Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, March 19, 2014

MH370: Edisi Celaka Barat!

Laporan sebelum ini dikatakan ada esawat menyerupai boeing 777-200 dan berlambang menyerupai MAS dilihat terbang rendah merentasi Kuda Huvadhoo di Dhaal Atoll di Maldives

Yang ini dikatakan berada terperangkap  di sebuah pangkalan di sempadan antara Afghanistan dan barat Pakistan.

Adakah mereka cuba menconteng menjadikan wajah Taliban lebih huduh dari yang dah pun buruk?

Pesawat terbang ke kawasan dikuasai Taliban?
WARTAWAN SINAR HARIAN
18 Mac 2014

NEW DELHI - INDIA. Media Barat melaporkan, pesawat MH370 yang masih hilang kini dipercayai terperangkap  di sebuah pangkalan di sempadan antara Afghanistan dan barat Pakistan.

Difahamkan, kawasan itu adalah kubu kuat pejuang Taliban.

“Pesawat Boeing 777 berkenaan dirampas untuk kegunaan akan datang. Ia berdasarkan perbualan akhir yang tidak diketahui identiti mereka, sama ada juruterbang atau seorang individu lain,’ menurut The Independent.

Kawasan berkenaan dipaparkan selepas kerajaan Malaysia menyatakan pesawat berkenaan berkemungkinan berada di sekitar Lautan Hindi di koridor utara.

Jika benar dakwaan itu, ini bermakna pesawat berkenaan berada sama ada di Afghanistan, Pakistan, Kazakhstan, Uzbekistan atau Tajikistan selepas mereka mengesyaki berlaku plot rampasan selepas transponder dinyahaktifkan. 

1 comment:

  1. Sempadan Afghan atau Maldives, tak tahu motif diberitakan begitu. Alat simulasi kapten dapat membuktikan apa pula? Sedang dapatkan software yg berpadanan kut, kendian baru ada bukti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa