Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 20, 2015

Najib PM yang paling celupar!

Cuba korang ingat balik berapa banyak keceluparan yang dilakukannya bermula dari Haramjadah?
Adakah Najib terikut-ikut watak Zahid Hamidi?
Najib adalah PM Malaysia bukannya hanya PM bagi Melayu sahaja.......
Tambahan pula hari itu adalah 16 Sept. Hari Malaysia!

Pengguna Internet kutuk kenyataan ‘tampar’ Najib
Published: 20 September 2015 3:38 PM
Kenyataan Datuk Seri Najib Razak berhubung kewajaran perhimpunan ‘ baju merah’ baru-baru ini menerima kritikan pengguna Internet. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 September, 2015.

Datuk Seri Najib Razak menerima ribuan komen negatif daripada pengguna Internet berhubung kenyataannya tentang "tampar" ketika mewajarkan "perhimpunan baju merah" pada 16 September sebagai satu manifestasi kebangkitan orang Melayu untuk mempertahankan maruah mereka dan kepimpinan negara.
Petikan kenyataan beliau yang diterbitkan di laman Facebook Astro Awani semalam menerima banyak komen yang tidak bersetuju dengannya sambil mereka menyatakan orang yang selayaknya ditampar ialah pemimpin yang tidak jujur dan tidak ikhlas.
Ia memaparkan gambar perdana menteri yang bersongkok dan memakai baju Melayu hitam serta petikan kata-katanya: "Sekali tampar, kita tak buat apa. Dua kali tampar...tak buat apa...tiga kali tampar...tak buat apa...tapi empat kali tampar sudah melampaui batas. Orang Melayu ada hak juga." 
Dalam satu komen yang menerima lebih 4,300 kali "Like", Nazirul Aiman Md Hassan berkata: "4kali tmpar tu bukan utk melayu.tp utk pemimpin melayu yg xsedar diri n asyik menipu melayu".
Alahai Debab pula menulis: "Sbnrnyr rakyat dh lama nk tampar ko najib....". Komen itu menerima lebih 2,800 "Like".
Najib membuat kenyataan itu 2 malam lalu pada perhimpunan Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka), Silat 2015 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Beliau berkata orang Melayu selama ini bersabar walaupun beberapa perhimpunan haram diadakan yang dilihat mencabar maruah orang Melayu.
Seorang pengguna Facebook menggunakan nama Kassim Selamat bertanya siapa yang sepatutnya ditampar dan menggesa pemimpin menyatupadukan rakyat, bukannya memecahbelahkan mereka.
"Siapa yg tampar siapa?... Jgn jadi Penghasut. Fikirlah bagaimana utk menyatukan rakyat pelbagai suku kaum bukan utk memecahbelahkan rakyat sendiri. Kita membangun negara ini bersama2," tulisnya.
Pengguna bernama Tro've Man sementara itu berkata, tiada siapa yang merasa marah atau mahu menampar orang Melayu.
"Yg org marah pemimpin korup. Pemimpin yg zalim. Itu yg melayu nak tampar," katanya.
Membidas Najib, Khairul Fahmi berkata, semua pihak perlu menahan diri daripada membangkitkan sentimen perkauman dan perdana menteri seharusnya menggalakkan perpaduan.
"Cukup2lah sebut psl sentimen perkauman untuk kepentingan sendiri.. Makin x aman Malaysia nie.. Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang beragama Islam, sepatutnya anda galakkan perpaduan semua bangsa dalam Malaysia nie.. Agama Islam pun menyuruh perpaduan xkira bangsa.. Dekat Kaabah tu semua bangsa ada mengadap Allah.. Bukan untuk kepentingan anda sorang, tapi untuk semua supaya aman damai.. Dalam agama Islam pun menyuruh perpaduan, bersatu padu tanpa mengira kaum..."
Juga dikenali sebagai "Himpunan Rakyat Bersatu", penganjur perhimpunan baju merah mengadakannya sebagai tindakbalas kepada perhimpunan Bersih 4 yang menurutnya menghina integriti bangsa Melayu.
Perhimpunan itu menyaksikan ucapan yang membakar semangat, sepanduk dan plakad dengan kata-kata yang berbaur sentimen perkauman serta ketegangan antara peserta yang tidak senang dengan soalan yang ditanya beberapa wartawan.
Pihak polis rusuhan turut melancarkan semburan kimia yang dicampur air ke atas peserta perhimpunan yang bertindak ganas cuba melanggar sekatan polis untuk masuk ke kawasan Jalan Petaling yang tidak dibenarkan. – 20 September, 2015.

4 comments:

  1. Najib tentu amat suka kalau terjadi perbalahan kaum dan negara kacau bilau. Sekurang-kurangnya rakyat dan pemimpin pertengahan tidak akan mempersoalkan dan akan lupa isu wang 1MDB yang lenyap dan wang derma RM2,600 juta yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tu.

    Tahniah kepada Allahyarham Tun Razak kerana melahirkan seorang individu Melayu yang terlalu kaya melalui percaturan politik (merompak dan menyamun wang rakyat dan negara) walaupun pengajian Najib tak habis tetapi mampu menjadi individu yang terkaya di Asia. Syabas, Melayu memang bangsa lembu walaupun diasuh sebagai Islam.

    ReplyDelete
  2. Semakin dekat PRU14 semakin kerap pemimpin2 tertinggi umno memainkan sentimen perkauman.... seolah olah selama ini Malaysia di perintah oleh selain dari MELAYU........
    Ada game/agenda yg tersirat ke yg nak dilaksanakan oleh pemimpin2 umno supaya PRU14 tak perlu dilaksanakan dan dgn mudah MENGEKALKAN KUASA

    ReplyDelete
  3. Budak Bahalol dah darah daging judi Atok Towkay Genting gak

    Yang paling bahalol orang orang Melayu boleh BODOH kan diri sendiri terima dan angkat Budak Bahalol jadi Pemimpin.

    Kalau Melayu tak Bahalol tak mungkin Singapura ber pisah dari Malaysia.

    Salam 1Bahalol

    ReplyDelete


  4. Rakyat pula akan 'tampar' Najib pru akan datang.

    Kita bukan otak jenis baju merah.

    Rosmah pakai cincin berjuta, biarkan.
    Perempuan mengandung kena letup, biarkan.
    Pegawai SPRM kena tangkap, biarkan.
    Najib dapat RM 2.6 billion, biarkan.
    Biarkan. Biarkan. Biarkan.

    Terang-terang Pertubuhan Silat di gunakan ala-ala samseng. Lebih baik Najib beku kan lesen judi dan lesen perniagaan cina dari guna darah orang melayu untuk kepentingan nya sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa