Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 23, 2016

Kalau betul mahukan begitu, bubar saja salah satu parti dan gabungkan ahlinya

'Rakyat menyampah dengan politik permusuhan'
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI - 22 JANUARI 2016
Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Perkembangan ke arah kerjasama politik antara Pas dan Umno menunjukkan perkembangan yang positif, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Namun ujarnya, kewujudan kerjasama politik ini tidak boleh dibuat secara paksaan, kerana ia melibatkan hati dan perasaan manusia.

"Kita kena faham kewujudan kerjasama ini tidak boleh dibuat secara paksa-paksaan, ia harus dibuat secara semulajadi kerana aspek kerjasama dan permuafakatan terutama yang menyentuh hati dan perasaan dia tidak boleh buat macam robot.

"Kalau robot kita boleh strukturkan atau programkan ia, sementara permuafakatan politik ini ia harus datang secara fitrah dan bagaimana fitrah itu boleh berlaku ialah apabila wujudnya pertemuan, perjumpaan sama ada berorentasikan ilmu ataupun pertemuan yang berorentasikan konsep mahabah.

"Dan dalam hal ini saya kira banyak sekali program-program yang dibuat seperti yang Alumni Rabitah al-Azhar lakukan dan semalam saya bertemu dengan pemimpin mereka dan saya cadangkan agar mereka menganjurkan program yang sama dan dibuat dinegeri-negeri pula, jadi perkembangan ini satu perkembangan yang sihat," katanya kepada Sinar Online ketika ditemui di Kumpulan Media Karangkraf.

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, rakyat kini mahukan satu dimensi baharu dalam arena politik tanah air.

"Rakyat hari ini kalau kita perhatikan sudah sampai ke tahap menyampah dengan politik permusuhan dan kebencian yang tidak berkesudahan.

"Rakyat secara umumnya mahukan satu kerjasama yang lebih membawa citra nuraini rakyat yang mana mereka inginkan perpaduan, politik kasih sayang dan ini hanya boleh dilaksanakan sekiranya tiada unsur paksaan atau kita tidak meletakkan kepentingan politik kuasa melebihi kepentingan ummah yang terbesar," katanya.

4 comments:

  1. molek sangat la tu.. nok gabong ke, nok kerjasame ke, nok nasehat ke dua parti. united money notty organisation + parti angkot sampohh.
    doh bule nok kawen, bile nok nnikoh .. sama padang same jangok ssme tabiat.. macang ketot dgang tahi.. macang budu dgn ppoyok.
    cepatla gabong weh..
    wajdi songkok tinggi sejekal + tontowi serbang besor bakol .. doh sape hok kuat lebong.. ?

    ReplyDelete
  2. molek sangat la tu.. nok gabong ke, nok kerjasame ke, nok nasehat ke dua parti. united money notty organisation + parti angkot sampohh.
    doh bule nok kawen, bile nok nnikoh .. sama padang same jangok ssme tabiat.. macang ketot dgang tahi.. macang budu dgn ppoyok.
    cepatla gabong weh..
    wajdi songkok tinggi sejekal + tontowi serbang besor bakol .. doh sape hok kuat lebong.. ?

    ReplyDelete
  3. Sedap bahaso mung. Lemah lembot menusok kalboo. Ibarat angin sepoi bahasa. Tak kasar tak haloos. Wasotiyyah gituu. Kahkah

    ReplyDelete
  4. Yb dr asyraf. Rakyat dah menyampah dgn umno bn. 1mdb lingkop. Rm jatuh. Pm boros. Rosmoh joli. Gaji tk naik. Muhyidin shafie jatuh. Ekonomi teruk. Gst zalim miskin kena. Barang naik. Menteri bodohtolol. Dr. Apa hukum kerjasama dgn penyamoon atau perompak? Maaf den raso poning. Haha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa