07:30PM Sept 29 2015
oleh V Shuman
SEKILAS PANDANG: Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Abdul Rahman Dahlan menyerang sekali lagi.
Kali ini, sasaran serangannya adalah kepada ahli korporat terkenal Nazir Razak, yang kebelakangan ini banyak memuatnaik mesej berteka-teki melalui akaun Instagram.
Mesej yang dimuatnaik oleh Nazir telah ditafsirkan sebagai kritikan kepada kerajaan, yang dipimpin oleh abangnya sendiri Najib Razak.
Pada hari Isnin, Abdul Rahman buat kacau dalam akaun Twitternya, menulis mesej yang mensasarkan kepada “jurubank yang mencetuskan kebimbangan pasaran”, tanpa memberikan nama siapa yang dimaksudkan.
Dia mula-mula menulis, “ Walaupun menarik mana pun situasi politik semasa, seorang jurubank perlu mengelak daripada mengeluarkan kenyataan yang hanya menambah kebimbangan dalam pasaran. Itu paling utama.”
Mesej kemudiannya berbunyi: “ Jika anda mahu menunjukan kebimbangan anda, katakana sekali sahaja dan diam diri. Orang tahu maksudnya kali pertama. Jangan kacau pasaran.”
Abdul Rahman kemudian berkata “Menggunakan Instagram untuk membincangkan isu ekonomi yang memberi kesan besar kepada Malaysia tidak bijak. Gunakan platform rasmi. Jangan mudahkan isu ini.”
Menteri itu, yang merupakan penyokong setia Najib, juga berkata yang jurubank yang dihormati mengamalkan kawalan diri dalam ucapan dan tindakan dan “tidak campur adukan pandangan ekonomi di antara catatan jogging dan makan di luar.”
“Jurubank yang dihormati tidak sesuka hati buat kacau. Mereka tenang dan sentiasa bersedia. Kecualilah kalau mereka politikus sambilan!” katanya dalam satu lagi mesej.
Komen Abdul Rahman, tidak mengejutkan, menarik komen negative dari netizen.
Mereka mengecamnya kerana tidak menamakan Nazir dalam mesej-mesejnya, sekiranya benar tuduhannya ada logic.
Salah seorang pengguna Twitter malah mencadangkan yang seseorang menangkap screenshot catatan Abdul Rahman dan meletakannya dalam Instagram untuk Nazir, yang tidak aktif di Twitter.
Catatan lain antaranya adalah sudah mustahil memberikan pandangan tentang “fakta yang tidak menyenangkan” melalui platform rasmi, malah akhbar berdaftar juga ditutup kerana berbuat demikian.
Tepat sekali.
Tidak okay untuk Nazir memuatnaik catatan kritikan kepada kerajaan melalui akaun Instagram peribadinya, tetapi Abdul Rahman boleh pula mengkritik orang lain kerana menyebabkan bandar berbau hancing dan mengancam membuang sampah di depan pejabat mereka menggunakan Twitter?
Seterusnya apa? Adakah Rahman Dahlan akan menyakinkan rakan kabinetnya Salleh Said Keruak untuk menutup Instagram, supaya rakyat tak boleh membaca catatan Nazir?
Dalam hal itu, bukan catatan Nazir yang menyebabkan “kebimbangan pasaran”, Rahman Dahlan.
Ianya disebabkan ketidakmampuan kerajaan untuk menangani pelbagai skandal yang melibatkan pemimpin serta perjanjian meragukan yang mempunyai kaitan dengan kerajaan, yang menyebabkan pelabur menjauhkan diri dan ekonomi kita sedang menerima kesan buruk dalam jangka masa panjang.
Ketidakmampuan Putrajaya untuk menjelaskan dana berbilion dalam akaun peribadi Najib yang menjadikan masyarakat dunia mempersoalkan kewibawaan kita sebagai negara demokratik dan menjauhkan diri mereka daripada kita.
Ia juga disebabkan oleh tindakan yang diambil kerajaan kepada sesiapa sahaja yang mempersoalkan atau mengkritik yang menjadi tajuk utama berita akhbar seluruh dunia, yang menjejaskan reputasi kita.
Cuba cari jalan untuk menyelesaikan semua masalah ini dan pasaran akhirnya akan kembali pulih.
Sementara itu, jangan kacau Nazir dan catatan Instagramnya.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com
Bebende macam ini budak gomen tu tak payah nak cakap macam macam pada public
ReplyDeleteBila dah cakap dan komplen maka nampak sah ada masalah dengan keadaan ekonomi negara
Buat diam saja bah
Rakyat pon tahu budak gomen tu hanya menghabis bhoras saja
Tak de nilai ekonomi macam lintah kat longkang
Macam macam....
Ini adik-beradik.
Tidak perlu platform resmi.
Si abang yang sombong tidak mahu mendengar nasihat adik yang pakar dalam hal ini. Si abang boleh buat macam-macam dengan mendengar nasihat orang seperti Rahman.
Percayalah. Abdul Rahman lebih risau kan imej Najib dari pasaran dan ekonomi negara.
Sebab semua orang tahu keadaan sebenar ekonomi kerana ianya memberi kesan terus kepada rakyat .
juru bank tidak ada bezanya dengan ayah pin.
ReplyDeletekedua-duanya sibuk menguruskan kerajaan langit.
Bila stok rokok gudang garam di langit habis,
barulah mereka turun kebumi.
nampaknya terpaksalah najib melakukan sumpah lahanat sekali lagi,
bagi membuktikan dia tidak menyorok sebarang stok
rokok gudang garam untuk kegunaannya sendiri.
mungkin juga najib akan belayar ke indon
kerana dia ada sebut juga pasal layar dan sauh,
ada kemungkinan juga.
Rahman dn Syed Salleh, dua2 ni kaki bodek sakan apatah lg dpt jwtn menteri. Klu najib turun, adalah sah sahih pasti dua2 ni xda tmpt. Ini yg dua2 ni takut bimbng dn merungsingkn.
ReplyDeleteJadi tu, dua2 ni bodek slagi boleh utk memastikn bodek mdpt phatian. Ini yg najib dn kak mah mau.
Kita dsini mghrpkn NAJIB TURUN SEGERA SEBAGAI PM. ITU JE