Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

Berapa ramai yang setuju: Jangan tanya pada yang makan dedak!

Thursday, 28 January 2016
BERAPA RAMAI SETUJU?
SPRM dikatakan telah mencadangkan tiga pertuduhan harus diambil terhadap Perdana Menteri, Najib Razak dalam kertas siasatannya berkaitan isu wang  RM2,600 juta dan dana RM42 juta daripada SRC International yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun, cadangan itu ditolak oleh Peguam Negara, Apandi Ali. Beliau bukan saja membersihkan nama Najib daripada sebarang pertuduhan atas alasan tidak cukup bukti, malah juga mengarahkan SPRM menutup terus kes tersebut.

Tetapi isu ini telah menjadi pertikaian paling hebat dalam masyarakat di mana bukan saja orangramai membuak-buak tidak setuju dengan keputusan Peguam Negara itu, malah bekas Peguam Negara, Abu Talib Othman dan beberapa pengamal undang-undang juga mempersoalkannya.

SPRM juga dilaporkan ingin merayu keputusan Peguam Negara itu kerana menganggap susah payah mereka melengkapkan siasatan hampir tujuh bulan selama ini sebagai sia-sia saja serta dalam masa yang sama tidak mahu membuatkan rakyat terus kehampaan.

Panel Penilaian Operasi dan Panel  Khas SPRM pula mahu rakyat diberi penjelasan secukupnya berhubung keputusan itu serta menyarankan agensi penguatkuasa itu terus mengadakan perbincangan dengan Peguam Negara untuk tindakan seterusnya, suatu isyarat jelas yang menggambarkan mereka juga tidak gembira kerana tiadanya pendakwaan dilakukan terhadap Najib.
Maka itu, kiranya dibuat undian, daripada 30 juta rakyat Malaysia, berapa ramaikah yang setuju Najib perlu didakwa kerana perlakuannya  berkaitan kemasukan kedua-dua wang itu tidak boleh dimaafkan serta telah mencemarkan nama baik negara?

Daripada 3.4 juta ahli UMNO, berapa ramai  yang setuju beliau harus membersihkan namanya melalui proses di mahkamah, bukannya semata-mata dibersihkan oleh Apandi Ali?

Daripada kira-kira 1.5 juta penjawat awam, berapa ramai yang setuju bahawa Najib mesti diadili di mahkamah?

Akhir sekali, tanya juga secara bisik-bisik  dan "off the record" dengan Zahid Hamidi, setuju atau tidak beliau tentang perlunya Najib dibawa ke mahkamah? (SH 28/01/2016) - sumber

2 comments:

  1. Tentu la setuju biar jowo pulak pegang kuoso sebagei kakek di Indon sana... kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Zahid memang setuju punya,.nak jadi PM, dah tu akan dapat gelaran, BAPAK PENIPU,...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa