Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 21, 2015

‘baju merah’: MCA juga terima bahangnya!

Gagal sepakat isu ‘baju merah’, MCA mungkin berhadapan pergolakan dalaman 
09:30PM Sept 21 2015
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: BN perlu membayar mahal jika pergeseran antara parti komponennya berterusan ekoran kegagalan Perdana Menteri Najib Razak membuat tindakan yang wajar berhubung perhimpunan “baju merah” pada 16 September lalu.
Tindakan melawan pihak radikal dengan sendiri menjadi radikal adalah sia-sia dan menjejaskan objektif asas Barisan Nasional (BN), kata presiden bersama Centre for a Better Tomorrow (CENBET) Gan Ping Sieu.
“Beliau mengambil tindakan yang tidak bijak,” kata Gan kepada Semut Harian. Beliau merujuk pengumuman Najib selepas mesyuarat majlis tertinggi BN minggu lalu bahawa parti komponen BN telah “bersetuju untuk tidak bersetuju” berhubung Himpunan Rakyat Bersatu yang diadakan pada Hari Malaysia yang lalu.
GanGan
Bekas naib presiden MCA itu juga menyentuh betapa Najib akhir-akhir ini telah condong ke “kanan” dalam mencari sokongan bagi kepimpinannya, dan berkata beliau tidak pasti adakah ia langkah yang tepat buat BN.
Gan membuat kenyataan ini sebagai respon kepada pengumuman Pemuda MCA Pasir Gudang semalam bahawa ia memutuskan hubungan dengan Najib kerana menyokong perhimpunan baju merah.
Seperti dijangka, pengumuman yang dibuat ketua Pemuda MCA Pasir Gudang Cia Chow Hui itu mencetuskan kemarahan Pemuda Umno dan teguran daripada ketua Pemuda MCA Chong Sin Woon.
Laman Malaysiakini melaporkan Cia sebagai berkata, keputusan itu dibuat kerana perhimpunan tersebut telah memusnahkan keharmonian kaum berikutan sepanduk-sepanduk berbau provokasi yang antara lain mendesak pemansuhan sekolah vernakular.
“Ini telah memusnahkan  persahabatan dan keharmonian antara kaum yang telah wujud sejak merdeka…” kata Cia.
Sebagai respon, Cong menggesa ahli-ahlinya untuk bersabar memandangkan kepimpinan MCA pusat akan bermesyuarat pada 24 September ini untuk menyatakan pendiriannya berhubung perhimpunan itu.
Menekankan bahawa kedua-dua pihak mempunyai hak untuk bebas menyatakan pandangan politik, Gan berkata yang kenyataan seumpama itu sepatutnya berasaskan kepada kepentingan terhadap BN.
“Apa yang terbaik buat BN, ketika pemimpinnya ‘setuju untuk tidak bersetuju’ berhubung prinsip politik asas, (dan) kenyataan-kenyataan yang boleh dilihat melukakan dan menghina parti komponen lain?” soalnya.
“Menyedihkan apabila Najib mengabaikan politik inklusifnya untuk melawan serangan pembangkang dan seteru dalam partinya sendiri, dengan cuba menarik sokongan puak radikal, bukannya puak pertengahan dan parti komponen BN,” katanya lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysiakini memetik ketua pemuda MCA Johor Koo Choon Peng yang mendakwa pujian Najib terhadap perhimpunan baju merah menyimpang daripada prinsip kesederhanaan dan 1Malaysia yang pernah dibawanya.
KooKoo
“Kami merasakan beliau, selaku perdana menteri dan pengerusi BN, telah membuat kenyataan yang tidak wajar,” kata Khoo.
Namun, Khoo berkata yang sementara Pemuda MCA Johor akan menghormati keputusan Cia, majoriti pemimpinnya merasakan tiada keperluan untuk mengambil tindakan “drastik” seperti itu.
“Kami akan menyampaikan pendirian kami kepada kepimpinan MCA Pusat dan Pemuda MCA pada satu taklimat Khamis ini,” katanya lagi.
Ketika mesyuarat pada 14 September lalu, presiden MCA Liow Tiong Lai dan pemimpin parti komponen lain dilaporkan menentang restu Najib dan Umno terhadap perhimpunan itu.
Namun pandangan mereka ditutup atas alasan pemimpin BN telah “setuju untuk tidak bersetuju” dengan pendirian Umno. Pada perhimpunan itu, sebahagian penyokongnya terlibat dalam pertelingkahan di Jalan Petaling.
Apabila ahli parti perlu mengambil “tindakan drastik” demi menyuarakan rasa tidak puas hati mereka, jelas bahawa ada masalah dengan “saluran betul” yang telah diwujudkan untuk menangani pertelingkahan dalaman.
Dalam kes ini, kerosakannya bermula di kedudukan paling atas. Dan kecuali isu ini ditangani, MCA dan parti komponen lain mungkin akan berhadapan pemberontakan yang boleh menyebabkan ahli-ahlinya mengikut jejak langkah pemimpin Pemuda MCA Johor, atau lebih teruk, meninggalkan parti.
Berbanding menutup mulut pemimpin mudanya yang berani bersuara, kepimpinan pusat MCA harus mencari keberanian moral untuk menguatkan suara mereka dan “setuju untuk tidak bersetuju” dengan keputusan Najib untuk menyanggah pandangan konsensus BN, dalam hal-hal yang melibatkan kepentingan negara.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

2 comments:

  1. ada orang mca pernah hina hukum Islam
    jangan lupa tu
    makin biadap jugak puak ni
    kalau tong tu tetap bau kehong jugak
    betapa ramai yang tak dapat bercakap bm denagn elok
    walau dah lama medeka
    apa boleh buat masa britis mai dulu hang tuah dah hilang
    kalau tidak sesama melayu bergocoh nak jadi pm
    asalkan melayu jadi tuan

    ReplyDelete
  2. Lancau laa melayu jadi tuan! Perangai pemimpin melayu dah mcm yahudi tamak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa