Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 20, 2014

MH370: Juruterbang MH370 Adalah Wira!

Juruterbang MH370 dianggap wira cuba selamatkan pesawat dan penumpang 
08:30PM Mac 19 2014
LIPUTAN KHAS: Ketika tiada apa-apa perkembangan jelas dilaporkan pada sidang media berhubung MH370 daripada pihak berkuasa Malaysia, pelbagai spekulasi telah timbul di sumber-sumber lain.
Menariknya, dua artikel menggambarkan juruterbang MAS sebagai wira yang cuba menyelamatkan pesawat Boeing 777 dan penumpang di dalamnya. Seorang lagi pula mempersoalkan samada MH370 terbang di ruang udara kawalan Taliban, manakala penulis yang keempat mendakwa pakar wabak sedang diterbangkan ke Lautan Hindi.
Berikut pandangan seorang juruterbang pesawat yang telah bersara dan dikongsi di laman media Facebook. Ia agak logik.
“MH370 – Pandangan berbeza. Pulau Langkawi dengan landasan sepanjang 13,000m
Pelbagai spekulasi dibuat tentang MH370. Pengganas, rampasan dan meteor. Saya tidak mempercayai analisa CNN – mengganggu perasaan. Saya mahu lihat dari pandangan yang agak mudah.
Boeing 777 berlepas pada tengah malam daripada Kuala Lumpur ke Beijing. Malam yang hangat. Pesawat berat. Sejam kemudian ia di atas teluk Siam menuju Vietnam. Pesawat tiba-tiba gelap bermakna transponder terpadam. Kemudian radar kedua hilang.
Dua hari kemudian kita dengar laporan tentera Malaysia yang radarnya mengesan pesawat bergerak balik ke arah Semenanjung Malaysia ke Selat Melaka.
Selepas mendengarnya, saya melihat Google Earth dan mencari lapangan terbang di sekitar kawasan itu.
Arah tuju ke kiri adalah penting di sini. Ini seorang kapten yang sangat berpengalaman dengan jumlah masa penerbangan 18,000.
Mungkin juruterbang lebih muda yang diwawancara CNN tidak nampak arah tuju ini.



Juruterbang lebih senior sentiasa ditetapkan untuk mengetahui lapangan terbang yang manakah paling dekat semasa penerbangan.



Serta-merta apabila saya nampak hala tuju kiri itu saya tahu dia menuju ke lapangan terbang.


Sebenarnya dia mengambil jalan terus ke Pulau Langkawi, mengikut jalur sepanjang 13,000 kaki dengan pendekatan atas air waktu malam tanpa halangan.

Dia tidak berpatah balik ke Kuala Lumpur kerana tahu di sana akan ada rabung 8,000 kaki untuk dilintas.

Dia tahu muka bumi di sekitar Langkawi lebih mudah dan pendek.

Lihat lapangan terbang ini pada Google Earth. Juruterbang ini melakukan semua yang sepatutnya.

Dia berjumpa kejadian tidak diingini di dalam kapal terbang yang membuatkannya berpatah balik ke lapangan terbang yang paling dekat.

Apa yang saya rasa berlaku adalah mereka mungkin dilitupi asap dan pesawat itu terus berjalan menggunakan George (autopilot) sehingga kehabisan minyak, atau api merosakkan papan kawalan sehingga ia terhempas.

Saya sudah katakan empat hari lalu anda boleh jumpainya sepanjang jalan itu – mencari pesawat itu di tempat lain membuang masa sahaja.”

Akhbar UK Mirror pula menerbitkan laporan bertajuk Crew of missing Malaysian Airlines Flight MH370 ‘died heroically trying to save the plane from a fire’ (Anak kapal MH370 mati sebagai wira ketika cuba selamatkan pesawat yang dimamah api)
Ia mewawancara seorang bekas ketua keselamatan dari negara Amerika yang mengetepikan teori serangan pengganas serta tindakan membunuh diri.
Billie Vincent yang merupakan seorang saksi pakar bagi perbicaraan pengeboman Lockerbie percaya anak kapal MH370 dicabut nyawa selepas bertarung sebagai wira bagi menyelamatkan kapal terbang yang dijilat api.
Beliau berpendapat juruterbang berjuang selepas kebakaran bermula di bahagian kargo sehingga keseluruhan pesawat dipenuhi asap tebal.
“Data yang dikeluarkan setakat ini menunjukkan terdapat masalah melibatkan bahan berbahaya. Senario ini bermula dengan ledakan bahan tersebut di bahagian kargo – samada dibawa secara sah atau sebaliknya – atau kedua-dua sekali.”
Vincent percaya kebakaran bermula di kargo dan memusnahkan sistem komunikasi pesawat.
Vincent yang juga memainkan peranan penting di dalam rundingan rampasan pesawat Amerika Syarikat pada 1980an berkata tidak mungkin pesawat MH370 disabotaj.
Laporan ‘Independent’ dari UK pula berkata terdapat kemungkinan pesawat MAS itu diterbangkan ke ruang udara kawalan Taliban di sempadan Afghanistan.
Ini sudah tentu mendatangkan harapan bahawa penumpang serta anak kapal pesawat malang itu masih selamat.
Logikkah semua teori ini atau adakah ia setakat fiksyen?

1 comment:

  1. Terdapat beberapa kemungkinan, tetapi biarlah bersangka baik pd juruterbang tersebut. Pandangan kemungkinan diposting ini ada logiknya, malah dlm kebarangkalian yg besar. Mengandaikan pesawat menuju ke Langkawi dlm keadaan ruang kokpit dipenuhi kabut asap dgn panel kawalan tidak pula berfungsi, pesawat berkemungkinan juga tidak berupaya melepasi Banjaran Titiwangsa. Dlm kegelapan suasananya, hanya nasib shj menentukan jika pesawat dapat mendarat dgn kadar selamat di rimbunan belantara atau Tasik Kenyir, tanpa meletup atau terbakar. Jika meletup dan terbakar sekalipun, ia berlaku pd sekitar 2:00 pagi. Menjelang cerah tiada sesiapa yg perasan berhari-hari, asap dan kabus awan kelihatan sama dari jauh, kerana tiada usaha pencarian bersepadu dgn kawasan darat. Diharap ini bukan situasi yg terjadi dan didoakan agar mangsa semuanya masih selamat hendaknya. Timbul soalan, adakah ianya kemalangan atau angkara sabotaj?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa