Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 22, 2015

Kerajaan mana tadbir Selangor sekarang?



Pemuda Gerakan membangkitkan persoalan berhubung pihak mana sebenarnya yang mentadbir Selangor selepas pembentukan gabungan baru PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) tanpa PAS.
Sekarang ini anggota exco Selangor terdiri daripada wakil PKR, DAP dan PAS.
“Pemuda Gerakan mendesak PKR dan DAP mengesahkan sama ada Selangor kini ditadbir oleh Pakatan Harapan yang baru dibentuk.
“Ada adakah terdapat gabungan berasingan dibentuk dengan PAS semata-mata untuk mempertahankan kuasa dan kedudukan menguntungkan dalam kerajaan Selangor?” soalnya.
Beliau juga menuntut penjelasan kenapa PAS masih menjadi sebahagian daripada kerajaan negeri, walaupun Pakatan Rakyat sudah terkubur selepas perbalahan berpanjangan isu hudud DAP-PAS.
PAS mempunyai tiga wakil dalam exco Selangor yang dipengerusikan oleh timbalan presiden PKR yang juga Menteri Besar Azmin Ali.
PAS akan bermesyuarat petang ini berkaitan perkembangan terbaru ini. PAS diundang ke mesyuarat meja bulat untuk penubuhan parti itu pagi ini tidak tidak turut serta.
Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang mempunyai seorang anggota parlimen tidak diundang.

4 comments:

  1. Yg Gerakan tu sebok apahal? Pakatan Rakyat gabungan gentleman. Tak perlu Gerakan nak susah hati siapa anggotanya.
    Yg pasti BUKAN ditadbir oleh BN.

    ReplyDelete
  2. Budak Gerakan pun dah jadi Bahalol jugak

    Kepala Otak!!!!!

    Dah nak jadi IPF tunggu Bungkus saja

    ReplyDelete
  3. Gerakan ialah parti yg dah pupus. Orang cina dah lama tinggalkan gerakan. Lebih elok pikir macamana nak tambah ahli

    ReplyDelete
  4. Yang mentadbir selangor sekarang ialah kerajaan campuran PKR, DAP dan PAS bukan kerajaan PR....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa