Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 27, 2016

Sebelum ini Najib beria-ia nak saman WSJ, tapi kenapa diam?

Pihak Arab Saudi sedang memantau

Seorang jurucakap Kementerian Luar Arab Saudi berkata pihaknya sedang meneliti dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima sumbangan politik berjumlah RM2.6 bilion.

Menurut laporan The Wall Street Journal (WSJ), jurucakap itu berkata tiada komen akan diberikan buat masa ini.

Sumbangan itu dikatakan dibuat pada era pentadbiran allahyarham Raja Abdullah sebelum ini.

Julai lalu, WSJ dan laman pembocor maklumat Sarawak Report mendedahkan isu sumbangan itu berdasarkan dokumen bocor daripada penyiasat-penyiasat Malaysia.

Najib mengancam menyaman WSJ tetapi belum berbuat demikian.

Pagi ini, Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata tiada alasan untuk memfailkan pendakwaan terhadap perdana menteri dalam kes-kes berkaitan.

Beliau juga berkata Najib memulangkan AS$620 (RM2.03 bilion) kepada kerabat diraja Arab Saudi pada 2013.

Najib berulang kali menafikan salah laku dalam kontroversi itu. - sumber

1 comment:

  1. Apa sebenarnya dalam lapuran sprm. Kalau tak ada-apa, masakan sprm akan membuat rayuan. Ini saja membuatkan mahkamah rakyat merasakan ADA pertuduhan dan salahlaku.
    Apakah najib Dan kuncu2nya berasa bahawa rakyat boleh diperbodohkan. Rakyat pun dah marah dengan kenyataan bodoh dan cerita2 tahyul dari pemakan dedak ni.
    Semakin lama isu-isu najib dan rosmah berlarutan, semakin bingung puak2 ini mempertahankan najib Dan rosmah. Sampai bila nak tipu rakyat. Berapa banyak RM boleh ditabur kepada pengampu Dan pemakan dedak. Temolok mereka tak kan penuh. Lambat laun semuanya akan terbongkar..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa