Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

Mukhriz di mata rakyat Kedah: Adakah yang baru nanti lebih baik darinya?

MB Kedah baharu perlu lebih baik daripada Mukhriz

 | January 29, 2016
Penyokong menyifatkan Mukhriz adalah antara Menteri Besar terbaik yang pernah berkhidmat di Negeri Jelapang Padi itu.
protes-mukhrizALOR SETAR: Penyokong Datuk Seri Mukhriz Mahathir menuntut supaya pengganti Menteri Besar Kedah perlu lebih baik daripada Mukhriz.
Dalam demonstrasi menyuarakan bantahan terhadap tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan Mukhriz sebagai ketua Kerajaan Kedah, di sini, hari ini, semua peserta perhimpunan turut mendesak pemimpin yang lebih baik daripada Mukhriz dipilih sebagai Menteri Besar.
Wakil kumpulan penyokong Mukhriz, Ramli Abdul Rahman, 49, berkata rakyat negeri berkenaan lazimnya akur sekiranya Menteri Besar Kedah ditukar.
Bagaimanapun, dia berharap pengganti Mukhriz itu haruslah lebih baik untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

Katanya, ini disebabkan Mukhriz dikatakan adalah antara yang terbaik berbanding Menteri Besar Kedah terdahulu.

“Ini sudah yang terbaik, tak ada masalah. Rakyat pun mudah hendak jumpa. Macam orang biasa sahaja.

“Kami memang kurang yang lain, apabila Mukhriz jadi MB (Menteri Besar) Kedah, orang biasa mudah hendak sembang, hendak maklum. Bagi apa-apa masyarakat luar bandar, dia senang hendak datang.

“Itu kami berminat dengan dia, sebelum-sebelum ini susah sikit, bukan Menteri Besar susah jumpa dengan kami tetapi ada sekatan pihak penjaga. Namun Mukhriz tidak ada siapa jaga. Bebas jumpa dengan beliau, hendak mengadu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Seramai 50 orang penyokong Mukhriz Mahathir berdemonstrasi di sini, hari ini, untuk memberi sokongan agar Menteri Besar Kedah itu dikekalkan jawatannya. 

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa