FAKTA-FAKTA ISU PENSWASTAAN TEBANGAN BALAK KPK
(2,000 ekar setahun untuk tempoh sepuluh tahun dengan harga bersih RM 1,370 se ekar)
01. Untung bersih mengikut harga pasaran sekarang bagi setiap tan balak adalah tidak kurang dari RM 500 se tan.
02. Kawasan KPK mempunyai 8 tan - 12 tan minima balak se ekar (Mengambil kira had tebangan).
03. Ini bermakna keuntungan bersih se ekar sepatutnya adalah di antara RM 4,000 - RM 6,000. (RM 500 x 8 tan = RM 4,000 atau RM 500 x 12 tan = RM 6,000)
04. Dengan itu, keuntungan bersih KPK sepatutnya di antara RM 8 juta hingga RM 12 juta setahun (RM 4,000 x 2,000 ekar = RM 8 juta atau RM 6,000 x 2,000 ekar = RM 12 juta)
05. Bagi tempoh 10 tahun (20,000 ekar) keuntungan yang patut dijana adalah antara RM 80 juta hingga RM 120 juta.
06. Sedangkan mengikut kertas cadangan Souncern yang dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah KPK pada bulan Disember 2014, bayaran bersih se ekar yang akan dibayar kepada KPK hanyalah sebanyak RM1,372.70 sahaja. (RM 1,370 dibahagi RM 500 = 2.74 tan se ekar)
07. Adakah munasabah kawasan KPK hanya mempunyai kurang dari tiga tan se ekar??
08. Ini bermakna, keuntungan yang akan diberikan oleh Souncern adalah hanya sebanyak RM 2.7 juta setahun.
09. Mengikut kertas itu juga, Souncern mencadangkan KPK memeterai perjanjian untuk tempoh 10 tahun, melibatkan kawasan sebanyak 20,000 ekar.
10. Bagi tempoh 10 tahun keuntungan yang dijanjikan hanya sebanyak RM 27.4 juta sahaja.
11. Berasaskan perkiraan ini, KPK akan mengalami kerugian keuntungan di antara RM 52 juta hingga RM 92 juta bagi tempoh sepuluh tahun (Tidak termasuk 30% keuntungan tambahan yang dijanjikan kerana diragui ianya boleh terjadi atau tidak).
12. Ini belum mengambil kira kemungkinan pengeluaran sebenar adalah lebih besar, kayu yang dikeluarkan bermutu tinggi dan harga kayu akan meningkat pada masa akan datang.
13. Angka keuntungan bersih RM 500 se tan dan pengeluaran purata KPK antara 8-12 tan se ekar, saya perolehi daripada maklumat dalaman dan orang yang arif dengan kawasan KPK dan industri kayu.
Saya dimaklumkan, 6,000 ekar pertama kawasan yang diserahkan kepada Souncern telah pun di"tagging".
Ini bermakna KPK sudah pun mengetahui nilai sebenar yang ada di dalam kawasan berkenaan.
Nilainya lebih tinggi dari tawaran yang diterima.
14. Saya difahamkan KPK tidak melantik mana-mana penilai bagi pihaknya bagi urus niaga ini.
15. Souncern pula dikatakan melantik penilainya sendiri. Nilai yang diletakkan adalah RM1,950.00 se ekar kasar.
16. Bagi urus niaga sepenting ini, adalah sangat menghairankan mengapa KPK tidak melantik satu penilai bebas untuk menilai asetnya.
17. Souncern adalah syarikat yang dimiliki oleh Sern Kou Berhad, Syarikat tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur.
18. Tidak ada dalam pengetahuan saya KPK diberikan tawaran saham dalam syarikat induk Souncern iaitu Sern Kou.
19. Semakan saya menunjukkan harga saham Sern Kou telah meningkat daripada 40 sen se saham pada akhir Disember (tarikh KPD membuat keputusan) naik kepada 69 sen sebelum ditutup pada 65 sen se saham pada Hari Raya Korban 2015 baru-baru ini.
Bermakna, syarikat berkenaan mendapat faedah yang lebih besar dari khazanah KPK.
20. Saya hairan mengapa tidak ada susunan korporat yang lebih menyeluruh di mana KPK diberikan saham dalam Sern Kou untuk mendapat faedah yang maksima dari urus niaga ini.
21. Sebagai kesimpulannya, saya masih berpendirian keuntungan bersih yang ditawarkan kepada KPK adalah sangat rendah.
22. Saya berpendirian jika tawaran terbuka dilakukan, KPK boleh mendapat keuntungan yang lebih besar.
23. Adalah menjadi tugas saya selaku Adun yang berjuang atas nama Islam untuk menjaga kepentingan terbanyak rakyat yang memberikan amanah dengan cara yang saya fikirkan berkesan untuk menghentikan amalan melepaskan khazanah Negeri Kelantan di bawah nilai pasaran secara berterusan satu demi satu sekarang.
Husam Musa
Adun Salor
15 Zulhijjah 1436/29 September 2015
Kertas Putih perlu untuk dedahkan skandal Bandar Baru Dabong dan KPK
SUSUPAN PAGI
Beberapa pendedahan dan pembongkaran yang berlaku dalam pengurusan syarikat Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) nampaknya makin parah meletakkan syarikat milik Kerajaan itu dalam keadaan kritikal dan hilang kepercayaan umum.
Kesan daripada itu ia membawa kepada timbul persepsi kepada ketelusan dan kebersihan dalam kepimpinan kerajaan Pas Kelantan hari ini yang "diselawatkan" dengan kepimpinan Islam. Sudah pasti masalah itu juga akan mudah dikaitkan dengan ketiadaan Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan sekaligus menjejaskan wibawa penggantinya, kerana ia dibangkitkan selepas ketiadaan murabbi ummah itu.
Senario itu memerlukan kepada satu penyelesaian atau jawaban yang tuntas daripada pihak kerajaan. Sikap mendiam diri atau menjawab dengan seribu penafian, apa lagi menganggap pendedahan itu berniat jahat tidak lagi membawa apa-apa erti bila mana isu yang berlaku sudah sampai ke pengetahuan rakyat. Apa lagi fakta dan dalil-dalilnya sudah dapat dilihat oleh umum dengan mata lender dan kepala sendiri.
Kepedulian terhadap KPK juga sangat penting kerana ia sebuah syarikat milik kerajaan yang diwujudkan dengan semangat dan aspirasi besar kepada rakyat. KPK bukan sahaja setakat diberi tanggungjawab mengilang kayu kayan menerusi kilangnya, (terletak di Dabong) memberi peluang pekerjaan, menguruskan penanaman semula balak, tetapi hakikatnya juga sebagai khzanah menjaga hutan rimba Kelantan yang merupakan eset kekayaan Kelantan sejak zaman berzaman. KPK bertindak menjadi institusi mengurus khazanah bernilai itu
Justeru sebagai pemangking pendapatan negeri, KPK diberi konsesi ratusan ribu ekar untuk diuruskan secara tertib, mesra alam dan profesional, sudah tentu ia diharap menjanakan kewangan kepada perbendaharaan negeri Kelantan. Sementara pembangunan atau projek hilirannya memberi ruang pekerjaan dan keselesaan kepada rakyat serta membangun kawasan penempatannya itu.
Bagaimana pun perjalanan KPK secara tersusun, bertanggungjawab beberapa dekad lalu sekaan tercemar, bila mana dilaporkan berlaku beberapa penyelewengan dan skandal menyebabkan syarikat itu dipertikaikan dan tercemar wibawanya. Apa yang berlaku itu menggambarkan kelemahan, ketidaktelusan pihak pengurusan KPK khasnya dan kerajaan amnya.
Isu-isu yang diperkatakan tentang KPK sekarang ini adalah seperti berikut;
1. Mengenai projek pembangunan bandar baru Dabong bernilai RM40 juta dimana projek itu dibangunkan secara usahasama di antara KPK dengan syarikat swasta bernama DSP Gorup Compenies. Projek itu dimula pada tahun 2012 tetapi hingga sekarang ia tidak menampakkan bekas.
Tidak ada pejelasan daripada mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau KPK sendiri berhubung projek berkenaan, sedang nilai atau kos upacara perasmiannya dikatakan menelan jutaan ringgit. Paling menyedihkan ada juga tuduhan mengatakan projek bandar baru Dabong itu adalah projek gajah putih kerana matlamat sebenar di sebalik projek itu ialah untuk merimbat kekayaan KPK?
2. Tindakan pengurusan KPK yang memberi atau menyerahkan kepada syarikat lain ke atas konsensi yang diberikan kepadanya. Tindakan ini menyebabkan hasil yang sepatut dapat dikutip oleh KPK berkurangan atau pun dalam kata lain KPK kerugian. Proses penyerahan konsensi ini juga menimbulkan keraguan akan ketelusannya, kerana terdapat harga tawaran jauh berbeza dengan harga biasa dan makenisma penentuan harga juga tidak menyakinkan.
Dato` Mat Yaakob, kito pegang jwtan tak lamo. Jangan nanti kita tak der jwatan,hidup lagi, rakyat dok kutuk kita. Jatuh maruah kita,anak bini kita. Ambil kiralah pandangan2 orang lain walaupun kita tak suka dia. Buat semakan,nilai balik...
ReplyDeleteAbe
ReplyDeleteMembalak bersama ulama.Slogan utk PRU14 nanti.Ambo tunggu jawapan MB Mat Rileks walaupun ambo sudah dapat agak apa jawapannya.
Kepada walaun walaunta semua teruskan menjadi lembu.
Aku klu dengar pasal balak kat kelantan, aku dah naik menyampah. Ni semua kerja2 mat balakun tarak otak serban 3 jengkal.
ReplyDeleteMembalak bersama ulamak..bagus cadangan manifesto ti..pas ngan umno bila ckp soal duit dan kuasa..2x5=5x2..yg untungnya org kelantan..smpai la i masih ada yg duduk dlm khemqh..hebat kan?
ReplyDelete