Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

Nasib Mukhriz: Dihalau Ku Nan macam budak sekolah!

Mukhriz diarah tinggalkan mesyuarat MT Umno
16:42 - suarakami
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini diarahkan meninggalkan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang sedang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Menurut Mukhriz, arahan tersebut adalah daripada Setiausaha Agung Umno.

Majlis Tertinggi Umno dipercayai sedang berbincang mengenai masa depan Mukhriz yang juga adalan pengerusi perhubungan Umno Kedah sebagai menteri besar.

"Mereka kata, pada siapa yang hadir yang tak dijemput untuk beredar. Ia merujuk kepada saya," kata Mukhriz ketika ditemui pemberita di lobi PWTC.

Ketika ditanya ia adalah arahan siapa, Mukhriz sekadar berkata: "Setiausaha agung," katanya ringkas.

Beliau juga sempat melemparkan senyuman kepada wartawan yang ingin tahu mengapa dirinya beredar dari mesyuarat berkenaan sebelum memasuki keretanya.
Spekulasi bertiup kencang sejak pagi tadi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilaporkan menghadap Jemaah Pemangku Sultan Kedah di Istana Darul Aman, di Kuala Lumpur, pagi tadi.

Tindakan terhadap Mukhriz itu dikatakan ada kaitan dengan kempen berterusan bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menggulingkan Najib.

Pada 20 Januari lalu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Basah Md Hanipah memulakan langkah dengan mengisytiharkan bahawa Umno negeri hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap Mukhriz.

Ini disusuli dengan 21 ADUN BN Kedah mengadakan pertemuan dengan perdana menteri pada Selasa lalu di Putrajaya.

5 comments:

  1. Najib panggil mesyuarat kabinet ganti ghari lepas sebab tidak sempat hendak bagi mandat selajutnya sekarang majlis pemangku diraja telah menolak pertukaran MB jadi najib kena buat strateji baru bagi arahan baru dengan undi tidak percaya didewan undangan negeri Najib tahu hanya itu saja satu cara untuk singkir Mukhriz tapi jika PAS sokong UMNO sudah pasti Mukhriz akan jatuh dan bapanya akan keluar UMNO betul ke.Kita tunggu.

    ReplyDelete
  2. Jadi mmg betul lah ini kerja si penyamun.
    BANGKIT KEDAH
    RAKYAT KEDAH TAK SANGGUP BERKETUAN PENYANGAK YG MENYOKONG PENYAMUM

    ReplyDelete
  3. penyamun kena berkelakuan mcm penyamun kalau tidak nanti kena pecat dgn chief penyamun

    ReplyDelete
  4. Teringat pesan arwah ustad fadhil nor...che det akan rasa sendiri hasil kerja tangan nya..

    ReplyDelete
  5. I just could not leave your site before suggesting that I extremely enjoyed the usual information an individual provide
    in your guests? Is gonna be again steadily in order to check out new posts

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa