| DALIA ISMAIL
Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM ) membidas pendirian Umno yang membunuh demokrasi, pilih kasih dan mengamal kasta dalam parti itu, apabila Setiausaha Agungnya dengan angkuh menolak perlembagaan parti untuk tidak mengambil tindakan tatatertib kepada 14 Ketua Bahagian Umno Negeri Kedah yang menuntut Menteri Besar disingkirkan.
Pengerusinya, Kamarulazman Habibur Rahman berkata, dengan kenyataan balas Setiausaha Agung petang tadi, jelas menunjukkan kini parti keramat orang Melayu itu sudah di 'Sdn Bhd' kan dan mengamalkan prinsip 'Double Standard'.
"Umno sudah di 'Sdn Bhd' kan dan mengamalkan prinsip 'double standard'. Jawapan beliau jelas menunjukkan demokrasi telah mati dalam Umno selagi Najib Razak menjadi Presidennya.
“ Kenyataan Tengku Adnan terlalu dangkal dan angkuh kelihatan seperti dia berada di atas perlembagaan Umno.
“Jika tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan kepada 14 orang Ketua Bahagian di Kedah, dan kenapa pula ada keperluan mengambil tindakan kepada 9 org Ketua Cawangan Bahagian di Telok Kemang?,” soalnya dalam kenyataan di keluarkan malam tadi.
Dalam kenyataan Tengku Adnan hari sama, tidak timbul keperluanb di mana Setiausaha Agung Umno perlu mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua Umno Bahagian Negeri Kedah tersebut. Berhubung dengan perkara yang berlaku di Kedah, Ibu Pejabat Umno memantau sidang media yang telah diadakan oleh Ketua-ketua Umno Bahagian Negeri Kedah pada 20 Januari 2016.
Tengku Adnan dipetik sebagai berkata, mereka telah meminta agar Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di Negeri Kedah yang menurut mereka gagal menggerakkan Umno Negeri Kedah dan juga gagal sebagai Menteri Besar. Mereka berharap Presiden Umno dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti Umno dan kepentingan rakyat Negeri Kedah.
Bagaimanapun Kamarulazman berkata, apapun jawapan balas Tengku Adnan itu, persoalannya adakah isi kandungan buku perlembagaan Umno berubah-ubah mengikut tafsiran peribadi SUA?
“ Yang pasti GKCM membuat sidang akhbar untuk mendesak dan meminta kepimpinan parti berundur adalah satu kesalahan mengikut perlembagaan parti, seperti pertuduhan yang dikenakan terhadap 9 org Ketua Cawangan Bahagian Telok Kemang.
“Apakah sidang akhbar yang dilakukan oleh Ketua Bahagian di Kedah itu merupakan satu sandiwara dan tidak ada keperluan untuk diambil tindakan seperti yang termaktub dalam buku perlembagaan parti?” soalnya lagi.
Dengan sinikal Kamarulzaman berkata:” Lawak jenaka betul permainan dan sandiwara pemimpin parti Umno sekarang. Kesalahan cuma kepada ahli-ahli biasa saja tetapi bagi Ketua Bahagian dan keatas tidak menjadi kesalahan.
“ Apa saja yg dilakukan tetap tiada keperluan untuk diambil tindakan. Akibatnya kapal Uumno hampir tenggelam sebab nakhodanya dikendalikan oleh manusia yang tidak jujur dan tidak tahu menuju haluan sebenar
"Rupanya di dalam Umno sudah ada sistem kasta di mana ahli dikategorikan mengikut kedudukan dan kepentingan mereka.
"Begitu hina Umno melayan ahli mereka dengan cara amat berbeza. Begitu hina sesetengah ahli di mata pemimpin parti,” ujarnya.
Petang tadi GKCM telah berkumpul di Lobi Bangunan Umno untuk menghantar memorandum yang mendesak Lembaga Disiplin parti mengambil tindakan tatatertib mengikut perlembagaan parti itu ke atas 14 Ketua Bahagian Umno Kedah yang cuba menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar yang bertentangan dengan perlembagaan parti.
Setelah memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusuh, selang tiga jam kemudian Tengku Adnan pula mengeluarkan kenyataan rasminya yang dimuat naik dalam portal rasmi parti Umno jam 6.15 petang tadi.
awat hang baru bangun tidoq ka?
ReplyDeleteAhli umno je yg xtau lagi tntg busuknya umno ni...org lain dh boleh congak dah permainan umno ni..dah xterkejut pun..ustaz2 dlm umno dh jadi tukun..pakai lebai pakai songkok je...bawa org p umrah jela..jadi imam siak imarahkan masjid...pastu dok diam2..
ReplyDeletela awat hang baru nak cakap orang dah lama tau
ReplyDeleteomno kuat main kuntau sebab tu depa banyak panau
bial bercakap macam orang sasau
omno dah lama haprak
terlalu lama tido....rupanya....mamat nie......hahahahahaha
ReplyDeleteCik Wan aka Anonymous.. tak mau komen ka?
ReplyDeleteLantak pi kat parti dia.. Kami mahu undi ahli2 parti dia yg dah bangun tido bukan nak kat pemimpin depa..kih kih..
DeleteKahkahkah,..umnox3,...gaduh lah kamu semua,.biar kapal yg kamu naik tu hancur bederai,.kahkahkah,..apa nak aku kisah kan,.ABU
ReplyDeleteHoje demos um passo gigante na mercado e também tecnologia.
ReplyDeleteSe for fazer envie para meu email link do resultado.
ReplyDeleteExceptional post but I was wanting to know if you could write a litte more on this subject?
ReplyDeleteI'd be very grateful if you could elaborate a little bit further.
Bless you!