Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 25, 2015

Ancaman rusuhan: Mengapa sibebal ini masih bebas?

Adakah pemimpin baju merah akan terlepas dengan ancaman rusuhan yang dibuatnya?
09:30AM Sept 25 2015
oleh V Shuman

SEKILAS PANDANG:  Pemimpin perhimpunan baju merah yang bebal kembali bertindak dan kali ini, dia mengancam untuk menganjurkan rusuhan di Petaling Street sekiranya pihak berkuasa gagal mengambil tindakan ke atas dakwaan penjualan barangan tiruan di sana.
Laporan berita memetik Jamal Md Yunos sebagai berkata yang baju merah akan “terpaksa” turun Sabtu ini, dan kemungkinan “rusuhan”, kerana ketiadaan tindakan oleh pihak berkuasa untuk menghapuskan barangan tiruan sebelum Jumaat ini.
“99 peratus yang mereka (baju merah) akan kembali ke sana. Malah mungkin mereka akan merusuh.
“Saya diberitahu seramai 5,000 akan turun” kata ketua bahagian Umno Sungai Besar itu.
Dia bercakap dengan wartawan selepas membuat laporan polis atas fitnah yang dibuat kepadanya di media sosial di ibu pejabat polis Ampang Jaya pada Rabu lepas.  
“Saya merupakan orang tengah antara kumpulan yang berkumpul di Petaling Street hari itu (16 September) dan pihak berkuasa.
“Sekiranya tiada tindakan di ambil sebelum Jumaat, saya tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kekecohan di tempat itu,” kata Jamal.
Sekiranya membaca kenyataan itu membuat akan terdiam, anda tidak bersendirian.
Mari kita lihat faktanya.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis telah berkata yang perhimpunan di Petaling Street tidak akan dibenarkan berlaku.
Tetapi, Jamal masih mengatakan yang mereka akan meneruskan perhimpunan itu, malah mengancam merusuh, walaupun sudah dihalang.
Dalam kata lain, dia sedang memeras ugut pihak berkuasa dengan berkata “setuju dengan permintaan saya, jika tidak saya akan merusuh.”
Mengapakah lelaki ini masih belum ditahan?
Bayangkan apa yang terjadi sekiranya seseorang yang kritikal kepada kerajaan menghemburkan kata-kata yang sama kepada pihak berkuasa.
Pihak polis akan menahannya di luar balai polis, di mana dia telah datang untuk membuat laporan, atau lebih buruk, komando bersenjata akan mengepung rumahnya di waktu tengah malam buta, dan menahan mereka seolah mereka penjenayah besar.
Adakah Jamal ialah duta keganasan Umno yang baru? Maka, mengapa polis bertolak ansur dengan ‘pengganas’ ini?
Sekiranya dasar kita ialah tidak berunding dengan pengganas (terbukti dalam kes penculikan Sabah), mengapa orang bebal ini masih bebas?
Bukankah dia dan konco-konco yang dibayarnya adalah ancaman kepada keselamatan negara, atau mereka tidak disentuh kerana mereka mempunyai hubungan dengan Umno?
Malah sekiranya pihak berkuasa menyerbu Petaling Street untuk merampas barangan tiruan selepas ini (bila-bila masa sebelum Jumaat), mereka nampaknya takut kepada ancaman yang dikeluarkan oleh bebal rasis ini.
Apakah tanggapan ramai kelak? Yang mana-mana orang bodoh boleh keluarkan kenyataan (di masa hadapan), mengancam melakukan rusuhan kaum sekiranya permintaan mereka tidak dipenuhi, dan masih lepas bebas?
Sangat jelas yang kemarahan Jamal kepada peniaga di Petaling Street adalah bersifat peribadi, berbanding hendak melindungi orang ramai daripada barangan tiruan.
DIa juga mengakui yang dia pernah memohon sebuah lot untuk perniagaannya di sana 10 tahun lepas, tetapi permohonan itu ditolak.
Jadi, adakah ini kes “bermasam muka” dan mungkin ini masanya untuk membalas dendam?
Walaupun ada kebenaran, tidak sesuai untuk menyalahkan Jamal semata-mata dalam kejadian terbaru ini.
Dia telah sampai ke tahap ini, kerana dia telah dibenarkan berbuat demikian oleh pemimpin-pemimpin Umno, yang menepuk bahu orang bebal ini setiap kali dia menghemburkan kenyataan bersifat perkauman.
Apa yang menjadi kebimbangan kini adalah pihak polis nampak teragak-agak hendak bertindak ke atas Jamal, disebabkan mungkin oleh sokongan politik kepadanya. Jika tidak, dia sudah merengkok dalam penjara lama, pastinya.
Nampaknya melepaskan belon kini adalah jenayah yang lebih berat berbanding mengancam rusuhan dan menumpahkan darah kaum lain.
Agak menarik apakah tindakan seterusnya pihak berkuasa kepada Jamal dan pengikut-pengikutnya, sekiranya ada.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com

1 comment:

  1. Tangkap...kurung dalam stadium dan lepaskan gas pemedih mata 50 bijik sambil siramkan dengan pancutan air gatal FRU..... Nak tunjuk samseng tapi yang nampak BODOH.!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa