Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 20, 2015

Bukankah ini rasis dan menghasut?

Tapi tak tahulah........hanya pihak polis yang berupaya mendefinasikannya
Walau pun mungkin betul, tetapi wajarkah seorang pemimpin masyarakat membuat kenyataan terbuka seperti ini?
Kenapa kita harus jadi Yahudi yang mengagongkan bangsa sendiri berlebihan?

Adakah Ali Rustam jangkakan kenyataan begini menguntungkan UMNO?
Makcik dan Pakcik kat kampung mungkin boleh dimomokkan tetapi tidak pada generasi muda yang berpelajaran kecuali yang tercicir kat kampung dan berfikir separuh matang.

Bagi BN pula, ianya membawa kehancuran!

Seakan betul kata Pak Samad : Pak Samad bimbang wujud benih darurat sebelum PRU14

Ali Rustam gesa Melayu pantau, jangan lembut dengan Cina, lapor akhbar 
Published: 20 September 2015 11:15 AM
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia Tan Sri Ali Rustam mendakwa, orang Cina semakin berani menghina orang Melayu apabila melihat DAP memandang rendah kemampuan Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.

Bekas naib presiden Umno, Tan Sri Mohd Ali Rustam yang kembali mencuri perhatian ramai dengan penganjuran himpunan "baju merah" pada 16 September lalu, menggesa orang Melayu agar sentiasa mengawasi kaum Cina yang menurutnya akan mengambil kesempatan daripada kerajaan yang lemah.
Bercakap dalam satu wawancara dengan akhbar Mingguan Malaysia, beliau yang merupakan presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mendakwa, orang Cina semakin berani menghina orang Melayu apabila melihat "DAP memandang rendah kemampuan Melayu".
Beliau yang juga bekas ketua menteri Melaka, kembali dalam politik nasional menerusi Pesaka yang bertindak sebagai penganjur himpunan "baju merah" atau "Himpunan Rakyat Bersatu" yang diadakan pada Hari Malaysia baru-baru ini.
"DAP pandang rendah kemampuan Melayu dan fikir mereka boleh buat apa-apa sahaja yang mereka suka. Sebab itu orang Cina yang ramai dahulu sederhana, apabila lihat DAP, semakin berani hina orang Melayu, dan orang Melayu tidak boleh buat apa-apa.
"Saya fikir orang Cina hendak pilih kerajaan yang berani dan tegas. Apabila mereka lihat kerajaan macam sudah lemah, orang hina kita, al-Quran, pemimpin dan persenda Rasulullah tidak dikenakan tindakan, saya rasa orang Cina fikir kerajaan yang ada hari ini lemah dan tidak kuat," katanya akhbar milik Umno itu hari ini.
Ali berkata demikian sewaktu menjawab soalan sama ada himpunan "baju merah" yang lalu itu akan menyebabkan pengundi Cina atas pagar menjarakkan diri daripada Barisan Nasional (BN).
"Orang Cina ini tengok siapa kuat. Siapa kuat, mereka akan ikut. Kita kena tegas. Kenapa Parti Tindakan Rakyat (PAP) di Singapura berjaya? Kerana mereka tegas.
"Jadi, kalau kita lembut, tidak boleh. Kalau mereka tunjuk mereka boleh buat, kita tunjuk kita pun boleh buat tetapi demonstrasi secara aman," katanya.
Beliau mendakwa, kaum Cina kini berubah berbanding dahulu yang sederhana kepada berani, kerana kerajaan sedia ada bersikap lembut.
"Pesaka hendak pertahankan kerajaan. Kita tunjukkan, jangan hina orang Melayu, dan kita berani. Kalau kita berani, mereka akan fikir 2 kali," kata Ali. – 20 September, 2015. - sumber

7 comments:

  1. Sudah2 la alycrab bawak2 bertenang 6 bhg umno mlk 1 jer sokong kau, bukan cina tapi melayu, ckp pun tak berapa nak geti, dah nak mam... pun nak jadi anj... tak cukup mkn ker..

    ReplyDelete
  2. Ali Rustam lupa

    Di ingat dengan gaji nya saja cukup tuk hidup kaya bergaya.

    Pau Pau Pau dari Kaum Cina sudah lupa

    Apa nak jadi makin tua makin lupa

    Ini akibat darah daging yang tak tentu kualiti nya menyesat kan bila di hujung hujung umur

    ReplyDelete
  3. Muka mountdweller sebijik pondan chow kit yg kuat merenggek kena dgn kote bengkok aku semalam.

    Suka kena liwat, merapu meroyan..sedap jugak suara halus lunak dia...

    Suara mountdweller kot...

    ReplyDelete
  4. Anon 1:55 PM nilah jenis UMNO tulin kot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana2 blog pon kalu kita baca cara kutu umno mengulas dan melahirkan pendapat..pasti tergambar kerendahan moral dan ketumpulan minda....inilah juga genetasi yg diidam2kan oleh umno...bangsat yg dilahirkan dari airludah umno

      Delete
  5. Balik-balik salahkan kaum Cina rakyat Malaysia. Mereka berniaga (dan kena pau dengan orang Melayu!), bayar cukai (tapi anak mereka susah nak dapat tempat dalam universiti awam dan menjadi pekerja awam!) dan buka syarikat dan mengambil pekerja-pekerja Melayu (bila kuli Melayu malas mereka ambil pekerja Bangladesh yang dibawa masuk oleh orang Melayu!)jadi dimana salahnya kaum Cina?? Banyak berlaku jenayah, itu tanggungjawab IGP yang sudah tentu Melayu, banyak pendatang haram, itu tanggungjawab Menteri Melayu, pengangkutan awam huru hara, itu tugas pegawai-pegawai Melayu, ringgit menjunam itu tanggungjawab menteri dan pakar ekonomi Melayu!!!, harga sawit dan getah turun, itu kena tanya menteri Melayu, harga rumah mahal dan ramai rakyat asing beli rumah termasuk di Putrajaya berharga berjuta-juta, itu kena tanya menteri-menteri dan pegawai tinggi Melayu. Jadi masa bila pulak kaum Cina rakyat Malaysia yang menyebabkan banyak masaalah dalam negara????? Yang sebenarnya majoriti orang Melyu yang bingai dan mereka memilih pemimpin-pemimpin yang bingai!! Sebelum salahkan kaum Cina sila bogel dan berdiri di depan cermin dan lihat sendiri kehuduhan diri!!

    ReplyDelete
  6. ali rutam ni, bukannya melayu.
    dia sama juga macam
    jins shamsudin dan d.j.dave
    benggali toktok.
    sedarlah diri tu sikit, ali ooii...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa