Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 25, 2015

Berlagak 'Panglima', baru disergah dah tercirit?

Jamal takut jadi munafik

Shakira Buang 

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang diuar-uarkan bakal berlangsung di Jalan Petaling Street, esok.
Sebaliknya, Jamal mendakwa, beliau hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika Himpunan Rakyat Bersatu yang berlangsung pada 16 September lepas.
Malah, ketika dihubungi Malaysiakini Jamal berkata beliau tidak terlibat sepenuhnya dalam himpunan yang dijadualkan berlangsung esok, sekaligus menegaskan tidak akan menyertai acara berkenaan.
"Apa yang saya cakapkan itu adalah bagi pihak mereka (individu yang merusuh di Jalan Petaling pada 16 September). Apa yang mereka sampaikan kepada saya dan saya hanya sampaikan hasrat mereka.
"Saya juga hanya tunaikan janji saya dengan berjumpa Ketua Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta beberapa pihak berwajib lain supaya tiga tuntutan mereka sebelum ini dapat diberikan perhatian," katanya.
Kalau pihak berkuasa tidak memberikan perhatian kepada tiga tuntutan itu, kata Jamal, kemungkinan besar akan berlaku lagi himpunan dan rusuhan Sabtu ini.
Ada berasa tertindas
Bagaimamapun, ketika diminta mengulas himpunan yang didakwa itu tetap diadakan, Jamal berkata, ia memang berkemungkinan ada.
"Sebab tarikh yang mereka beri adalah esok. Jika ada himpunan, mungkin berlaku rusuhan seperti 916," katanya.
Istilah 916 adalah merujuk kepada tarikh 16 September lalu apabila sekumpulan peserta baju merah berkumpul di depan pintu masuk Jalan Petaling dan mendesak dibenarkan melalui laluan berkenaan.
Bagaimanapun polis menghalang mereka sebelum tercetus sedikit kekecohan.
Kata Jamal, tindakan beliau menyampaikan keinginan pihak tertentu yang "berasa ditindas".

"Saya takut digelar munafik. Saya tidak terlibat (dalam himpunan esok)," katanya.
Jamal juga menegaskan dia sudah berjanji untuk menyatakan bantahan pihak tertentu dan mereka boleh "meludah muka" beliau jika pesanan itu tidak disampaikan.
Sementara itu diminta mengulas beberapa laporan polis yang dibuat terhadap beliau, Jamal berkata dia sentiasa bersedia untuk dipanggil memberi keterangan.
"Saya tidak ada masalah untuk dipanggil polis sebab memang kerja polis untuk menjaga ketenteraman awam dan keselamatan negara.
"Jadi, kalau dipanggil saya akan berikan kerjasama yang baik dan menerangkan apa yang berlaku sebab saya yakin apa yang saya katakan itu kalau diikuti secara keseluruhan ia merujuk kepada 916," jelas Jamal.
Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng dan beberapa ahli DAP lain telah membuat laporan polis terhadap Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos berkaitan kenyataan beliau mengenai kemungkinan rusuhan di Jalan Petaling Street pada Sabtu.

7 comments:

  1. Nak harap Budak Bahalol ini yang dengar berita nak ngentot free Artis , Budak Bahalol ini nak tolong selamat Melayu

    Kena selamat KONTOL tu dahulu baru lah selamat kan orang orang lain.

    Macam mana Budak Bahalol ini dapat sokongan Melayu pon agak aneh...

    Orqng orang Melayu ini Bangsa Bahalol ke???

    Nasib baik jumlah Melayu dunia tak banyak , paling ada 20 Juta.....

    Kalau besar mau jadi Wabah Bahalol macam Rabbies...

    ReplyDelete
  2. "Jamal hanya menyampaikan hasrat pihak yang ingin merusuh esok.....jika tidak ludah muka...."

    Maknanya Jamal tahu la siapa dan pihak mana yang dikatakan hendak merusuh esok. Jamal jangan cakap tak tahu pulak kalu polis tanya yek....

    ReplyDelete
  3. Ni apa ke halnya ni? kenapa pulak demo yang bertujuan untuk menyelamatkan maruah melayu bertukar jadi tuntutan tapak niaga kat Petaling st? Pi lah kat DBKL tu buat demo mintak lesen niaga! Yang kau bodoh sangat nak berdemo pastu menyusahkan orang nak berniaga kat Petaling St tu apa hal? Ni nak mintak hak ke atau saja je nak buat huru hara?

    Kenapa nak berniaga kat Petaling St? Apasal tak mintak 1MDB buatkan satu kawasan perniagaan khas utk orang melayu kat tanah yang dijual kepada Tabung haji tu? Apasal tak mintak kat kerajaan supaya bagi tanah harga murah pada orang melayu sebagaimana Kerajaan bagi tanah murah kat 1MDB sampai boleh dapat untung beratus2 juta bila jual tanah tu kat GLC? Kenapa najib boleh bagi tanah dengan harga yang murah pada Jho Low tapi langsung tak bagi tanah pada orang melayu?

    Benda2 tu yang patut si jamal bengong dan si tolol2 yang dok sibuk buat perhimpunan baju merah tu perjuangkan. Mintak kat najib hak istimewa untuk mendapat untung atas angin sebagaimana yang 1MDB dapat! Ni tak, sibuk mintak lot niaga tapi bila meniaga terus lingkup! sapa nak bagi? nak berniaga tapi dok sibuk berpolitik. Ni sapa ajar kau orang berniaga ni? Ni lah dia melayu2 UMNO, pemimpin2 dia sibuk jadi kaya menrembat harta negara, dia terhegeh2 nak rebut hak orang lain! Bodoh tak boleh diajar (sebab bodoh sombong), pandai tak boleh diikut (sebab hanya pandai jadi penyangak)!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  4. Malaysia makin makin lama makin bangang, pak tongkol pak tongkol, polis polis?

    ReplyDelete
  5. Mangkok Jamal Paktongko ni cakap tak mahu jadi munafik tapi tindak tanduk dia selama ni dah jelas munafiqunnya. Kalaulah Panglima Mat Kilau masih ada, aku rasa dia akan terus sembunyi sebab malu dengan kependekaran @ kepundekan budak Jamal ni. Kalaulah Tun Tuah masih ada, rasanya budak Jamal ni akan dibawa di Hulu Melaka dan disembunyikan terus di situ. Biar dia berkawan dengan haiwan lagi baik. Kalaulah Panglima Awang masih ada, mungkin dia akan bawa budak bahalol ni keliling dunia dan lepas tu tinggalkan dia di pulau yang terpencil. BUAT MALU OARANG MELAYU SAJA.....! Dulu masa Noh Udang jadi Menteri, dia yang paling hebat. Ikut suka hati, tak pedulikan orang lain. Sepatutnya kita ajar budak bengong ni sampai tersungkur. Sebelum ni dah buat kempen BOIKOT SEKINCAN IKAN BAKAR. Berjaya sampai tutup beberapa cawangan. Nak bagi laku dia offer kereta mewah untuk pengunjung bertuah. Auta semata-mata. Sekarang orang ramai dah tahu dia ada resort, mai kita pakat2 boikot resort dia pulak.

    ReplyDelete
  6. merah ... rubbish

    tkde apa nk kata dh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa