Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 25, 2015

Benarkah semuanya disebabkan Najib?

Ekonomi, ringgit pulih jika Najib tiada, kata Dr Mahathir 
Published: 25 September 2015 6:57 PM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Datuk Seri Najib Razak mesti berhenti menjadi perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015. 

Ekonomi dan mata wang negara hanya akan pulih jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Dalam tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri itu berkata, jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri. 
"Hanya apabila beliau berhenti menjadi perdana menteri Malaysia, ekonomi negara akan pulih, nilai ringgit meningkat semula dan kos sara hidup turun
"Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan negara lain semula," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu melalui blog popularnya chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir berkata, walaupun pada mulanya, beliau bekerja keras untuk memastikan Najib mengambil alih jawatan tertinggi negara itu, beliau kini mahu pengganti Tun Abdullah Ahmad Badawi itu disingkirkan.
"Ia bukan soal perbadi.
"Ia adalah kerana beliau gagal menjadi perdana menteri," kata negarawan bersara itu.
Beliau juga mendakwa Najib membayar orang untuk berdemo di jalanan bagi menyokong beliau, merujuk kepada perhimpunan "baju merah" pada 16 September lepas.
"Najib membayar orang untuk berdemo di jalanan untuk menyokong beliau. Beliau turut melakukan tindakan yang menyalahi undang-undang sama seperti penunjuk perasaan yang mahu menggulingkannya," kata bekas perdana menteri yang berhidmat selama 22 tahun itu.
Langkah Putrajaya untuk menahan penunjuk perasaan membantah Najib juga tidak bersifat demokratik, kata Dr Mahathir yang turut hadir pada perhimpunan Bersih 4 baru-baru ini bagi mendesak Najib meletak jawatan.
Beliau kemudiannya membandingkan ekonomi Malaysia dengan negara-negara Asia lain yang mengatakan pertumbuhan ekonomi Malaysia merosot berbanding Filipina dan Indonesia.
Dr Mahathir berkata kejatuhan nilai ringgit dan kejatuhan harga saham menyebabkan masalah kepada perniagaan, pengimport dan pengeksport, sambil menambah kos sara hidup juga meningkat selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) diperkenalkan pada April lepas.
"Jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri Malaysia.
"Rakyat Malaysia mesti mendesak penyingkiran Najib.
"Ia benar-benar demokratik untuk mendesak penyingkiran beliau," kata Dr Mahathir yang sejak tahun lepas, menjadi pengkritik hebat Najib ke atas dasar dan cara beliau mengendalikan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau sudah berkali-kali menggesa peletakan jawatan Najib dan juga meminta parti pemerintah Melayu, yang dipimpin Najib untuk menyingkirkannya. – 25 September, 2015.- sumber

3 comments:

  1. "HANYA NAJIB"...kuatnye najib haha..

    ReplyDelete
  2. Betul

    Kalau bukan Mat Bahalol dengan BON BON nya , habis siapa lagi ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa