Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, March 21, 2014

MH370: Kemungkinan Mangsa Kecemasan Dalam Pesawat

MH370 kemungkinan mangsa kecemasan dalam pesawat, lapor akhbar Australia
MI - MARCH 21, 2014
Grafik menunjukkan kawasan pencarian Malaysia Airlines MH370 di selatan Lautan Hindi semasa taklimat oleh John Young, pengurus kanan unit kecemasan oleh Jabatan Keselamatan Maritim (AMSA) di Canberra semalam. The Sydney Morning Herald melaporkan hari ini pesawat yang hilang itu berkemungkinan besar mengalami kecemasan semasa penerbangan. – Gambar Reuters/AMSA, 21 Mac, 2014

Operasi menyelamat pesawat MH370 yang hilang diketuai Australia berakhir malam tadi tanpa sebarang serpihan ditemui, tetapi misi pencarian di kawasan perairan 2,500 km daripada Perth mencadangkan kemungkinan besar berlakunya kecemasan dalam Boeing 777-200ER tersebut, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.

Pesawat dan kapal melakukan pencarian semalam walaupun cuaca buruk untuk mencari objek termasuk sepanjang 24meter terapung di kawasan perairan Australia.

The Sydney Morning Herald mengatakan lokasi serpihan di Lautan Hindi “akan melenyapkan beberapa teori liar tentang apa yang berlaku dalam pesawat dan kecemasan dalam pesawat menjadi kemungkinan terbesar sekarang.”

Pesawat MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada 8 Mac dengan 239 penumpang termasuk anak kapal untuk ke Beijing.

Putrajaya mengatakan semalam imej satelit merupakan “petunjuk boleh dipercayai” bagi misi pencarian yang disertai 26 negara itu.

Menurut The Sydney Morning Herald, kecemasan mungkin berlaku dalam pesawat tersebut yang cuba berpatah balik, tetapi komplikasi mungkin menyebabkan kru dan penumpangnya tidak sedarkan diri sehingga pesawat terbang dengan sendirinya dan terhempas apabila minyak habis.

Dengan imej satelit objek besar yang dikatakan Australia dikesan empat hari lalu, The Sydney Morning Herald mencadangkan pesawat MH370 tidak mungkin dirampas. 
Apa yang lebih munasabah adalah senario kemalangan pengurangan tekanan udara, ataupun 'Senario Payne Stewart', yang dinamakan selepas pemain golf yang mati pada 1999 apabila Learjet beliau melalui pengurangan tekanan udara dan terus terbang di udara lebih 1,600km sebelum terhempas di selatan Dakota.Laluan ke arah selatan pesawat MH370 menyingkirkan teori rampasan kerana tiada sebarang lapangan terbang dalam laluannya.
Para juruterbang profesional berkata kemungkinan apa yang berlaku adalah kecemasan dalam penerbangan tersebut mematikan sistem komunikasinya, yang menyebabkan pengurangan tekanan udara sama ada pantas atau perlahan, akhirnya menyukarkan kru melakukan pendaratan kecemasan, kata SMH.
Akhbar Australia itu memfokuskan kepada dua kejadian yang mungkin menyebabkan kemalangan itu.
Pertamanya, penghakisan antena satelit yang "menyebabkan ia patah, memutuskan semua komunikasi, dan mengakibatkan pengurangan tekanan udara yang meninggalkan krew kebingungan sehingga penggera tekanan kabin berbunyi."
Kedua, kebakaran semasa penerbangan menjejaskan bekalan oksigen krew penerbangan. Bekas oksigen tersebut diletakkan di bawah lantai di mana sistem komunikasi juga berada.

Sementara itu, AFP melaporkan bahawa Australia akan meneruskan pencariannya hari ini untuk mencari bangkai pesawat di Lautan Hindi.
Gambar dari AP-3C Orion milik Australia. Empat pesawat semalam mencari kesan serpihan pesawat tersebut di kawasan 23,000km persegi di mana imej satelit diambil, tanpa hasil, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia. – Gambar Jabatan Pertahanan Australia, 21 Mac, 2014.

Pencarian dimulakan sekali lagi sebaik sahaja langit terang, dengan ketibaan kapal dagang Norway kira-kira 2,500km selatan-barat Perth selepas amaran cuaca yang teruk dan penglihatan yang terhad.
Empat pesawat menangguhkan pencarian mereka malam semalam tanpa kesan serpihan pesawat tersebut selepas mencari kawasan 23,000km persegi di mana imej satelit diambil, kata Jabatan Keselamatan Maritim Australia.
Dua pesawat datang dari Australia, satu dari New Zealand dan satu merupakan milik Amerika Syarikat dengan satu lagi kapal dagang dalam perjalanan menyertai kapal dagang Norway Hoegh St Petersburg.
Kapal maritim Australia HMAS Success juga menuju ke arah lokasi tersebut, dan Britain menghantar kapal tinjauan laut, HMS Echo.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semasa taklimat semalam bahawa "banyak lagi yang perlu dilakukan dalam usaha menghantar aset".
Beliau tampak berhati-hati dalam meninggikan harapan rakyat selepas beberapa petunjuk palsu sebelum ini dan memberi amaran pengesahan tentang objek serpihan itu mungkin lambat.
Imej satelit yang diambil pada Ahad itu didedahkan Perdana Menteri Australia Tony Abbott semalam.
Abbott memberitahu Parlimen imej tersebut merupakan 'maklumat baru dan boleh dipercayai', tetapi menekankan bahawa kaitannya dengan pesawat MH370 masih perlu disahkan.
"Indikasinya kepada saya adalah objek yang bersaiz berpatutan kemungkinan penuh air dan tenggelam timbul atas permukaan laut," kata pegawai Jabatan Keselamatan Maritim Australia, John Young.
Imej tersebut merupakan petunjuk paling kukuh sejak kawasan pencarian dibesarkan minggu lalu ke Lautan Hindi.
Pakar mengatakan kredibiliti maklumat tersebut disahkan oleh kenyataan yang dibuat oleh Abbott sendiri, tetapi memberi peringatan ia mungkin sukar mencari objek tersebut di sudut terpinggir bumi itu yang terkenal dengan arusnya yang kuat.
"Arus di sana antara yang terkuat di dunia, dengan kelajuan satu meter sesaat," kata Gan Jianping, seorang pakar laut (oceanography) di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong.
HMAS Success yang berkemampuan mengutip serpihan tersebut dalam perjalanannya ke situ.
Objek tersebut sepatutnya sudah terapung selama empat hari, yang membuatkannya amat sukar dikesan secara logistik sekarang, kata Menteri Pertahanan, David Johnston.
"Kita sekarang di bahagian paling terpinggir dunia. Malah saya rasa, minta maaflah, tetapi memang tiada kawasan lebih terpinggir dari sini." kata Johnston kepada Sky News Australia.
Beliau kemudiannya dipetik mengatakan pengesahan kukuh akan dapat dibuat dalam masa dua atau tiga hari lagi. – 21 Mac, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa