Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 31, 2016

Kesiaan.........nampaknya kempunan jugalah Mamat ni.......

Bashah bukan pengganti Mukhriz, lapor akhbar


Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bukan pengganti Datuk Seri Mukhriz Mahathir, lapor Berita Harian hari ini.
Ini kerana, nama anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata itu tiada dalam senarai nama calon menteri besar Kedah yang baru.
Memetik sumber, akhbar itu berkata tiga nama yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Hussin.
Sumber itu berkata, ketiadaan nama Bashah dalam senarai itu mengejutkan kerana nama timbalan badan perhubungan Umno Kedah itu didakwa ada dalam senarai yang diserahkan Najib sewaktu menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebelum ini.
"Sepanjang pengetahuan saya setakat ini tiada kata putus dicapai.
"Apa pun macam-macam boleh berlaku kerana ia masih di peringkat cadangan dan tidak mustahil nama Ahmad Bashah boleh kembali tersenarai," Berita Harian memetik sumber itu sebagai berkata.
Bashah pada 20 Januari lalu mengadakan sidang media mengejut mengumumkan beliau bersama 13 ketua Umno bahagian di Kedah mendesak Mukhriz meletak jawatan.
Desakan itu dibuat selepas mendakwa pemimpin Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai menteri besar Kedah dan pengerusi Umno negeri serta mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera.
Bagaimanapun, Mstar Online hari ini melaporkan hanya satu nama dibentangkan sebagai calon menggantikan Mukhriz.
Memetik sumber Umno, portal itu berkata perdana menteri mencadangkan nama itu dalam pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah semalam.
Nama yang dicadangkan itu dipercayai Ahmad Bashah yang juga senator dan timbalan menteri perdagangan dalam negeri, koperasi dan kepenggunaan, lapor portal itu.
Menurut Mstar Online, jemaah juga meminta surat rasmi mengenai status Mukhriz dalam Umno dan difahamkan, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu dipanggil menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah pada 4 petang semalam tetapi pembantunya berkata beliau berada di kediamannya di Bukit Tunku.
Semalam, Najib berkata pertemuannya dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah berjalan lancar dan senarai calon yang dicadangkan menggantikan Mukhriz sudah diserahkan dan tidak ditolak istana.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan senarai itu dan berkata Mukhriz akan kekal sebagai menteri besar Kedah dan ketua badan perhubungan Umno negeri hingga diberitahu kelak.
“Saya sudah serahkan nama yang dicadangkan bagi pihak Umno dan akan maklumkan perkembangannya kepada semua,” kata Najib.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa