Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 21, 2014

Aiik.....PAS Sarawak Keluarkan Fatwa, Mana Harussani?

Kerajaan BN nak dengar cakap PAS?
Mana Jamil Khir?
Mana Mashitah?
Mana Hassan Ali?
Mana Isma?
Mana Perkasa?

Haramkan konsert yang merosakkan remaja, kata PAS

 | March 20, 2014
Kerajaan telah gagal menjadikan Malaysia sebagai sebuah model negara Islam.
Adam ahidKUCHING: PAS Sarawak memandang serius penyalahgunaan dadah dan penggunaan alkohol secara berlebihan oleh warga muda.
Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid (gambar) berkata kerajaan telah gagal menjadikan Malaysia sebagai sebuah model negara Islam.
“Pihak kerajaan umpama tidak menghormati perasaan dan tidak peka dengan kesedihan rakyat dengan membenarkan pesta muzik diadakan,
“Kerajaan perlu memberhentikan setiap hiburan ketika ini bagi menjaga perasaan rakyat khususnya keluarga penumpang MH 370,” tegas beliau.
Future Music Festival Asia di Bukit Jalil yang diadakan baru-baru ini mengorbankan enam orang disebabkan pengunaan dadah ‘methamphetamine’ yang berlebihan.
Pihak berkuasa mengesahkan kematian mereka semasa ketibaan mereka di Universiti Malaya Medical Centre (UMMC) dan Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre (PPUKM).
Dua orang Singapura dan seorang rakyat Malaysia berumur diantara 19 sehingga 27 tahun juga dalam keadaan kritikal dan dirawat di tempat yang sama.
Adam yang melihat situasi ini mencadangkan agar segala bentuk konsert seperti itu patut diharamkan.
Future Music Festival“Konsert terbabit merosakkan akhlak remaja Muslim,
“Banyak lagi konsert hiburan yang boleh kerajaan Malaysia anjurkan untuk dipersembahkan sebagai daya tarikan pelancong,
“Pelancong yang datang ke negara ini bukan semata-mata ingin berhibur tetapi pelancong yang datang ingin melihat budaya masyarakat yang berbilang kaum,” tegas beliau.
Adam juga menambah pelancong yang datang sudah bosan dengan budaya melampau di negara mereka dan itu merupakan punca mereka datang ke Malaysia.
“Mereka datang kesini untuk menenangkan fikiran mereka dengan menikmati keindahan semula jadi,” katanya.
Visit www.fmtborneoplus.com for extensive coverage on Sabah and Sarawak

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa