Kita tengok apa komen pemimpin dan adakah tindakan akan diambil
Puak-puak ni memang dah besar kepala!
Baju merah ganggu forum BERSIH di Bayan Baru
Susan Loone
Forum BERSIH di Bayan Baru malam tadi terganggu selama kira-kira 30 minit ekoran kemunculan sekumpulan berbaju merah.
Sekumpulan kira-kira 50 orang, yang diketuai oleh ketua penerangan Umno Bayan Baru, Ridzwan Bakar dan ketua Pemuda Umno negeri, Rafizal Abdul Rahim, masuk ke dalam dewan lebih satu jam selepas forum itu bermula.
Forum itu bermula pada pukul 8 malam di Dewan MBPP, Pasar Bayan Baru di Pulau Pinang.
Aktivis pelajar Adam Adli berhenti bercakap apabila kumpulan baju merah itu berjalan masuk pada kira-kira pukul 9.30 malam.
Moderator forum itu, Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Tzin, menyambut kehadiran kumpulan itu dengan berkata mereka dialu-alukan dan "kita boleh berkongsi pandangan kita".
Selepas Adam selesai bercakap, Sim menjemput Ridzwan untuk berucap di forum itu.
Pemimpin Umno itu mengambil mikrofon dan menimbulkan tentang masalah setinggan di kawasan Sim.
Dalam ucapannya, Ridzwan memberi jaminan kepada hadirin bahawa kumpulan itu tidak berada di situ untuk menimbulkan kekecohan tetapi untuk mendengar ucapan penceramah.
Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada peserta BERSIH supaya jangan lagi memijak gambar pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS, Datil Seri Abdul Hadi Awang.
"Tiada siapa yang memijak gambar pemimpin anda semasa perhimpunan kami, jadi jangan lakukannya kepada pemimpin kami," tegasnya disambut laungan ' Allahuakbar' dari penyokongnya.
BERSIH telah menafikan ia terlibat dalam kejadian itu.
Selepas ucapan Ridzwan, kumpulan baju merah kemudiannya mengelilingi Adam (foto) dan menuntut untuk tahu mengapa dia menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak semasa satu perhimpunan di Kuala Lumpur beberapa tahun yang lalu.
Kumpulan itu juga mensasarkan jeritan mereka terhadap pembantu Sim dan seorang lagi pemimpin PKR kerana didakwa "memfitnah" perhimpunan baju merah dalam Facebook.
Anggota polis yang hadir di ceramah tersebut, campur tangan apabila keadaan menjadi tegang.
Sebelum kumpulan baju merah itu beredar, Sim menjemput Ridzwan dan Rafizal untuk bergambar bersamanya.
Forum itu disambung semula selepas kumpulan baju merah itu beredar dari tempat tersebut.
Penceramah di forum itu termasuk pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah, pengurus BERSIH Mandeep Singh dan Fariz Musa dari Jingga 13.
Bercakap kepada pemberita selepas forum itu, Sim berkata beliau tidak akan membuat laporan polis kerana kumpulan itu tidak ganas.
Ditanya sama ada beliau berasa terancam dengan kejadian itu, Sim berkata "tidak", sambil menambah beliau akan terus berdialog dengan mereka.
Maria berkata, walaupun baju merah terus menimbulkan masalah kepada BERSIH atau membuat kekecohan semasa aktivitinya, acara itu mesti diteruskan.
"Kita mesti terus untuk berdialog dengan mereka, agar mereka memahami perjuangan kita," katanya.
Ini bebudak BODOH ganggu Bersih di Bayan Baru
ReplyDeleteBebudak tiada nilai ekonomi ini tak tahan lama pon
Orang Orang Cina satu dunia sudah tahu Malayu Rasis bila masok suratkhabar di Hong Kong dan China
China tarik balik pelaburan di nrgara ini , ke mana pulak bebudak bahalol ini nak cari makan pon????
Tanam padi sudah lah malas
Melayu Melayu ini tak pikir panjang sebab otak bahalol
Di ingat cukai cukai makcik pakcik jual nasi lemak bayar gaji bebudak gomen tu....
Kepala Otak!!!!!!
Orang Cina ini bersatu padu satu dunia , melayu ini macam jumlah pelacur saja di China nun
Jangan jadi bodoh lah , ikut emosi jadi bahalol papa kedana saja
Gabenor Zeti kerja diang malam pon kira duit Cina saja pon.... Melayu mana ada duit pon tu sebab Pau Pau Pau
Mat Kampau !!!!!!!!!!!!!
bila jadi kontraktor barulah sedar bhw cina yg pegang ekonomi negara ini.
ReplyDeletemasa tahun baru cina dan cina bercuti, barulah melayu mengelabah sbb kedai hardware banyak tutup. ada yg cuti seminggu. mana nak dpt simen? nak sewa machinery - backhoe, kren pun tak dpt.
Kalau dok layan pengampu najib sampai bila pun pembangkang tak akan berjaya lupakan peragai bodoh pegampu tu mereka memang bodoh apa yang mereka nampak tiada duit masuk untuk mereka dipulau pinang maka haru birulah UMNo pulau pinang semua tender tidak lagi untuk kroni jadi kalut semua penyokong UMNO ,MCA dan Gerakan mereka ada sikit akal untuk berfikir itulah sebabnya mereka diam lagi pula mereka satu sei dengan cina DAP mungkin mereka semua sokong dalam senyap yang bodohnya Melayu dan mamak yang meroyan sebab UMNo sudah tiada dihati rakyat pulau pinang.
ReplyDelete