Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 19, 2014

MH370 - Harapan Berbunga: Pakar IT India Temui Imej Satelit

Hyderabad techie uploads satellite image of missing plane on CNN site
Going about his work nonchalantly at his office in Gachibowli, this techie probably beat search teams of various countries in finding a probable vital clue related to the missing Malaysian plane.
An IT analyst by profession, Anoop Madhav Yeggina had been scurrying through innumerable images of DigitalGlobe Satellite QB02 over the past few days until he stumbled upon an image which almost took his breath away.
He had found a satellite image of a large aircraft flying very low above the Andaman Islands on March 8 which he believes is the Boeing 777 of Malaysian airlines.
The 29-year-old is among the lakhs of people from across the globe involved in the ‘crowd-sourcing’ project to find the missing plane with more than 200 passengers on board. 
He had uploaded his “discovery” along with a write-up on the CNN website on Friday, March 14, and since then received more than 16,000 views, followed by many comments from viewers. “I am confident that the image is that of the missing plane because of many reasons. 
First giveaway is the fact that the image was captured just above a forest and very close to the Shibpur air strip of Andaman Islands. The air strip is exclusively used by the defence forces with no permission for civilian aircraft in this area. 
A close look at the image will reveal if it is flying extremely low so much so that the clouds are above it which suggests it was done to avoid detection by radar. 
Most importantly, the standard scale measurement and colour of the missing plane matches with that of the plane in the image,” said Mr. Anoop. Wishing for safety of the passengers, he had appealed online to people with technical know-how of aircraft to further investigate the image in order to trace its whereabouts. - sumber
Di bawah adalah laporan Bernama

MH370: Pakar IT India Temui Imej Satelit Kemungkinan Pesawat Yang Hilang

NEW DELHI, 19 Mac (Bernama) -- Seorang penganalisis IT India menemui imej satelit menunjukkan sebuah pesawat besar terbang rendah di Kepulauan Andaman pada 8 Mac, pada hari pesawat Malaysia Airlines hilang semasa dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ke Beijing, menurut akhbar The Hindu.

Anoop Madhav Yeggina, 29, percaya imej itu ialah pesawat Boeing 777-200ER MAS yang membawa 239 penumpang dan anak kapal dalam penerbangan MH370, lapor akhbar itu.

Pakar IT itu ialah antara beribu-ribu orang dari seluruh dunia yang melibatkan diri dalam projek 'crowdsourcing' iaitu khidmat luar kumpulan yang berusaha mengesan kapal terbang berkenaan yang telah melencong dari laluannya ke arah Lautan Hindi selepas menutup semua hubungan komunikasi ketika terbang merentasi Laut China Selatan.

Khidmat luar kumpulan ini merujuk kepada usaha mendapatkan maklumat atau input bagi sesuatu tugas atau projek dengan menyenaraikan perkhidmatan sejumlah individu, sama ada dibayar atau tidak, biasanya melalui Internet.

The Hindu melaporkan bahawa Anoop telah meneliti sejumlah imej dari DigitalGlobe Satellite QB02 sejak beberapa hari lalu sehingga beliau terjumpa imej yang benar-benar membuatkannya terkejut.

Beliau memuat naik 'penemuannya' bersama penulisan yang menjelaskan perkara itu kepada laman web CNN pada 14 Mac dan sejak itu ia menerima lebih 16,000 pengunjung yang melihatnya dan komen daripada mereka.

"Saya yakin imej itu ialah pesawat yang hilang berkenaan atas pelbagai sebab. Satu daripada penunjuknya ialah imej itu dilihat hanya berada di atas sedikit daripada kawasan hutan dan begitu hampir dengan landasan kapal terbang Shibpur Kepulauan Andaman.

"Landasan kapal terbang itu digunakan secara eksklusif oleh angkatan tentera dan tidak memberikan kebenaran kepada pesawat awam berada di kawasan itu.

"Jika diamati secara teliti terhadap imej itu, akan menunjukkan ia terbang begitu rendah sehinggakan awan berada di atasnya, yang menunjukkan ia dilakukan untuk mengelak daripada dikesan radar.

"Yang paling penting ialah ukuran skala standard dan warna pesawat yang hilang itu berpadanan dengan imej kapal terbanag berkenaan," beliau dipetik sebagai berkata demikian dalam laporan The Hindu itu.

Anoop mendoakan keselamatan penumpang dan merayu kepada mereka yang pakar dalam IT sesebuah pesawat supaya menyiasat lebih lanjut imej itu bagi mengesan kedudukan pesawat berkenaan, menurut laporan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa