Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 18, 2015

Inilah suara pemimpin sebenar di negara berbilang kaum!

Di negara ini ramai pemimpin dari jenis yang sukakan perpecahan
Yang lebih menjijikkan menyokong satu kumpulan berotak zaman batu yang mengutuk etnik lain yang juga rakyat negara ini kerana sokongan kepada dirinya

Putera Johor anggap perkauman `menjijikkan’
PUBLISHED: Sep 18, 2015 03:01pm
Tunku Idris terus mengecam perkauman dalam akaun Instagram miliknya. Foto Facebook Tunku Idris Iskandar

KUALA LUMPUR, 18 September:


Putera Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim dalam tindakan terbarunya yang mengutuk perkauman, memberi maklum balas yang boleh dilihat sebagai menentang perhimpunan Baju Merah.
Dalam posting di akaun Instagram yang dibuat malam tadi, anak ketiga Sultan Johor itu memuat naik imej yang tertera tulisan, “Ia menjijikkan. Perkauman dan bahasa kebencian yang tidak ada tempat dalam masyarakat ini.”
Pada posting terbabit, beliau turut menulis mengenai dirinya yang berbilang bangsa.
“Saya mempunyai Melayu, Cina dan Inggeris dalam darah saya. #BangsaJohor,” tulisnya.
Posting beliau mendapat lebih3,600 likes, selain pujian.
Komen Tunku Indris itu dibuat sehari selepas perhimpunan di pusat bandar Kuala Lumpur yang bertukar buruk apabila menyaksikan pemberita dijadikan mangsa komen perkauman oleh peserta.
Antara ungkapan menghina termasuk “Cina gila babi” dan “Keling bangsat” yang dilemparkan kepada media.
Peserta turut melaungkan supaya hak Melayu dipertahankan. - TRP

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa