Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 21, 2014

MH370: Misteri Bakal Berlarutan

Misteri MH370 bakal berlarutan
LIPUTAN KHAS: Pengunduran USS Kidd daripada usaha mencari MH370 di Lautan Hindi memberi petanda bahawa pihak berkuasa mungkin akan berdepan usaha yang berpanjangan bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 milik MAS itu.
AFP melaporkan petugas Pentagon berkata kapal tentera laut USS Kidd itu diundurkan kerana kawasan pencarian begitu bedsar dan lebih sesuai bagi usaha pencarian dilakukan dari udara.
USS Kidd, kapal yang dilengkapi peluru berpandu, telah menyertai misi pencari besar-besaran minggu lalu dan kini mengalih pandangannya ke Laut Andaman selepas permintaan dari Malaysia.
Dengan helikopter MH-60, ia telah meliputi kawasan berjumlah 15,000 batu persegi tetapi “tiada serpihan atau bangkai yang mungkin ada hubungkait dengan pesawat tersebut ditemui”.
“Dengan kawasan pencarian yang telah memasuki selatan Lautan Hindi, peswat jarak jauh seperti P-8A Poseidon dan P-3C Orion lebih sesuai bagi operasi mencari dan menyelamat sekarang,” mengikut kenyataan tentera laut US bagi kawasan Pasifik pada hari ke 11 kehilangan pesawat tersebut.
Pesawat MAS itu hilang dengan 239 penumpangnya ketika di dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, dan pelbagai usaha pencarian besar-besaran telah dilakukan di Laut China Selatan serta Lautan Hindi.
Teori baru menjelaskan kemungkinan pesawat tersebut mengekori pesawat Singapore Airlines yang menuju ke Barcelona bagi mengelak di kesan radar.
Teori ini konsisten dengan laluan penerbangan melalui Laut Kaspian di utara dan selatan Lautan Hindi dan di selatannya berlaku usaha pencarian yang disertai 26 negara.
Akhbar The New York Times melaporkan selepas 11 hari dan 200 jam mencari, penyiasat kini termanggu-manggu kerana tiada panggilan kecemasan yang dibuat penumpang-penumpang di dalam pesawat tersebut ketika kehilangannya.
Laporan tersebut berkata, ini berbeza dengan insiden rampasan empat buah pesawat pada 11 Sept 2001, di mana penumpang dan kru penerbangan menghantar mesej serta membuat panggilan kepada keluarga dan pihak berkuasa.
CEO MAS Ahmad Jauhari Yahya tiada bukti “ada penumpang atau anak kapal yang cuba menghubungi sesiapa, tetapi penyiasat sedang menyiasat berjuta rekod agar dapat diproses”.
Ketiadaan komunikasi daripada 239 penumpang serta 12 anak kapal telah menjadi perdebatan di kalangan juruterbang, pakar telekomunikasi dan lain-lain.
“Kebanyakan penumpang dari Malaysia dan China sangat gemar menggunakan telepon bimbit, terutamanya bagi golongan berada yang menaiki penerbangan antarabangsa.
Dalam pada itu, satu emel menarik telah berlegar yang didakwa ditulis seorang juruterbang berpengalaman, Tajuk: Pesawat pejuang tersorok China...
Dari fakta diberi, saya andaikan pesawat tersebut menghala ke Pakistan di laluan 024⁰ ke arah Pulau Con Son. Dari titik itu, separuh perjalanan PKN-HCM, di laluan 324⁰ ke arah di antara Kuala Trengganu dan Kota Bahru.
1. Penurunan menjunam akan menyebabkan tekanan yang mengakibatkan letupan, di mana pesawat akan binasa strukturnya. Maka juruterbang akan cuba menyelamatkan diri dengan mengenakan topeng oksigen dan menyelamatkan pesawat dan penumpang/anak kapal dengan membuat penurunan pantas ke bawah paras 14,000 kaki.
2. Tidak dipastikan samada radar melaporkan penurunan satu zarah (yang tidak berkecai) atau lebih dari itu (pecahan rangka/serpihan)
3. Ketika penurunan itu, salah satu tindakan ialah bagi kru menghantar kod kecemasan melalui transponder. Kru tidak mempunyai masa membuat panggilan kecemasan menggunakan radio VHF, dan mungkin tiada liputan bagi berkomunikasi menggunakan HF atau CPDLC (komunikasi data kawalan-juruterbang). Bagaimanapun panggilan kecemasan pada frekuensi VHF (121.5 mHz), dengan pesawat lain mampu didengari. Frekuensi ini dipantau segala pesawat.
4. Lencongan pada arah menunjukkan pilihan rawak landasan terpanjang berada di Kuantan. Kuala Terengganu dan Kota Bharu memiliki landasan yang pendek bagi 777.
5. Kesimpulan. Ketika di udara, pesawat mengalami penurunan mendadak tanpa indkasi kecemasan menunjukkan kru pengsan atau pesawat di luar kawalan.
Lencongan rawak menunjukkan pesawat, atau sisi kiri hadapan, tidak dapat dikawal.
Badan pesawat mungkin mengalami kerosakan, dan juruterbang tiada masa bertindak, atau tidak dapat berbuat apa-apa.
Kita kini perlu menunggu terjumpanya bangkai pesawat bagi mendapat maklumat apa yang telah terjadi. Kelengkapan penting seperti perakam data penerbangan dan perakam suara kokpit akan memberi petunjuk.
Hairan? Ketika kita memasuki hari ke-12 pihak yang bertanggungjawab melakukan usaha pencarian nampaknya tidak dapat memberi apa-apa maklumat tentang apa yang berlaku kepada pesawat MH370.
Adakah ini krisis penerbangan yang akan menjadi misteri buat masa yang lama sehingga sesuatu yang berkaitan MH370 ditemui?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa