Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 22, 2016

Ciss......semua tipu dan penipuan!

Maznah dedah perkara sebenar isu tolak Mukhriz
MOHD FAZLI ZAINUL ABIDIN - 21 JANUARI 2016
Mukhriz mengadakan mesyuarat bersama kepimpinan Umno bahagian Jerlun semalam.

SHAH ALAM - Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid hari ini mendedahkan perkara sebenar disebalik sidang media Umno negeri itu yang menarik sokongan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mendedahkan perkara itu, katanya, sebelum sidang media itu, mereka (kepimpinan Umno Kedah dan bahagian) telah dipanggil untuk menghadiri satu taklimat tertutup bersama kepimpinan.

"Selaku ketua sayap negeri dan bahagian, saya hadir untuk mengetahui perkembangan parti terutamanya di Kedah.

"Sebaik sampai langsung tiada mesyuarat mesyuarat taklimat, sebaliknya saya dan beberapa pemimpin lain diminta ke barisan depan untuk menyertai sidang media, sedangkan kami tak tahu apa sebenarnya dan tujuan sidang media diadakan," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mukhriz akan teruskan tugas MB, selagi rakyat mahu]

Beliau berkata demikian mengulas sidang media yang diketuai Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah bersama hampir keseluruhan kepimpinan Umno Kedah semalam.

Katanya lagi, tidak semestinya kehadiran beliau di situ menyokong tindakan itu, sebaliknya hanya ingin mengetahui perkara sebenar.

"Saya amat berharap kepada kepimpinan Umno agar semua kembali rasional dalam membuat keputusan.

"Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri. Semoga Kedah kembali aman sejahtera," katanya

3 comments:

  1. Janganlah kita membuat sesuatu yang menyusahkan rakyat dan merugikan bangsa kit sendiri

    yang duk buat susah puak haprak nilah jugak

    ReplyDelete
  2. Bila kantoi......sama ja jawapan pas dan umno.....ketapi kona uturn berapa besaq dah!

    ReplyDelete
  3. Orang perempuan Umno ni jika diajak untuk menipu, wajib berpakat runding elok-elok terlebih dahulu, jika tidak inilah jadinya. Tengok Shahrizat tu, elok pakat awal-awal syyy sana syyy sini, RM250 juta semuanya beres dong. Lembu, jangan gatal nak tanya lagi! Apa...korang ingat perempuan Umno ni, level otaknya macam Wan Rosli ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa