11:30AM Sept 19 2015
oleh Alyaa Alhadjri
PENDAPAT: Saya suka untuk percaya bahawa rakyat Malaysia secara amnya tidak bodoh.
Saya khasnya suka untuk percaya bahawa majoriti daripada ‘250,000’ orang Melayu yang didakwa penganjur berkumpul di Padang Merbok untuk perhimpunan Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September tidak bodoh.
Kebanyakan daripada mereka menerima wang ke Kuala Lumpur, bukan? Perjalanan percuma, makanan percuma, baju-T percuma dan mungkin sediking wang saku.
Kedengaran seperti tawaran yang baik pada saya.
Nenek dari Kuala Perlis itu, makcik itu dari Ipoh Barat, atuk dari Kuantan dan senarai ini berterusan.
Mereka telah datang dengan bas yang disewa melalui bahagian Umno masing-masing.
“Ini Umno kan? Mestilah sokong,” kata beliau, tanpa menyedari hakikat bahawa presiden Umno Najib Razak telah berkata yang parti itu “tidak terlibat” dalam menganjurkan perhimpunan itu.
Beliau benar-benar percaya kepada pemimpin yang mengatakan Melayu sedang dikepung ‘Cina DAP’ yang dikatakan ‘rasis sebenar’ untuk menimbulkan provokasi kekacauan perkauman.
Terdapat juga mereka yang lain yang tidak tahu sebab sebenar mereka dibawa ke Kuala Lumpur, tetapi saya masih lagi tidak akan memanggil mereka bodoh.
Malah kepada kumpulan yang mencetuskan kekecohan di Jalan Petaling.
Mereka benar-benar percaya bahawa mereka berada di situ untuk “mengangkat martabat Melayu” dan bangkit menentang ‘Cina DAP yang rasis’ yang kononnya mahu mendominasi kuasa politik, melebihi penguasaan ekonomi negara seperti yang dikatakan.
Pasti mereka telah berkeras mengamuk untuk memasuki Jalan Petaling, walaupun polis telah berulang kali memberitahu mereka bahawa tiada siapa di dalam.
Dan pastinya mereka tampak telah terlepas pandang bahawa walaupun Jalan Petaling yang juga dikenali sebagai “Chinatown” - kedai-kedai di kawasan itu kebanyakannya diusahakan oleh warga asing.
Tetapi saya masih lagi enggan untuk memanggil mereka bodoh.
Saya akan, bagaimanapun, memanggil mereka berdelusi dan ‘mangsa’ salah maklumat kronik oleh pihak berkuasa, yang mendakwa menjadi pelindung dan pembela mereka.
Apa yang terjadi di Kuala Lumpur pada 16 September menjadi kenyataan disebabkan oleh bertahun-tahun cubaan langsung atau tidak langsung memupuk mentaliti terkepung di kalangan orang Melayu.
Mereka dibuat untuk percaya bahawa mereka tidak rasis kerana mereka hanya sasaran ‘Cina DAP’ yang dikatakan bersekongkol dengan PAP di Singapura, untuk mengubah Malaysia menjadi seperti republik itu.
Mereka juga dibuat untuk percaya bahawa hanya Umno yang boleh menyelamatkan orang Melayu daripada diketepikan dan ditindas di tanah mereka sendiri pada akhirnya.
Ini semua adalah retorik polik yang diulang-ulang tanpa henti oleh pihak yang berkuasa, semata-mata untuk kekal berkuasa.
Ramai orang memanggil pemimpin ini bodoh tetapi berani saya katakan yang mereka sebenarnya ‘bijak’ dan licik?
Kesemua mereka telah berjaya mementaskan satu persembahan gah ‘perpaduan Melayu’ dan dengan mudahnya lepas tangan terhadap kekecohan berlaku di Jalan Petaling.
Jika polis tidak membuat sekatan, pastinya akan terjadi lebih daripada sekali tembakan meriam air yang ditujukan kepada penunjuk perasaan.
Ketua bahagian Umno Sungai Besar, Jamal Yunos telah dikatakan telah berjanji kepada mereka yang mereka boleh berarak melalui Jalan Petaling, Bukit Bintang dan Plaza Low Yat, setidak-tidaknya menurut mereka yang menyapa beliau dengan pandangan memualkan ketika beliau tiba di lokasi, lebih satu jam selepas perhimpunan di Padang Merbok diisytiharkan tamat.
“Lepas ni jangan kau (Jamal) ajak aku datang lagi! Macam sial!” beliau menyumpah.
Beliau tidak tahu yang Jamal telah terlebih dahulu meminta polis menggunakan “sepenuh tenaga” ke atas mereka kerna beliau menafikan sebarang kaitan dengan provokasi di Jalan Petaling, walaupun pihak polis telah menyeru mereka di tempat kejadian untuk bersurai.
Terdapat juga cubaan untuk mengalihkan kesalahan kepada Pakatan Rakyat dan DAP, walaupun penunjuk perasaan sendiri tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti.
Orang Melayu tidak bodoh tetapi pemimpin-pemimpin inilah yang melayan mereka seperti orang bodoh.
Lebih cepat orang Melayu sedar perkara ini, lebih dekatlah mereka akan dapat benar-benar mengangkat “martabat” mereka daripada ditindas oleh oleh orang yang sama mendakwa menjadi pembela dan pelindung mereka.
Bukan daripada Cina DAP atau yang lain yang dikatakan cauvinis, pemimpin oportunis yang mendakwa menjadi pembela dan pelindung orang Melayu itu sendirilah yang mengancam martabat bangsa itu.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com
Hanya Melayu Spesis Umno Memang Bodoh.angguk Dan ikut Telunjuk Pemimpin Yang terang terang mempergunakan Orang Bodoh mcm ni.
ReplyDeleteBetul
ReplyDeleteMelayu tak BODOH
Tapi Melayu itu BODOH apabila melantik pemimpin untuk Menganiaya Melayu dan Melayu sedar akan pemimpin ini , serta BANGGA untuk di perbodoh kan oleh Pemimpin pilihan mereka.
OKAY LAH. Melayu tak BODOH tapi BIJAK.
Towkay , Mercedes S Class kasi hantar Rumah satu !!!!!!!
Mereka bukan bodo tapi mengong
ReplyDeleteMereka cuma nak benda2 free
Mereka dtg kl nak beli nombo ekor
Tapi mereka memang baik
Mereka beratur dgn tertib sekali masa beli nombo ekor.
Mereka tunjuk sikap baik kpd anak muda baju merah.
Mereka memurtabakkan bangsa dan agama.....
Org bodoh makanan kepada org cerdik kata lee kuan yew semasa singapura keluar dari malaysia. Kalau tidak singapura pun jadi hamba kpd umno.
ReplyDeleteabuamir
ReplyDeleteKekadang kerana nafsu dan gila dunia membuatkan manusia jadikan dirinya bodoh!
Aku dh kata, Tok Jamal yg buat cerita mcm utk myakinkn org melayu bahwa kita dkepung ole cina. Napa kita ni bodoh sngt. Jamal tu xmaju dlm bisnes, org umno kawsan dia tolak dia. Entah2 org support duit kat dia. Sapa untung, Jamal jugak untung. Sapa kna meriam air, Jamal kna x? Stkat rm30 yg ko dpt, kna maki lg. Korang jugak yg kna. Napa korang xnmpk smua ni.
ReplyDeleteAdakah melayu ni bodoh ? Tak, melayu x bodoh ??
Aku dh kata, Tok Jamal yg buat cerita mcm utk myakinkn org melayu bahwa kita dkepung ole cina. Napa kita ni bodoh sngt. Jamal tu xmaju dlm bisnes, org umno kawsan dia tolak dia. Entah2 org support duit kat dia. Sapa untung, Jamal jugak untung. Sapa kna meriam air, Jamal kna x? Stkat rm30 yg ko dpt, kna maki lg. Korang jugak yg kna. Napa korang xnmpk smua ni.
ReplyDeleteAdakah melayu ni bodoh ? Tak, melayu x bodoh ??
Aku dh kata, Tok Jamal yg buat cerita mcm utk myakinkn org melayu bahwa kita dkepung ole cina. Napa kita ni bodoh sngt. Jamal tu xmaju dlm bisnes, org umno kawsan dia tolak dia. Entah2 org support duit kat dia. Sapa untung, Jamal jugak untung. Sapa kna meriam air, Jamal kna x? Stkat rm30 yg ko dpt, kna maki lg. Korang jugak yg kna. Napa korang xnmpk smua ni.
ReplyDeleteAdakah melayu ni bodoh ? Tak, melayu x bodoh ??
pemimpin bagi rakyat nya tak bodo bukan tambah lagi boddo
ReplyDeleteyang bodo dah banyak sedar
yang boddo belum lagi sedar
jadi orang politik kat negara ni seronok
sebab rakyatnya banyak yang boddo
Hanya Melayu anutan UMNO sahaja yang bodoh dan sentiasa menjadi makanan Melayu UMNO cerdik.
ReplyDeleteTerpetri sudah minda Melayu UMNO memang bodoh.
Pakatan Rakyat tawar pelajaran percuma tolak sebab bodoh.
Pakatan tawar gaji mininum RM1100.00 tolak sebab bodoh
Bayaran tol percuma bila konsesi lebuhraya tamat tolak sebab bodoh.
Rakyat cerdik tapi bodoh juga terpaksa bayar GST.
Posting ni panjang lebar. Melayu mana suka baca2 artikel panjang2 mcm ni. Sebab tu pencerahan lambat sampai. Sebab tu melayu kekal bodoh. Dapat duit 2-3 puluh pun dah kira ok utk puak2 bodoh tu.
ReplyDeleteMudah je kalau nak menilai org melayu ni.......sesiapa yg mempercayai DERMA 2.6bilyon maka mereka adalah dr gulungan lembu.
ReplyDeleteSiapa yg percaya kena kemukakan 4 org saksi untuk mendakwa najib dan percaya ameno akan jalankan hudud adalah mereka dr gulungan melayu mengong aka ahlul UG?
Yg bijak adalah mereka yg mempersoalkan setiap langkah pemimpin mereka...........tiada sesiapa dapat membeli jiwa mereka!
Tangan yang undi pemimpin bodoh yang salah..kalo tak xkan dia blh menang..eloknye kalo nak cebok pinjam tangan org yang undi tadi..pastu bau jangan basuh smpai bila2...
ReplyDelete