masalah serius, Najib perlu menyelesaikan janjinya bahawa persempadanan kerusi perlu disemak,” kata Dr Navaratnam.
Tambahnya, dakwaan berkenaan daftar pemilih yang meragukan, pengundi hantu, dan kegagalan dakwat kejal juga penting, namun ianya tidak semustahak jika dibandingkan dengan sempadan pilihan raya yang menurutnya menjadi asas kepada ketidak adilan dalam pilihan raya bagi pembangkang.
Ooi Kee Beng, timbalan pengarah Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS) di Singapura, menambah, pendaftaran pengundi perlu selaras bagi mengelakkan keraguan timbul dalam daftar pemilih dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mewujudkan sistem yang lebih telus.

“Sistem pilihan raya perlu disemak atau Malaysia akan terus berhadapan dengan rasa tidak percaya antara rakyat dan kerajaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa