Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, March 20, 2014

Mungkin MH370

Imej satelit ditemui mungkin MH370, kata PM Australia

Seorang juruterbang Royal Australian Air AP-3C Orion mengawasi permukaan laut dalam rondaan maritim berdekatan peninsula barat. Perdana Menteri Australia Tony Abbott mendapat maklumat tentang imej satelit dua objek di lautan yang mungkin berkaitan dengan pesawat MH370, dan pasukan pencari dan penyelamat hampir tiba ke kawasan objek tersebut. – Gambar Reuters, 20 Mac, 2014.
Perdana Menteri Australia berkata tentera udara negara itu sedang menyiasat tentang kemungkinan serpihan daripada pesawat MH370 yang hilang itu ditemui di laut.
Perdana Menteri Australia berkata, "Mengikut analisis pakar oleh imej satelit itu, dua objek yang berkemungkinan berkaitan dengan pencarian pesawat Malaysia Airlines dapat dikenal pasti." tulis Reuters dalam tweet tersebut.Ini berikutan penemuan imej satelit, lapor Reuters India dalam Twitternya.
Perdana Menteri Australia, Tony Abbott dalam kenyataan di Parlimen memberitahu tentang dua objek yang ditemui itu dan berkata, "Maklumat baru dan boleh dipercayai ditemui dalam usaha mencari di Lautan Hindi."
"Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) menerima maklumat imej setelit yang kemungkinan berkaitan dengan apa yang dicari."
Abbott berkata, pasukan pencari dan penyelamat hampir tiba ke kawasan objek tersebut dikesan menjelang beliau berucap di Parlimen. Tiga buah lagi pesawat juga dalam perjalanan ke sana, katanya.
Abbott mengatakan dia bercakap dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Datuk Seri Najib Razak sambil memberitahu objek itu masih belum disahkan lagi.
"Usaha untuk menemui objek ini bukannya senang dan mungkin juga ia tidak berkaitan dengan MH370 yang sedang dicari," katanya.
AMSA akan mengadakan sidang media di Canberra pada 0430 GMT.
Pihak berkuasa Malaysia Isnin lepas meminta Canberra mengambil tanggungjawab mencari di "Koridor Selatan" dalam usaha mencari Boeing 777 yang hilang pada pagi 8 Mac dalam perjalanannya ke Beijing, China dengan 239 penumpang itu.
Kerajaan Malaysia percaya, pesawat itu secara sengaja ditukar hala tujunya dan terbang beberapa jam selepas keluar dari laluan asalnya – samada ke utara Asia Tengah atau ke selatan di Lautan Hindi.
Kapal terbang penyelidik jarak jauh Australia, Amerika dan New Zealand berusaha mencari di Lautan Hindi sejak Selasa dengan fokus kepada kawasan seluas 305,000 kilometer persegi, kira-kira 2,600 tenggara Perth.– 20 Mac, 2014.- MI

1 comment:

  1. Amat anih ya,PM Australia memaklumkan Parlimen Australia pasal kapal terbang kita MH 370.Beliau anggap pekara ini amat berat untuk mangsa dan orang ramai Malaysia.
    Tetapi PM Najis kita hanya maklumkan Big Mama je dalam bilik dia dan ajak pergi shopping pula kat Pavilion.
    BN menang Rakyat terkangkang!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa