Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 18, 2015

Tuan rumah ke hantu rumah?

Perhimpunan baju merah: tuan rumah ke hantu rumah?
Posted on Tuesday, September 15 @ 14:39:06 MYT by paktam
Oleh Farouk A. Peru
Kadang-kadang, saya tertanya juga kalau-kalau Melayu rasis yang menunjukkan belang mereka benar-benar percaya dengan royanan mereka itu.Sekarang ini, mereka sedang menyiapkan diri untuk perhimpunan “Redshirts” yang kononnya mahu mempertahankan maruah Melayu. Daripada ancaman siapa pulak tu? Ancaman Cina DAP kononnya.

Yang hairannya, angkara Umno yang merugikan negara berbilion-bilion ringgit tidak pula mengancam maruah Melayu. Perhimpunan Bersih 4 yang tidak pun menyebut kalimah ‘DAP’ tetapi menuntut pilihan raya yang adil dan saksama pula menjadi sasaran mereka. 

Adakah maruah Melayu memerlukan pilihan raya yang berat sebelah dan zalim sebelum boleh memberi kejayaan kepada Melayu rasis ini?

Jadi mereka hanya boleh jadi pemenang jika peraturan diubah mengikut haluan mereka. Alangkah malunya!

Dalam huru-hara ini timbul pula meme Facebook daripada seorang yang menamakan dirinya “Jogho Kelate” (Juara Kelantan). 

Orang yang tidak berani memberi namanya yang sebenar mengatakan dalam Facebook: “Kita bukannya nak halau orang yang tumpang rumah kita. Kita hanya nak ajar penumpang supaya kenal tuan rumah. Jom sertai perhimpunan Melayu bersatu pada 16 September 2015.

Saya yang sudah masak dengan retorik angkatan Melayu rasis ini memang tidak terkejut langsung dengan kata-kata mereka. Yang saya tertarik ialah mentaliti mereka-mereka yang tidak tahu malu ini.

“Jogho Kelate” ini sanggup menamakan dirinya sebagai “tuan rumah”. Adakah dia benar-benar tuan rumah atau kelibat yang mengganggu ketenteraman negara, iaitu hantu rumah?

Mari kita fikirkan penyataan “Jogho Kelate” ini.  Dia menamakan orang bukan Melayu sebagai “penumpang”. Bagaimana kita boleh tahu maksud ini? Kerana yang dipanggilnya untuk berhimpun ialah orang Melayu sendiri. Jadi orang Melayu bukan penumpang walhal kaum-kaum lain hanyalah penumpang.

Adakah analogi ini sahih dan boleh dipakai? Jika kita memanggil orang ‘penumpang’ maka mereka tiada hak ke atas pentadbiran dan ketuanpunyaan negara. Jadi mereka bukannya rakyat yang sah.

Jika penggunaan kalimah “penumpang” ini benar,  “Johgo Kelate” patut didakwa kerana menolak perjanjian yang dimeterai sebelum Merdeka.  Bukan sahaja itu dia menolak Rukun Negara yang memelihara keluhuran perlembagaan.

Kita juga patut bertanya, mengapa kaum-kaum lain adalah penumpang apabila mereka secara keseluruhan membayar cukai yang lebih daripada kaum Melayu sendiri? Adakah ini “perniagaan” yang adil?

Mereka menghabiskan seluruh hidup mereka di negara di mana mereka hanya dianggap penumpang. Jika kita membeli perabot, perkakas rumah, kereta atau rumah pun, satu hari kita akan habis pembayaran dan akan menjadi tuan punya harta itu.

Tapi tidak di Malaysia versi “Johgo Kelate” ini jika kita bukan Melayu.  Inilah adalah mentaliti yang zalim yang patut dibuang daripada negara moden dan berdemokrasi. Jika kita menganggap kaum-kaum lain hanya sebagai penumpang, mengapa kita mengharapkan mereka juga menyumbang kepada kemajuan negara?

“Johgo Kelate” juga melabel orang Melayu sebagai ‘tuan rumah’.  Apakah yang melayakkan orang Melayu menjadi tuan rumah pula? Kita pun menjadi pendatang ke semenanjung ini suatu masa dahulu. Yang membezakan antara kita dan kaum-kaum lain ialah masa kedatangan kita ke tanah ini, itu saja.

Sebenarnya, kita juga sudah menjual negara ini suatu masa dahulu kepada penjajah. Itulah sebabnya kita terpaksa berjuang untuk mendapatkan kembali tanah jajahan British. Adakah “Johgo Kelate” melupai yang semasa perjuangan ini, kaum-kaum lain juga menyertai kita? Adakah adil yang selepas kita telah berjaya mendapatkan kemerdekaan, kita menjadi “tuan rumah” walhal mereka menjadi penumpang? Memang tiada keadilan dalam penilaian “Johgo Kelate”.

“Johgo Kelate” juga ingin “mengajar” kepada “penumpang”. Apa yang ingin diajarnya? Sopan-santun? Budi bahasa? Sikap toleransi dan kejiranan? Sama sekali tidak! Dia ingin mengajar kepada kaum-kaum lain yang dia sebenarnya tuan rumah dan mereka sebagai penumpang harus menikus dan berdiam diri.

Di mana “Johgo Kelate” mendapat prinsip ini, yang mengatakan jika kita dizalimi, kita patut menikus sahaja? Sememangnya bukan daripada agama Islam yang mengajar umatnya menyuarakan pendapat apabila dizalimi pemerintah. Jadi adakah “Johgo Kelate” menolak prinsip Islam ini?

Sebenarnya mentaliti yang dipamerkan Melayu baju merah rasis adalah mentaliti yang paling jijik.  Jijik kepada budaya Melayu, jijik kepada agama Islam dan juga jijik kepada silaturahim antara insan. Mereka ini hanya berpegang kepada ide yang orang Melayu itu tuan punya negara kita.

Itulah tahap daya falsafah mereka. Tiada pemikiran yang diperlukan. Mereka tidak bertanya untuk menyoal, bagaimana mereka boleh menjadi tuan punya negara kita? Mereka tidak menyoal, adakah kaum-kaum lain tiada sumbangan kepada negara kita?

Mereka tidak bertanya, apakah adil untuk mendapat hak semata-mata kerana mereka itu dilahirkan dalam sesuatu bangsa. Beranikah mereka bertanya, bagaimana pula sesetengah pendatang selepas merdeka boleh diiktiraf sebagai bumiputera walhal kaum-kaum lain tidak boleh?

Daya pemikiran cetek inilah yang mengakibatkan mereka mudah menjadi alat yang dimanipulasi kaum elit yang sudah terdesak untuk memegang kuasa yang kian lama, kian terlepas daripada tangan mereka.

Saya menyeru kepada bangsa Melayu, usahlah terpedaya dengan langkah silat politik “tuan rumah” ini. Mereka ni bukanlah tuan rumah tapi sebenarnya hantu rumah. Rumah yang aman tenteram diganggu oleh hantu-hantu ini kerana mereka ingin makan percuma, itu sahaja.

Mereka mengharapkan kerajaan terus memberi mereka layanan ini semata-mata kerana mereka “tuan rumah”. Harapan ini tidak realistik langsung. Al-Quran sendiri menyatakan yang insan itu tidak akan dapat selain daripada apa yang diusahakan dengan gigih (Surah An-Najm, Ayat 39).

Jadi apakah gunanya kita lantang tentang identiti Islam jika perkara mudah sebegini pun kita gagal?

Tinggalkanlah mentaliti rasis ini dan jadilah rakyat Malaysia yang sama dengan kaum-kaum lain.

4 comments:

  1. sepatutnay jaguh jaguh ni ada dulu masa belum merdeka berjuang halau penjajah masa mula menapak di tanah maelayu ni
    baru tak jadi masalah macam lani
    apo nak dikato semau dah tak kono
    punca masaalah kena tipu oleh penjajah
    lagi satu keris taming sari hilang kalau tiadk dah tentu penjajah
    lari tinggal akan tanah merlayu ni untuk tuan melayu

    ReplyDelete
  2. Itulah sebabnya juga bangsa melayu ketinggalan kebelakang disebabkan bangsa melayu jenis inilah dan dari kalangan inilah juga yang mengadaikan tanah milik melayu atas dasar untuk pembangunan,tapi yang peliknya tanah hak milik melayu saja yang menjadi sasaran yang bukan milik melayu takut pula hendak bertanya jawab untuk mengambil lihat saja dimana-mana tanah milik melayu kuncu-kuncu UMNO akan bertgerak untuk bertanya khabar untuk dapat komisyen jualan tanah dan lagi satu bila ada pembangunan tender sudah tentu akan dapat pada kuncu dan kroni dan peratus untuk parti,itulah hakikat perjuangan UMNO dan itulah sebabnya juga yang pengampu sentiasa mencari ruang dan UMNO pula akan menyuntik dana untuk propagandakan isue,lihat di pulau pinang kenapa begitu rasis sekali diprovok untuk DAP bertindak balas tapi cina DAP bukan bodoh macam anguk UMNO mereka telah terlebih dahulu baca kerbodohan melayu angguk itulah sebabnya cina DAP diam tapi diam mereka bukan diam macam melayu tidur tapi diam mereka membina kekakyaan ilmu,kita lihat nanti bila kebodohan melayu jenis merah itu akan diperbodohkan oleh UMNO sendiri.

    ReplyDelete
  3. Melayu tiada nilai ekonomi

    Orang orang Melayu Otak Jogho ini lah akan merana di jangka panjang bila GAGAL jadi Orang Berakal

    Mana ada bangsa da orang suka bet sekongkol dengan orang Gagal tau tau melalak lalak dan meminta minta tapi MALAS berusaha dan Ber Harap saja

    Melayu pon tak suka Melayu BODOH

    Tengok saja Melayu Melayu di Bukit Damansara pon MALU menjadi MELAYU!!!!!

    Bodoh Saja memanjang.... Dapat Upah Himpunan Merah terus beli nombor EKOR kedai Cina...

    Melayu Melayu...

    ReplyDelete
  4. Penang lagi sempoi...umno baru sedaq nk jaga melayu...Dah kenyang melantak waktu ada kuasa, sampai lupa diri..lepiah tu cari salah cina dap..Apa le punya haprak!..byk.mcm.penari latar filem tamil ada laaa....ammaaak!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa