Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

Kerana nak tutup bau busuk?

Jawab Bank Negara, bukan ugut pembocor maklumat, kata Amanah pada Tabung Haji
TMI - Published: 28 January 2016 6:36 PM
Ugutan terhadap pembocor maklumat berhubung isu Tabung Haji hanyalah untuk mengalih perhatian daripada menjawab isu sebenar, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Januari, 2016

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menggesa Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menjawab soalan-soalan dari surat dari Bank Negara Malaysia (BNM) dan bukannya berdalih.

Mujahid berkata, ugutan terhadap pembocor maklumat hanyalah untuk mengalih perhatian daripada menjawab isu sebenar.

"Pengerusi Tabung Haji menggunakan kaedah mengugut terhadap pembocor maklumat seolah-olah cuba mengalihkan isu sebenar yang berlaku atas risiko 9 juta pendepositnya daripada kalangan umat Islam," katanya dalam satu kenyataan.

Ini ekoran tindakan Tabung Haji yang menyiasat siapa yang membocorkan surat Bank Negara kepada mereka dan seterusnya mengambil tindakan ke atasnya.

Tegas ahli Parlimen Parit Buntar itu, Tabung Haji perlu menjawab bagaimana Lembaga Pengarah dan pengurusannya membuat keputusan strategik tentang portfolio pelaburannya.

"Pulangan dividen berasakan untung adalah untuk TH melabur terus supaya masa depannya akan lebih berkembang.

"Bagaimana Tabung Haji dapat berbuat demikian jika ia membayar dividen lebih daripada untungnya? (107 peratus purata sejak 2012-2014)," soalnya.

Mujahid turut mempersoalkan kesan nilai rizab menjadi  lebih rendah daripada liabiliti (obligasinya) lalu menjejaskan pemberian dividen berdasarkan kepada Akta Lembaga Tabung Haji seksyen 22(2)(i).

"Adakah Lembaga Pengarahnya akan melanggar undang-undang dengan pengerusinya terus memberi jaminan sesuatu yang bercanggah dengan undang-undang?

"Betulkan nilai aset rizabnya 98sen berbanding RM1 nilai liabilitinya?," soalnya lagi.

Beliau juga berkata Azeez tidak menjelaskan bahaya kepada portfolio pelaburannya apabila 5% dari pendeposit secara berinstitusi menguasai 75% saiz deposit.

"Berbeza dengan pendeposit individu yang tidak bertujuan keuntungan hanya menyimpan untuk melakukan ibadat Haji, pendeposit ‘instituitional’ bermotifkan keuntungan."

"Apakah mereka mahu mengalami kerugian dengan kedudukan sekarang atau mahukah mereka meneruskan pelaburan dalam keadaan pengurusan korporat Tabung Haji yang tidak telus dan melanggar undang-undang?

"Penarikan mereka daripada pelaburan Tabung Haji akan menyebabkan kedudukan Tabung Haji lebih parah," soalnya lagi. – 28 Januari, 2016.

3 comments:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa