Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 31, 2016

Seriusnya rasuah di Malaysia: Tanak percaya, tapi faktanya di sini.......

Najib dilapor menerima sogokan dan rasuah?
31 Januari 2016 | MALAYSIA DATELINE
Skandal scorpene antara isu yang menjejaskan kredibiliti Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak

Bekas pengurus sebuah syarikat pertahanan Perancis telah didakwa di Paris atas tuduhan memberi sogokan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak termasuk seks, rasuah, pembunuhan dan muslihat politik, lapor media asing.

Memetik laporan media negara itu, Agence Perancis Press yang memetik sumber kehakiman menjelaskan, bekas presiden Thalaes International Asia (Thint Asia) Bernard Baiocco,72, didakwa pada 15 Disember tahun lalu atas tuduhan “aktif merasuah pegawai awam luar negara ” termasuk Mohd Najib Razak yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan.

Najib turut dilaporkan terjerat dalam satu lagi skandal monumental di Malaysia membabitkan dana AS$ 681 juta yang menjadi misteri disimpan di dalam akaun peribadinya di AmBank Malaysia pada tahun 2013, ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan, kedua-dua kes menggambarkan betapa seriusnya rasuah yang berlaku di Malaysia.

Sekurang-kurangnya empat kematian dipersoalkan, tiga daripadanya adalah pembunuhan secara terang-terangan, telah dikaitkan dengan pelbagai kes yang melibatkan Najib lapor media asing itu.

Malah Najib juga terikat dengan salah laku kerana berusaha untuk menakut-nakutkan akhbar tempatan, sebahagian besar dimiliki oleh parti-parti politik kerajaan.

Beliau juga  dengan megah  berusaha untuk membeli laman web pembangkang dan menyekat pengkritik antarabangsa dari Asia Sentinel dan Sarawak Report, yang menjadi platform penerbitan popular yang dirujuk oleh parti pembangkang.

Asia Sentinel telah menerima anugerah tertinggi Persatuan Penerbit di Asia bagi laporan penyiasatan pada tahun 2012 kerana memaparkan siri pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan rasuah besar-besaran berhubung dengan kematiannya dengan pembelian kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia dari kerajaan Perancis milik DCN dan anak syarikatnya.

Ketika Najib menjawat Menteri Pertahanan, dikaitkan dengan rasuah berjumlah 114juta euro yang diketahui Umno untuk memulakan pembelian dua kapal selam Scorpene Perancis yang mewakili skandal yang paling hebat dicemari rasuah itu.

AFP pula, melaporkan Baiocco telah ditahan selama 48 jam, bersama-sama dengan Pengarah Pembinaan Tentera Laut (DCN) yang juga didakwa kerana bersubahat dalam penyalahgunaan aset korporat, kata sumber.

Menurut dokumen yang disediakan untuk Asia Sentinel pada tahun 2013, skandal itu melibatkan pegawai Perancis termasuk Menteri Luarnya Alain Jupp dengan pengetahuan Perdana Menteri ketika itu,Tun Mahathir Mohamad.

Senjata jualan DCN di seluruh dunia adalah subjek skandal menakjubkan, termasuk dilaporkan kematian jurutera Perancis di Pakistan, kerana merasuah Jeneral Pakistan dihalang oleh Presiden Perancis Jacques Chirac. Lain-lain meninggal dunia di Taiwan.

Malah DCN telah didakwa memberi rasuah kepada pegawai-pegawai kerajaan membabitkan  enam negara lain.

"Hakim-hakim Perancis menunjukkan, walaupun siasatan berterusan, keupayaan mereka untuk membedah mekanisme rasuah yang kompleks. Dalam beberapa hal, siasatan baru sahaja bermula ," kata William Bourdon, peguam yang membawa kes itu bagi pihak Suaram, sebuah NGO di Malaysia kepada AFP.

Isu ini wujud empat tahun lalu apabila kumpulan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) memfailkan aduan di Mahkamah Sivil Paris pada 2012 ke atas skandal Scorpene yang melibatkan jutaan ringgit.

Suaram memfailkan saman terhadap DCNS kerana didakwa membayar 114.9 juta euro dalam bentuk komisen kepada Perimekar Sdn Bhd, sebuah syarikat sebahagiannya dimiliki Razak, kenalan rapat Najib yang juga menteri pertahanan ketika itu.

Susulan itu, pihak berkuasa Perancis menyerbu pejabat Thales dan DCN.
Bourdon pernah dihalau keluar dari Malaysia pada 2013 kerana cuba mengambil keterangan beberapa saksi yang terlibat dalam kes itu.

Di Paris, lapor  AFP, para hakim mengesyaki jumlah wang dari syarikat yang dikenali sebagai "kejuruteraan komersial C5" yang disediakan untuk pembayaran oleh DCNI, anak syarikat DCN, sebanyak 30 juta Euro kepada Thales International Asia, bagi "perbelanjaan untuk eksport jualan (FCE )."

Satu lagi syarikat, Terasasi Ltd berpangkalan di Hong Kong, adalah pemegang saham yang mana Razak Baginda, menerima hampir jumlah yang sama untuk perundingan. Penyiasat mengesyaki rundingan itu sebagai sogokan.

Penasihat Baiocco, Jean-Yves Le Borgne berkata dakwaan anak guamnya itu berdasarkan "akrobatik undang-undang" kerana "tidak ada bukti" bahawa bekas menteri telah menerima sogokan dan penasihat mesti dianggap sebagai "ejen komersial," Oleh itu, di luar skop rasuah pegawai-pegawai awam.

# Agaknya selagi Najib tak mengalah dan turun, pekung akan terbuka selepas satu, satu walau dalam hal ini dari teknikalnya beliau terlepas

2 comments:

  1. apa lagi...kao ada bukti...buat laporan atau hanya cakap2 fitnah je....

    ReplyDelete
  2. Laporan gapo? Sprm dah siasat. Tebal kertas siasatan. Tapi akhir nye apandi kata takdak kes utk dakwa pm najib. Siapa cakap fitnah? Muhyidin shafie gani patail?? Kesian macai umno. Bodo sampai mampoihh. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa