Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 28, 2016

Kantoi: Nok pelawok tapi bodo!

[KANTOI] Zahid Hamidi Temui Raja Abdullah Yang Sudah Meninggal?

Sumber dakwa RM2.6 bilion dari Raja Abdullah 

Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

Bagaimanapun, sumber tidak dinamakan dilaporkan mendakwa bahawa wang itu datang daripada allahyarham Raja Abdullah, yang meninggal dunia tahun lalu. 

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, dua kementerian negara itu enggan mengulas kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohd Apandi Ali semalam. 

Kementerian-kementerian itu bagaimanapun dilaporkan berkata mereka tiada maklumat berhubung sumbangan itu, yang tidak pernah berlaku sebelum ini. 

“Pegawai-pegawai kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi pemimpin luar tidak mempunyai duluan. 

“Wakil-wakil keluarga diraja tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan mereka,” menurut laporan WSJ. 

Dana lawan Ikhwan? 

Sementara itu, memetik sumber, BBC juga mendakwa wang itu daripada Abdullah, bagi membantu Najib memang dalam pilihan raya umum 2013. 

Media British itu melaporkan sumber mereka – yang berkedudukan tinggi dan enggan dikenali – mendakwa wang itu dikeluarkan daripada kewangan peribadi Abdullah dan simpanan-simpanan negara itu. 

“Tujuan sumbangan itu mudah, kata sumber Saudi – untuk membantu Najib dan gabungannya menang pilihan raya, menggaji pasukan komunikasi yang mempunyai pengalaman di peringkat antarabangsa, menumpukan kepada wilayah-wilayah di Sarawak dan menaja program sosial melalui kempen parti. 

“Tetapi kenapa Saudi ambil berat berkaitan pilihan raya di negara bukan Arab yang lebih 6,000km dari tempat mereka? Jawapannya, kata sumber, terletak terhadap kebimbangan peningkatan kuasa Ikhwanul Muslimin, yang mereka anggap pertubuhan pengganas. 

“Saudi sebelum ini kesal dengan apa yang berlaku di Mesir, yang menyaksikan presiden Mohammed Morsi sibuk mengukuhkan penguasaan Ikhwan di negara itu,” menurut laporan itu. 

Laporan itu menyebut, hubungan pembangkang ketika itu, Pakatan Rakyat, termasuk PAS, menyaksikan pendiri-pendirinya dinspirasikan oleh Ikhwan. 

Ia juga menyebut, terdapat kurang bukti menunjukkan Ikhwan mendapat sokongan sebegitu di Malaysia. 

Semalam, Apandi membersihkan Najib daripada sebarang kesalahan salah laku yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 

Apandi antaranya menyebut, AS681 juta (RM2.08 bilion) disumbangkan kepada Najib daripada keluarga diraja Saudi tanpa apa-apa balasan. 

Beliau juga berkata AS$620 (RM2.03 bilion) dipulangkan semula kerana tidak diguna pakai. 

Sumbangan itu dibuat menjelang pilihan raya umum ke-13 dan semasa pemerintahan Abdullah. 

Bagaimanapun, WSJ melaporkan penyiasat antarabangsa tidak percaya dengan versi ini. 

“Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat dan agensi kerajaan lain luar Malaysia terus menyiasat pemindahan itu,” menurut laporan itu. 

Laporan itu juga menyebut bekas penganalisis politik di Kedutaan Saudi di Washington berkata idea sumbangan sebanyak itu daripada kerabat Saudi ke akaun peribadi, dan bukan institusi kerajaan, hanya “suspek”. 

Bagaimanapun, sumber Saudi BBC berkata tiada yang tidak kena dalam sumbangan itu. 

Katanya, negara-negara seperti Jordan, Maghribi dan Sudah sudah mendapat manfaat ratusan juta dolar daripada dana kerabat diraja Saudi. - mk 


TPM temui penyumbang derma RM2.6

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sudah bertemu ketua pegawai pelaburan dan pemegang amanah harta keluarga Arab yang mendermakan RM2.6 bilion kepada perdana menteri. 

Timbalan perdana menteri itu berkata, apabila ditanya mengapa wang bernilai AS$700 juta itu diberikan kepada Malaysia, individu terbabit menjawab, negara ini bukanlah satu-satunya pihak yang menerima sumbangan berkenaan. 

Kata Ahmad Zahid, individu tersebut mengakui ada banyak sahabat dari kalangan negara Islam mendapat sumbangan sama seperti itu. 

"Mereka mahu Umno dan BN tetap memerintah negara," katanya di mesyuarat agung tahunan Umno Sri Gading hari ini. 

Bahagian itu diketuai Datuk Ab Aziz Kaprawi yang juga timbalan menteri pengangkutan. 

Naib Presiden Umno itu berkata, beliau juga melihat dokumen asal pemindahan dana berkenaan. 

Tanpa mendedahkan identiti penderma Arab itu Ahmad Zahid berkata, ia membuktikan tiada wang daripada Kumpulan Wang Amanah Persaraan (KWAP) masuk ke akaun persendirian Datuk Seri Najib Razak. 

Ahmad Zahid juga menjelaskan bagaimana wang berkenaan masuk ke akaun Najib. 

"(Wang) AS$100 juta pertaa diberi atas nama Najib, manakala pindahan berikutnya dibuat melalui pelbagai syarikat kerana pihak penderma tidak mahu melihat ada cek 'seketul' dalam nama Najib," katanya. -mk (22/08/2015)

ULASAN GB 

Sudah kantoi! Ahmad Zahid Hamidi menyatakan beliau sudah menemui "penderma RM2.6 bilion" (berita 22/08/2015). Sementara semalam akhbar menyiarkan bahawa penderma itu ialah Allahyarham Raja Abdullah yang telah meninggal dunia pada 23 Jan 2015. 

Bagaimana Ahmad Zahid boleh menemui penderma itu pada 22 September 2015 sedangkan yang dikatakan menderma itu iaitu Raja Abdullah telah meninggal pada Januari 2015? 

Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan. Kebenran akan akhirnya terdedah untuk kita ketahui siapa pendusta. 

Kedua, penafian dari pegawai kerajaan Saudi yang menyatakan bahawa "derma dari kerabat di raja Arab Saudi ke akaun peribadi pemimpin negara luar tidak pernah berlaku" menguatkan lagi pendustaan berkenaan. 
Najib tidak boleh selama-lamanya menutup kebenran. Hukum akan tetap berjalan.

Dicatat oleh Green Boc di 5:25 PTG

7 comments:

  1. Mat ni macam mokhtar snake juga......jumpa dlm mimpi dah!

    ReplyDelete
  2. Cam na la manusia spesis Bangang n Bodoh blh jadi TPM.oh pasai yg lantik dia ni Penyamun n Penyangak

    ReplyDelete
  3. Dia jumpa hantu raya Raja Abdullah kut

    ReplyDelete
  4. Inilah yg dikatakan Melayu bodohkan melayu

    ReplyDelete
  5. jangan sampai terboddo oleh puak omno

    ReplyDelete
  6. Nak tengok aksi Singapura, Hong Kong, Swizland ngan Amerika je lagi. Pencabulan terhadap undang2 negara mereka telah berlaku. Sebagai sebuah negara berdaulat adakah pemimpin negara2 itu akan membiarkan seekor Mat Monggol menginjak pijak tonyoh kepala mereka seolah olah mereka telah termakan nasik kangkang? Kah kah kah sediri mau ingat..!

    ReplyDelete
  7. Inilah sikap Menteri bangang,.bila bercakap tanpa fikir., sudah nya terhasil dengan gelak ketawa sekelian Rakyat yg lebih sempurna pemikiran nya daripada menteri ini,.umno yg mereput di barisi pemimpin yg bodoh, Bangang, menjilat, Menyamun, merusuah,.yg tentu tiada berkat dalam kehidupanya,...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa