Diterbitkan: Isnin, 4 Januari 2016 5:38 PM
KOTA BARU: Parti Amanah Negara (Amanah) sedia bertanding mencabar PAS di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14, kata Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.
Bagaimanapun beliau berkata, Amanah Kelantan masih berharap PAS Kelantan bekerjasama bersama mereka bagi mengelak berlakunya pertandingan melibatkan kedua-dua parti itu nanti.
"Saya dah suarakan lebih empat bulan lepas (berkenaan kerjasama), tapi sehingga sekarang masih tak ada respons (daripada PAS).
"Saya tak wakili Amanah Pusat untuk kerjasama sebab ramai di kalangan sahabat-sahabat tak setuju dengan pendirian saya ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sebelum ini dilaporkan sebagai berkata sekiranya Amanah bertanding di negeri itu, ia akan hanya memberi kelebihan kepada Barisan Nasional.
"Persiapan kita untuk bertanding akan diteruskan (jika PAS tidak mahu bekerjasama)...(dan) saya tak nak dicatat dalam sejarah politik Kelantan sebagai pihak yang meruntuhkan kerajaan Kelantan yang diasaskan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya. - Bernama
Kerajaan PAS Kelantan yg diasaskan oleh TGNA sudwh diruntuhkan oleh Mat Yaacob dan Nik Amar. Wat ru talking Dato Wan Rahim?
ReplyDeleteBukan hendak mendewakan. Almahrum Tuan Guru Nik Aziz telah meninggalkan satu legasi yang sangat bernilai untuk semua pejuang Islam. Malangnya legasi itu telah jatuh kepada orang-orang yang tidak layak memikulnya!!!
ReplyDeleteYaa memang dah runtuh pun, sekarang.masanya nak singkirkan pengkhianat dan re set balik..
ReplyDeleteGini....secara mudoh deh....ado so crito: Dulu ado so kapung kito namakan, kapung A..dale kapung A ni,semua pakat molep dan bersatu hati, jadi semua jadi kemah keming...tapi oleh kerana faktor mcm dan evolusi masa..koho lamo,hok kemah keming tu jadi longgar, jadi bilo mcm2 datang ujian dan perkara, maka terpecah lah kapung A tu jadi dua, ado hok nok dok di kapung A, lagi...ado hok keluar kapung A, gi buka tanah kapung baru, kito namokan dio sebagai kapung B,...jadi masing2 doh ado kapung sdiri dan hala tuju sdiri...
ReplyDeleteUndur sikit crito...maso dok dale kapung skali mulo...ado so kapung lain namo dio kapung C, chako dok cari jalan supaya dia dapat conquer kapung A (sebelum kapung B ado), dan jahanamkan kapung A...mcm2 dia buat tapi xberjaya, mugo kapung A kemah keming....Tapi bilo sapa satu maso, SETENGAH PENDUDUK KAPUNG A TU...XLEH DOK DOH DALE KAPUNG A,SEBAB ADO LAH ALASAN DIO NYOR...JADI NYOR RAMAI2 PAKAT TUBIK KAPUNG A, DAN BUAT KAPUNG B....JADI KAPUNG C, TAKDI START COCOK JARUM NOK SERANG KAPUNG A...JADI KALU KAPUNG A, KALOH DALE PERANG NGAN KAPUNG C, SEK KAPUNG B,BAKPO PULOP NOKGI MAROH KO SEK KAPUNG A, NYOR...BODOO LA GITU PASAL, SEK2 KAPUNG B LA BODOO NYOR G TINGGAL BAKPO SET2 KAPUNG A,...JADI BAKPO PULOP SALAH NOKGI LETAK PADA PPALO SET KAPUNG A,MUGO SET KAPUNG B HOPK TINGGAL.....BODOOOO MOLEP