Seorang pengkaji ilmu lautan menjangka usaha mencari dan menyelamat di kawasan yang dikesan pihak berkuasa Australia mungkin menermui kesukaran.
Profesor Chari Pattiaratchi dari University of Southern Australia berkata, kawasan berkenaan dikenali dengan keadaan laut bergelora dan kedalamannya mencecah lima kilometer.
Roaring Forties itu merujuk kepada kedudukannya di 40 darjah ke selatan dan keadaan laut yang mencabar di situ.
“Anda mungkin menemui serpihan di permukaan tetapi keseluruhan besar pesawat mungkin di dasar laut.
“Usaha mengeluarkan sesuatu dari kedalaman lima kilometer di kawasan laut paling ganas di dunia akan berdepan keadaan ekstrem,” katanya seperti dipetik dalam laporan Sydney Morning Herald.
Kawasan itu pula tidak mempunyai sebarang daratan, yang menyumbang kepada ombak kuat yang menggunung, katanya.
"Jika ia berterusan, ia akan pergi ke selatan Perth atau selatan Australia," katanya.
Sementara itu, laporan CBCNews pula melaporkan kenyataan ketua projek mencari dan menyelamat AD, David Gallo yang menyatakan keyakinan ke atas penemuan yang diumumkan PM Australia.
Beliau berkata, pakar lautan memberitahunya bahawa terdapat kawasan di lautan itu yang merekodkan keadaan cuaca baik sejak beberapa hari lalu.
Oleh yang demikiian, serpihan pesawat, sekiranya benar-benar dari MH370, mungkin berada dalam kelompok sama. - mk
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa