Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 20, 2015

Hadi dah berikan kata putus, ni yang bergelejat nak runding ni apa hal?

'Saya akui tidak ada parti akan berjaya dalam pilihan raya sekiranya bergerak sendiri'
Sedar pun!!
Sayangnya Hadi, Nik Abduh, Nik Amar dan Panglima siku dan lutut masih sombong dengan mengatakan PAS semakin kuat dan mampu bergerak bersendirian........

Iskandar ni bukanya apa, sekiranya PAS tertendang maka syuru puak-puak ni juga melepas!

Tunggu 'cool down' dulu sebelum runding
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 SEPTEMBER 2015
Iskandar Abdul Samad

KLANG - Pas masih belum bersedia untuk proses rundingan mengenai pembentukan pakatan baharu, namun mengakui tiada istilah tutup pintu dalam berpolitik.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, tawaran PKR supaya parti pembangkang bekerjasama belum dibincangkan lagi dalam Pas.

“Buat masa ini kita perlu ‘cool down’ terlebih dahulu, sebelum ‘settle down’, masih terlalu awal. Saya akui tidak ada parti akan berjaya dalam pilihan raya sekiranya bergerak sendiri.

Namun dalam kerjasama itulah akan tercetusnya perbezaan pandangan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Mesra Dewan Perhimpunan Penyokong Pas (DHPP) 1.0 di sini, semalam.

Katanya, jika setakat untuk tawan Pulau Pinang atau Kelantan sahaja, mungkin satu parti mampu namun sebaliknya di peringkat nasional.

Sementara itu, dalam ucapan perasmiannya, Iskandar menepis persepsi orang luar yang mengatakan Pas di Selangor ibarat kapal karam.

“Kami di Selangor tak rasa pun ada masalah, orang yang pandang kita macam kapal kami dah karam.

“Hari ini ahli Pas letak jawatan, esok dah berganti. Kita mungkin banyak perbezaan, InsyaALLAH kita akan terus istiqamah bersama perjuangan Pas,” katanya.

4 comments:



  1. Ngaku je lah Hj Hadi banyak buat masalah kalau betul-betul nak 'settle down'.

    ReplyDelete
  2. ah! le!le!le!le! ulaumak mau dipujuk kot.......pura' purak jual mahal kih kih kih! macam kanak kanak jadinya!

    ReplyDelete
  3. Betul

    Bukan senang dapat gaji elaoun senang dari Gomen Selangor

    Kena pulak ekonomi nak hancur sekaramg

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Dah hj hadi, hasan serban, nik abduh kata, pas dh kuat, xperlu sokongn parti lain. Nik amar kata kita msuk pilihanraya bukan utk menang.
    Dgn sombong dn angkuh presiden dh buat kata ptus pas xnk sokongn parti lain kcuali pkr.
    Jgn bongkak, jgn angkuh. Allah x suka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa