Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 30, 2016

Apa hal ni? PAS terima, Tuan Ibrahim jer yang banyak soal!

Persoalannya yang soal ni PAS atau Tuan Ibrahim?

Tabung Haji

PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (LTH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim untuk tampil menjelaskan :

1.     Apakah betul Bank Negara telah mengutuskan satu surat kepada Jamil Khir mengenai kedudukan kewangan LTH di 2015 yang gawat di mana nilai rizab LTH telah menjadi negatif dan ini bermaksud, pada harga nilai pasaran semasa, aset LTH tidak mencukup untuk memenuhi kesemua obligasinya termasuk deposit?

2.     Apakah betul Bank Negara dalam surat tersebut turut menyebut dalam keadaan (1), di bawah peruntukan Seksyen 22 Akta Tabung Haji 1955, LTH tidak boleh mengisytihar pengagihan dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang nilai kesemua obligasinya – dan keadaan ini amat membimbangkan kerana ia mendedahkan LTH kepada risiko pengeluaran depositi secara bebsar-besaran sekiranya jangkaan dividen pendeposit tidak dipenuhi atau memadai pada pandangan pendeposit?

3.     Apakah betul Bank Negara dalam satu surat berlainan kepada Pengerusi LTH, Tan Sri Zeti telah menyarankan agar LTH merumus satu dasar rizab yang komprehensif dengan kadar segera sebelum 31 Mac 2016?

4.     Sekiranya semua di atas benar - apakah ini menjadi punca kelewatan Tabung Haji mengisytiharkan dividen dan bonus?

5.     Dan sekiranya di atas benar – mengapa Tabung Haji masih melabur membeli tanah di Pusat Kewangan Tun Razak Exchange? Apakah ini keputusan PM atau Pengerusi LTH?

6.     Apakah pelaburan tersebut telah menggawatkan lagi situasi kewangan di Tabung Haji?

Sekiranya semua di atas benar, PAS mendesak agar Pengerusi LTH dipecat dengan kadar serta-merta dan seorang pengerusi LTH baru dilantik bagi membantu LTH menunai obligasinya berdasarkan saranan Bank Negara.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
26 Januari 2016

20 comments:

  1. Pandai2 tuan berahim ni...Kan mengamuk pulak bos wan Rosli nanti
    Sapa lagi kalau bukan hadi awe kluk klek

    ReplyDelete
  2. Woi TMTI .Man anta .? anta punya presidung sudah terima kenyataan dari Tauan TH melalui kenyataan orang kuat Pas,jangan main2 dengan tuang prisidung ni .tenguk gambar dia pegang senapang letak dekat perut tang kempis.tak takut ke?

    ReplyDelete
  3. Wan Rosli.. sila masuk beri penjelasan..

    ReplyDelete
  4. Subhallah! tuan brahim ni duduk planet mana? bukan setiausaha agong telah jelaskan segalanya.
    jangan ulang perangai orang planet macam ni, nanti din siku dan lutut baru bengkak muka.

    ReplyDelete
  5. Mans tak lingkup TH. Lihatlah siapa pengarah2nya...ada yg jd pengarah 1MDB juga. Masuk Affendi si AG tu lagi teruk la TH. habis jerung dlm TH yg jd pengarah akan dilindungi.

    Sama mcm kes RM2.6B tu..mudah2 ditutup kes. Dia lebih bijak dar
    i Bank Negara..dia lebih bijak dari SPRM

    ReplyDelete
  6. Yang terima tu sebab UMNO dah beli mereka dengan memberi mereka quota haji dan umrah dgn Tabung haji atau business lain.

    TITM ni xdapat apa atau xmau terima offer UMNO.

    ReplyDelete
  7. Pas ni mana satu nk pakai. Su agong kata Th sgt baguh. Penoh integrity. Titm pulak kato Th byk terok. Tak amanah. Th dah pokai. Aduhh. Poning pas dibawah olamak chai. Ketua penerangan vellfire pi mana? Nik bedoh nik amar pi mana? Diam je. Pi bikin anak ke?? Kahkah

    ReplyDelete
  8. Tuan admin ni mencarmerbakan keadaan yg dah carcamerba, apa lebih tepat kalau dikatakan tn admin inilah menambah mengucarkacirkan melayu islam dalam pas mau pon umno dan juga melayu pkr dan dap. Dirasa lebih banyak mengadudomba dari nak memperbaiki kecelaruan orang melayu ini. Dalam komen berkaitan politik pun begitu, tidak ada satu yg membina melainkan menghuharakan lagi keadaan. Penulis membaca komen tn tapi mengecewakan. Tambah dalam kaitan TH tidak ada satu pun yg betul pada tuan. Apakah tuan ini?

    ReplyDelete
  9. Walaun walaun mr presideng nanti angkat spanduk desak TITM letak jawatang ...krn tak wala'!!!

    ReplyDelete
  10. Anon 8.19pm ni drp planet mana? Planet merrah kuantan ker? Ke baru bangun tidoq? Msia dah hagha hughu bro. Muyyidin shafie gani patail dah dipecat. Mukriz bakal dipecat najib. Dia baru carcamarba. Slow mcm kura2. Pastu tudoh admin adu domba pulak? Adoi kura2 dlm perahu. Wallahuaklam

    ReplyDelete
  11. Titm ni aku raso pegang timbalan pas sekejap jer. Pasal dia ada bawa aura tg nik aziz. Dia mgkin akan diganti dgn nik amar atau nik bedoh yg pro umno. Titm ni ashik nk lawan hantam umno najib jer. Haha. Tak walak ke presideng hadi awe. Haha

    ReplyDelete
  12. beratt nannang doh ni.. takiyuding kabbor laing, tuang beraheng laing pulok dohh, tuang presideng laguu mane pulok.. dohh puok2 tok lebai serbang guane bbunyi senyapp. attakirii, tontowi RM10,000 alfulusi, abuduhi, alzuhdi...puji2 la tabung haji ya habi bi..

    Pok Mang teganu

    ReplyDelete
  13. Minta tuang penerangang a.k.a pay per view bg ulasan skit..

    ReplyDelete
  14. "pay per view" tu menatey gappo weh..? tolong ghoyat siket gak kat ambo nii..

    ReplyDelete
  15. Anon 12:21 AM

    Hehee....cer tengok sini: http://mountdweller.blogspot.my/2016/01/berdahi-hitam-pun-buat-perkara-ni-juga.html

    ReplyDelete
  16. menatey gilo belako weh..isley isley isley ..kkecek serupo wok long/pok dogol ..

    ReplyDelete
  17. Wang Seli tak amboh nok komeng tengah sedih sokmo, divideng tabunge hok wak nok gi aji tak dok plop tahung ni. Ke guano Wang Seli, ce mung ghoyak sket.

    ReplyDelete
  18. pay per view--duit tarak--sakit tapi pay per view--dap bayar--dap jahat

    ReplyDelete
  19. https://twitter.com/sayed_ridha/status/692858895459430401

    ReplyDelete
  20. Senang je nk elak kucar kacir huru hara dan gawat ekonomi. Ikut je nasihat majlis raja2 n bank negara. Depa nasihat suruh pulih 1mdb. 1mdb ni lubuk duit tp tukang jaga penyamoon dan perompak. Bila masa nk bisnes? Tu yg rugi rugi rugi. Kalu tk bole pulih penasihat n pengarah kena resign. Ini maksud majlis raja2 n bank negara. Tp penyamoon buat dek. Najib resign ekonomi akan pulih. Ini ramalan pakar2 ekonomi. Baru pelabur yakin. Tun daim ramal malaysia menuju bankrupt pd september. Wallahuaklam

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa