Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 24, 2015

Pemimpin Bersih 4 sudah dipanggil, Jamal Md Yunos bagaimana?

Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee
Dania Zainuddin, Astro Awani | Diterbitkan pada September 24, 2015 09:43 MYT
Jamal Md Yunos patut dikenakan tindakan undang-undang - Wee
WEE: Beliau melampaui batas dan seolah-oleh menggunakan undang-undang sendiri.
KUALA LUMPUR: Penganjur Himpunan Rakyat Bersatu atau dikenali sebagai perhimpunan Baju Merah 16 September lalu, Datuk Jamal Md Yunos perlu dikenakan tindakan undang-undang kerana mengancam untuk mengadakan satu lagi perhimpunan atau protes di Petaling Street Sabtu ini.

Memetik laporan The Star Online, Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong menyifatkan tindakan Jamal yang juga Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh mendatangkan rusuhan.

"Beliau melampaui batas dan seolah-oleh menggunakan undang-undang sendiri.

"Bagaimana beliau boleh mengancam negara ini dengan satu rusuhan?" tegas Wee.

Tindakan Jamal menurut Wee, bukan sahaja mencemar imejnya sebagai pemimpin politik, tetapi juga imej negara.

Penganjur ketika perhimpunan 16 September lalu, antara lain mendakwa barangan tiruan dijual di kawasan Petaling Street atau lebih dikenali sebagai Chinatown, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong.

Perhimpunan itu turut menuntut peniaga di Petaling Street supaya berkongsi sebahagian daripada pendapatan mereka dengan kaum lain dan menamatkan monopoli di kawasan itu.

Jamal pada Rabu mengeluarkan ancaman kepada pihak berkuasa menyebut kemungkinan mengadakan satu lagi perhimpunan di Petaling Street sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi pada Khamis.

Wee menekankan kepada Jamal, wujud saluran yang betul untuk mengemukakan aduan kepada kerajaan.

Tegas Wee, tindakan mengancam atau memberi kata dua kepada kerajaan untuk mencetuskan rusuhan adalah menyalahi undang-undang.

1 comment:

  1. Budak Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!!!!!

    Kalau tak Pau Pau Pau macam mana budak bahalol kampong boleh kaya ber gaya pon

    Kalau kaya ber gaya saja boleh cakap kuat kuat bila semua boleh jadi kawanan Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!

    Tengok muka pon boleh tahu lah.....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa