MARCH 20, 2014
LATEST UPDATE: MARCH 20, 2014 05:31 PM
LATEST UPDATE: MARCH 20, 2014 05:31 PM
Kapal terbang P8 Poseidon milik tentera Laut Amerika Syarikat ini adalah antara yang tercanggih di dunia turut dikerah dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. - Gambar Reuters.
Kapal terbang penyiasat canggih milik Tentera Laut Amerika Syarikat, P-8 Poseidon tidak menemui apa-apa di kawasan yang dikatakan ada kelihatan objek pada radar Australia.
Menurut NBC News, kapal terbang pengintip itu selesai melalui kawasan itu namun tidak menemui apa-apa objek.
Namun begitu, kapal terbang lain dalam perjalanan ke kawasan yang sama.
Sebelum ini, Jabatan Keselamatan Maritim Australia (AMSA) memaklumkan pihaknya mengesan dua imej oleh satelit Australia kemungkinan besar adalah serpihan pesawat MH370 yang hilang, namun ia kurang jelas dengan objek yang besarnya berukuran 24 meter.
"Ia adalah objek yang saiznya wajar dan kemungkinan ditolak oleh air dengan tenggelam timbul di permukaan laut," kata John Young, Pengurus Besar kepada Divisyen Tindakan Kecemasan, satu unit di bawah AMSA memberitahu sidang media hari ini.
Australia menghantar empat buah kapal terbang dan dua kapal laut ke kawasan pencarian di Lautan Hindi itu untuk mengenalpasti objek yang dikesan oleh satelit itu.
Air di kawasan itu adalah 'dalam beberapa ribu meter' dan penglihatan yang kabur akan menyukarkan pencarian, walaupun cuaca adalah sederhana, kata Young.
Imej satelit itu kabur namun saiznya sesuai sekali dengan serpihan kapal terbang, lapor Reuters. – 20 Mac, 2014. - MI
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa