Terima kasih kepada bantuan daripada rakyat termasuk ibu bapa, golongan pencen, kanak-kanak, pelajar, mahasiswa, kakitangan awam, pekerja swasta yang membayar cukai 6 peratus setiap kali anda semua membelanja.
Jikalau tidak, jikalau tidak sudah pastinya kalangan penjawat awam masih ada kerja, kakitangan awam yang berstatus kontrak tidak terkesan dengan gelombang ekonomi Malaysia hari ini.
Secara statistik, Malaysia hari ini ada sejumlah 1.6 juta kakitangan awam dan 10,000 pekerja kontrak kerajaan. Terbaru, Najib Razak mengatakan :
- “GST bukan untuk menyusahkan rakyat, GST adalah penyelamat kepada rakyat Malaysia.
- “Dengan keadaan harga minyak jatuh AS$30 setong, Malaysia masih mampu mengekalkan semua penjawat awam.
- “Tidak ada seorang pun kita hentikan termasuk pegawai-pegawai lantikan kontrak (pekerja kontrak kerajaan),” katanya
Sebelum ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah nafikan laporan berita dan desas-desus kononnya elaun penjawat awam bakal dipotong, pekerja kontrak kerajaan diberhentikan, kena potong gaji dan juga kenaikan pangkat kakitangan awam dimansuhkan. Macam-macam.
Terkini, Perdana Menteri telah menjelaskan dalam pengumumannya di dalam siri pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 Malaysia dengan mengatakan :
PENGUMUMAN PENGUBAHSUAIN BAJET 2016 : PEKERJA KONTRAK KERAJAAN?
- Kakitangan tetap kerajaan tidak terkesan dengen ketidaktentuan ekonomi Malaysia hari ini
- Pekerja kontrak kerajaan tidak akan berhadapan dengan kemungkinan diberhentikan atau tidak disambung kontraknya
- Ketiga, kenaikan gaji tahunan KGT bagi bulan Julai 2016 sepertimana diumumkan dalam Bajet 2016 akan kekal seperti biasa. Itu jaminan Najib Razak
Alhamdulillah.
P/S : Adakah dengan umumkan naik kadar peratus GST akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dalam kumpulan kakitangan kerajaan di masa akan datang?
P/S : Adakah dengan umumkan naik kadar peratus GST akan ada lebih banyak peluang pekerjaan dalam kumpulan kakitangan kerajaan di masa akan datang?
PP/S : Jangan salahkan peniaga naikkan harga barang. Anda buat satu dasar untuk perkenalkan cukai GST 6 peratus, anda mesti bertanggungjawab untuk menguruskannya, mengawalnya, dan menguatkuasakannya. Jikalau anda tiada keupayaan mengawalnya, usah menyalahkan orang lain atas kekhilafan sendiri.
PPP/S : Pada masa negara kita dilimpahi kemakmuran eknomi, kita kurang berjimat, boros. Pada masa kita berhadapan dengan ketidaktentuan ekonomi semasa. Kemudian sekarang, kita perlu berterima kasih kepada pelaksanaan GST 6 peratus? Patutkah?
PPPP/S : Kenyataan pelaksanaan 6 peratus bagi cukai GST telah menyelamatkan jawatan kakitangan awam tetap dan penjawat kontrak kerajaan, tidak patut dikeluarkan daripada mulut seorang yang bergelar Perdana Menteri. Memalukan…
PPPP/S : Tahun 90 dahulu harga minyak dunia sekitar 30 dolar juga, kerajaan Malaysia masih mampu bayar gaji tanpa sebarang rungutan? Siap ada subsidi pelbagai lagi, GST pun tiada. Ermmmm….
Dicatat oleh ELBI RISALAH di 1/29/2016 05:00:00 PTG
Nasib baik mr bilion yg keluarkan kenyataan ini.kalau mr pointer teruk lah kena mkn kutuk lg.najib tak kisah lah dia sudah mkn terlebih dr kutuk.dia hanya menungu masa sj lg
ReplyDelete