Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 18, 2015

HUDUD - DI MANA, KE MANA DAN APA SETERUSNYA?

Tulisan ini ditujukan khas kepada sahabat-sahabat yang masih berada dan bersama Parti itu. Baca dan fahamkan dengan berlapang dada. Fikirkan semasak-masak apa yang telah dan sedang serta akan berlaku seterusnya.

HUDUD merupakan suatu isu yang sering dibawa dan dimainkan oleh parti itu sejak lama dulu dengan dakwaan bahawa HUDUD adalah asas perjuangan parti itu dalam melaksanakan Islam. 

Bagi pimpinan parti itu, HUDUD adalah perkara utama dan mereka mendoktrinkan ahli-ahli di bawah bahawa tanpa HUDUD, Islam tidak sempurna. Persoalan kebajikan ahli dan rakyat keseluruhan adalah perkara sampingan yang hanya akan selesai setelah HUDUD dapat dilaksanakan. Mahu tidak mahu HUDUD wajib dilaksanakan dalam apa jua keadaan kerana bagi mereka HUDUD adalah nyawa. HUDUD tidak boleh dikompromi.

1) Kerajaan Kelantan di bawah pentadbiran Almarhum Tok Guru Nik Aziz meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 untuk membolehkan Kelantan melaksanakan undang-undang jenayah syariah yang merangkumi HUDUD, Qisas dan Ta'zir. Walau bagaimanapun selama pemerintahan beliau Enakmen tersebut tidak dapat dikuatkuasakan kerana halangan perundangan dan politik.

2) 2013 Dato Husam Musa (DHM) dalam perbahasan di dalam DUN Kelantan membangkitkan bilakah dan bagaimanakah serta apakah perancangan seterusnya pentadbiran baru Kelantan di bawah Dato' Ahmad Yaakob (DAY) hendak melaksanakan Enakmen tersebut.

3) Maka diputuskan bahawa Kelantan akan melaksanakan Enakmen tersebut dengan kadar segera tidak kira apa pun berlaku sehingga Menteri Besar menyatakan sanggup melepaskan jawatan sekiranya Enakmen tidak dapat dilaksanakan.

4) Pembangkang Kelantan (Umno) menyatakan sokongan penuh sehingga menitis air mata semasa Enakmen baru dibentangkan dan diluluskan.

5) Jawatankuasa Teknikal Negeri dan Pusat ditubuhkan untuk merintis perlaksanaan. Jawatankuasa Teknikal memutuskan pindaan Akta 355 dipinda dan dibawa pindaan oleh Kerajaan Pusat.

6) Dalam hal keadaan tersebut, dengan tiba-tiba Ahli Parlimen Marang mengusulkan di Dewan Rakyat pada sidang MAC 2015 melalui RUU Persendirian untuk meminda Akta 355 tanpa pengetahuan Jawatankuasa Kerja Pusat dan Ketua Whip. Usul tidak dibahaskan pada sidang MAC dan dibawa ke sidang JUN 2015. Pada sidang JUN 2015 juga usul tidak dibahaskan.

7) Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, DAP dan parti itu retak secara perlahan apabila tindak itu tidak disenangi rakan di dalam Pakatan.

8) Parti itu menuduh DAP menentang Islam. DAP menentang hak orang Islam mengamalkan Islam. Menuduh juga ahli-ahli dan sebahagian pimpinan dalam parti itu yang tidak bersetuju dengan cara usul dibuat sebagai menentang Islam dan menjadi barua DAP.

9) Muktamar parti itu menyembelih keseluruhan pimpinan yang dituduh barua DAP menentang Islam.

10) Maklumat terkini bahawa Badan Perhubungan Negeri Kelantan memutuskan bahawa Private Bill tidak perlu diteruskan sebaliknya menyerahkan isu pindaan Akta 355 kepada Kerajaan Pusat.

11) Dalam keadaan tersebut Mursyidul Am parti itu bertemu Timbalan Perdana Menteri meminta Kerajaan memberi ruang kepada Marang mengusulkan dan membahaskan Private Bill pada sidang OKTOBER 2015 nanti.

12) Terkini lagi dikhabarkan Dewan Harian parti itu memutuskan bersetuju dengan keputusan Perhubungan Negeri Kelantan agar Private Bill tidak diteruskan.

13) Sekarang Pakatan Rakyat sudah berkubur. Gabungan Pembangkang entah ke mana. Umno/BN masih bersenang lenang memerintah Malaysia.

*** Persoalan***

a) Parti itu berkata parti itu telah banyak berkompromi semasa bertahaluf di dalam Pakatan maka Private Bill adalah suatu perkara yang tidak boleh dikompromi kerana ianya melibatkan amalan orang Islam. Kenapa setelah Pakatan berpecah Private Bill tidak mahu diteruskan?

b) Jika Private Bill tidak diteruskan, bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan hendak dilaksanakan?

c) Kenapa sekarang pindaan Akta 355 diserahkan kepada Kerajaan Pusat sedangkan Marang telah dua (2) kali mengusulkan di Dewan Rakyat?

d) Adakah Dato' Ahmad Yaakob akan meletakkan jawatan sebagai MB jika Hudud tidak dilaksanakan pada tahun 2015 ini seperti mana ikrar beliau sebelum ini?

e) Adakah dengan penangguhan dan/atau tidak terlaksananya Hudud di Kelantan itu suatu yang dibenarkan oleh syarak?

f) Di mana, ke mana dan apa seterusnya HUDUD? Adakah hanya mainan untuk pemilihan? Adakah hanya permainan untuk memecahkan Pakatan?

Cukuplah saudara semua ditipu atas istilah. Cukuplah saudara semua dipermainkan. Cukuplah saudara semua ...blh sp2 ahli pas tlg explain tentang isu ni?

- Nik Aziz Afiq

3 comments:

  1. Hudud ni bkn tanggungjawab PAS saja, kita sebagai umat yang mengaku Islam seharusnya berusaha kearah memartabatkan hukum Allah swt bukan meletakkannya dibahu pemimpin PAS. Hanya PAS saja yang berusaha kearah itu.

    ReplyDelete
  2. Btul simamat anonymous 2.27 ckp, mmg kerja smua org islam. Tp ianya ada satu badan yg mgurusknnya.
    Isunya, DSHH btindak lonely tidak diajak bcng dgn rakan PR sbb dh ikut telunjuk UMno. Akhirnya apa yg dpt? Umno bjaya kotak katik hj hadi, nik amar dn ahmad yakob yg nk letak jwtn xletak2.
    Ni le 3 ulamak pas yg br dpilih hebat2 blaka. Mna nik abduh, tantawi tu...

    ReplyDelete
  3. hudud hanya mainan kempen utk hadi menang dgn menguasai pas secara mutlak.

    mb Kelantan pernah kata akan letak jawatan kalau tak laksana hudud dikelantan pd tahun 2015.

    tmb Kelantan kata nak perang besar dgn umno kalau tak menang ruu diparlimen.

    kita lihat sajalah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa