Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 24, 2015

Pulau Pinang kini 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan': Ulasan menarik KELAB GREENBOC

ULASAN GB

Tahniah dan syabas kerajaan Pulau Pinang. Barulah betul dan selari dengan keputusan yang diputuskan oleh Rundingan Meja Bulat semalam iaitu sebuah pakatan baharu dibentuk iaitu Pakatan Harapan. 

Ia satu tamparan hebat untuk PKR dan kredibiliti PKR dipersoalkan kerana walaupun menjadi "pengerusi" rundingan meja bulat dan mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, tetapi di negeri yang PKR sendiri tadbir dan perintah iaitu Selangor, TIDAK mematuhi keputusan yang dibuat semalam apabila mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada dengan tidak mengumumkan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan. 

Menteri Besarnya, Azmin Ali masih mengekalkan kerajaan sedia ada bersama PAS walaupun PAS sudah membuat keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan. 

Langkah Azmin dan PKR itu bakal "membunuh" PKR sendiri di dalam pilihanraya umum yang ke 14 nanti kerana langkah PKR berkenaan tidak selari dengan keputusan rakyat dan keputusan rundingan meja bulat semalam.

PKR mengharap dan mengejar undi Melayu yang belum tentu boleh dikuasai oleh PAS lagi seperti di dalam PRU13, PKR akan bermasalah pula untuk memperolehi undi bukan-Melayu kerana umum mengetahui majoriti kaum bukan-Melayu akan beralih dan tidak berpihak kepada PAS lagi. 

Senario PRU13 memang menyaksikan PAS memperolehi undi yang tinggi namun pada ketika itu PAS adalah komponen Pakatan Rakyat. Rakyat menyokong PAS ketika itu kerana sokongan kepada Pakatan Rakyat, bukan PAS per se. Suasana terkini adalah berbeza. Boleh lakukan simulasi pilihanraya di mana-mana kerusi ADUN dan parlimen di dalam negeri Selangor jika kurang percaya.  - Baca sepenuhnya di sini

7 COMMENTS:

Abdul Said said...
Tahniah dan semoga berjaya. Jangan ambil duit rakyat, jangan maki rakyat dan jangan susahkan rakyat. Semoga Pulau Pinang bertambah maju dan rakatnya hidup sejahtera!!!
Anonymous said...
yg khianat ialah azmin. dia mb lantikan sultan. dia tidak dicalonkan oleh pkr maupun dap. pas yg calonkan dia. jadi dia terhutang budi kpd hadi. sbb tu pas kekal dlm pentadbiran wlpn pernah khianati pkr dan bermusuh dgn dap yg tetap konsisten.

nak bekerjasama dgn pengkhianat? silakan. kalau kerusi empuk mb jadi matlamat utama bermakna berjuang utk diri sendiri.

SEMOGA LAKNAT ALLAH SWT KE ATAS PEMIMPIN2 YG KHIANAT!

pru tak lama lg. aku takkan undi pkr atau pas. dah tentu undi aku utk Amanah dan DAP.

puak2 professional dlm pkr, elok kemas tikar bantal dan berhijrah.

betul ke ada cwgn pkr yg tak sokong azmin tidak dpt zakat utk diagihkan?
Anonymous said...
Azmin ni memecah belah kan sokongan pengundi baik melayu maupun China Dan India.tendang saja si Azmin ni .
Anonymous said...
Memang negeri tu kenalah berstongkol . kalau tidak, tak ler dapat nak jadikan negara seperti dia yang punya.
Anonymous said...
anon 9.36 sudah2 lah..sekarang bukan masa bertekak lagi..semua dah buat keputusan dari meja bulat..dah tentu MB Selangor akur dan utamakan kehendak majoriti..aku dah letih org kita tak habis2 berbalah..
sekarang masa untuk berkerja kuat,turun padang,atur strategi dsbnya untuk tumbangkan musuh no wahid - UMNO BN!!!!!
Anonymous said...
Kita berharap LGE akan menadbir cara Umar Abd aziz dan juga menjadikan P Pinanag sebuag negeri yang aman damai dengan keakaraban semua bangsa dalam menjalani hidup.tidak nampak melayu islam tertekandan bangsa lain terus menjalankan aktibiti dengan selesa,
Anonymous said...
Betul GB. Ulasan yg cerdik drpd tuan. PRU 14, PAN dan DAP akan jadi peneraju utama manakala PAS dan PKR akan bungkus. Abg Mat bolehla jadi PM Amin.....

2 comments:

  1. Sebenarnya perishtiharan LGE itu adalah isyarat jelas kepada pimpinan PAS yang berlagak alim dan ulamak agar segera mengeluarkan arahan kepada ahli2nya yang masih berjawatan dalam kerajaan negeri P.Pinang supaya letak jawatan! LGE secara halus telah menempelak TG Harun Din yang dok sibuk bertempik mengatakan yabg ahli2 PAS bukan kemaruk jawatan serta tamakkan dunia (apabila ramai ahli2 PAS tak tahu malu dengan berpaut pada jawatan yang disedekahkan oleh DAP).

    PAS yang bukan ahli Pakatan Harapan dan bukan juga "rakan" DAP tidak seharusnya membiarkan ahli2nya berpaut kuat kepada jawatan yang disedekahkan oleh DAP! PAS sudah mengishtiharkan bahawa DAP sudah menjadi musuh tetapi ahli2nya yang mengaku alim serta taat Ulamak masih dok makan gaji dengan kerajaan dibawah pentadbiran DAP? What nonsense is this? Bukankah itu suatu yang jelik malah menjurus kepada kemunafikan? Maka LGE dengan sopan santunnya meminta HJ Hadi dan Harun Din memaksa ahli2 PAS yang masih tak tau malu itu supaya berundur. Malu itu sebahagian dari IMAN tapi ahli2 PAS yang berjawatan sanggup "bermuka tebal dan tak malu" demi wng ringgit dan jawatan! Mana perginya iman dan kemanakah hilangnya keyakinan bahawa rezeki itu ditangan Allah? Itu lah yang sedang ditanya oleh LGE kepada Hj Hadi dan Harun Din!

    Alahai malunya aku sebagai seorang muslim apabila melihat sebuah parti yang mengaku berpegang kepada Islam berkelakuan seperti mereka! Malu kepada Allah dan malu kepada orang2 bukan Islam seperti LGE. Nampak gayanya esok semua orang melayu kena keluar rumah dengan kepala bertutup dengan beg kertas akibat malu atas kelakuan PAS yang sangat hodoh itu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  2. Harap-harap Azmin tak lah bangang..sia-sia tunggu dalam PKR kalau jadi tunggangan PAS. We watch you AZMIN..Never betray PKR or you shall join Ezam.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa