Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 25, 2015

Perhimpunan di Jalan Petaling: Jamal ditahan

Jamal ditahan polis

 | September 25, 2015
Penahanan dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Jalan Petaling, pada Sabtu
jamal-detained
PETALING JAYA: Pengerusi Gabunga NGO Melayu, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam Sabtu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Penahanan dibuat di bawah Seksyen 105 Kanun Keseksaan berkaitan perhimpunan di Jalan Petaling, pada Sabtu.
Sebelum ini, wartawan menunggu beliau lebih tiga jam di IPD berkenaan selepas Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memaklumkan akan memberi keterangan.
Terdahulu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Dang Wangi pada petang Jumaat.
“Dia (Jamal) diminta tampil untuk ke IPD (Ibupejabat Polis Daerah) Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Petaling Street petang ini,” katanya yang dipetik dari Bernama.
Pada Khamis, polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap mana- mana pihak yang cuba mencetuskan huru-hara di Jalan Petaling .

5 comments:

  1. Jangan ditolong puak yg zalim nanti mereka akan menzalimi kita
    Jamal bangang buat himpunan nak tolong supaya nampak macam ada sokongan kepada orang yg zalim, yg zalim dah dapat apa dia nak kau masuk dalam, teruskanlah kalau nak tengok apajadi pada kau jamal kalau terus dgn skap kau sekarang
    Kau jamal tak ubah melukut aje, org kat atas tu cuma nak gunakan korang aje

    ReplyDelete
  2. WAYANG UNTUK TUTUP 1MDB

    ReplyDelete
  3. Kerajaan hegemony the chinese dream XI mengarah Doktor Huang campur tangan dalam urusan domestik dalam negeri Malaysia.
    Dr Huang keluar kenyataan selepas lawatan resmi beliau selaku duta besar PRC ke Petaling Street,di iringi olih Datuk Tay.
    Wah , Hebat betul campur tangan PRC, tak cukup nak gasak kepulauan , tak cukup dengan ceroboh perairaan Sarawak,80 kilometer dari pantai. Jenarel Zul bangga jemput tentera PRC masuk Malaysia sertai latihan tentera skala besar. Askar melayu reti ke cakap mandarin telor tanah besar ? Orang sitiawan ,perak gelak besar .
    Petaling Street nak juga.Apa Lagi PRC Mau ? HSR ?
    Maruah Melayu = sama dengan 2 ekor beruang.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  4. Maruah Melayu (Baju Merah dan Hijau)tak nak berhimpun depan kedutaan RRC ke?

    ReplyDelete
  5. Jamal di bising bising kena tahan tapi Khairuddin senyap senyap masok hospital

    Tetiba denggi ke malaria ke

    Jangan tetiba harga tong drum minyak dunia naik mahal sudah


    Harga minyak sudah turun sekarang nih

    Ada MAGIK!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa