Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 24, 2016

Golongan haprak: Sape tu ek?

Golongan haprak pelingkup UMNO – Khairuddin

 | January 23, 2016
Beliau mempersoalkan tindakan Tengku Adnan yang seolah-olah menjadikan UMNO parti miliknya.
Khairuddin_Tengku-Adnan_umno_600
PETALING JAYA : Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa sering membuat keputusan atau tindakan berdasarkan citarasanya sendiri.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, tindak tanduk Tengku Adnan seperti UMNO itu miliknya.
“Dulu bila ketua-ketua cawangan buat sidang akhbar desak Najib Tun Razak untuk berundur secara pantas Tengku Adnan buat kenyataan beri amaran seterusnya ibu pejabat mengambil tindakan disiplin untuk menggantung keahlian ketua-ketua cawangan yang terlibat.
“Di Kedah pun isunya sama. Penyangak-penyangak yang diketuai oleh Ahmad Bashah bertindak untuk memporak-perandakan landskap politik Kedah yang begitu aman serta tenteram dilakukan secara kurang ajar sehingga membuatkan keseluruhan rakyat kedah marah tanpa kira ideologi politik.
“Secara cepat lagi pantas Setiausaha Agung UMNO yang haprak ni buat kenyataan tidak akan bertindak keatas geng-geng bangang tersebut,” katanya menerusi status terbaru di Facebook.
Beliau dalam masa yang sama turut menyeru kepada seluruh rakyat Kedah agar tidak berkecil hati terhadap Tengku Adnan yang disifatkannya sebagai ‘haprak’.
“Sebenarnya yang dok melingkupkan parti UMNO adalah terdiri dari kalangan otak kosong inilah. Merekalah yang sedang buatkan UMNO dibenci oleh keseluruhan rakyat jelata.
“Tapi sabarlah kerana sabar itu adalah separuh dari iman. Kita tunggulah masa ketika yang sesuai kelak untuk lihat apa akan jadi kepada kalangan haprak-haprak ini seperti Tengku Adnan Mansor bila rakyat melunaskan tanggungjawab mereka selewat-lewatnya pada PRU-14 kelak,” katanya.
Baru-baru ini, Tengku Adnan menyatakan 14 Ketua UMNO Bahagian Kedah yang meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menggugurkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah tidak akan diambil tindakan disipilin.
Beliau berpandangan tiada keperluan untuk menghukum mereka yang terbabit kerana tindakan dibuat demi kepentingan parti dan negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa