PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Monday, January 25, 2016
Wanita itu tidak hamil, kata Sirul
Dalam video kedua didakwa bekas komando polis Sirul Azhar Umar, pesalah tuduhan membunuh itu menafikan laporan media bahawa seorang "wanita" tidak dinamakan sedang hamil.
"Sesetengah media pernah menyebut, dan juga terdapatnya di dalam media-media semasa, dan juga media-media internet, yang memuatkan masuk berkenaaan fakta-fakta yang tidak tepat.
"Yang dilaporkan tidak sama sekali benar, yang dilaporkan adalah palsu, termasuklah bahawa dan juga kononnya, wanita tersebut telah mengandung, dan mempunyai kandungan pada ketika itu," katanya.
Sirul sebelum ini disabitkan Mahkamah Persekutuan atas kesalahan membunuh wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dia melarikan diri dari Malaysia ke Australia dan kini ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Villawood, Sydney, atas kesalahan imigresen.
Sirul sedang cuba mendapatkan "visa perlindungan" yang membolehkan dia hidup bebas di Australia.
Walaupun Sirul tidak menyatakan identiti wanita dalam klip video itu, kemungkinan besar dia merujuk kepada Altantuyaa.
Selain Sirul, seorang lagi tertuduh yang disabitkan kesalahan membunuh Altantuyaa ialah bekas anggota polis Azilah Hadri.
Azilah kini ditahan dipenjara dan sedang menunggu keputusan terhadap rayuan hukumannya.
Klip video kedua Sirul - sepanjang 2.12 minit - diperoleh Malaysiakini daripada sumber yang enggan dikenali, sama seperti klip video pertama.
Ia memaparkan Sirul berpakaian sama seperti klip pertama.
"Nampak di sini provokasi dan juga spekulasi yang telah dimainkan oleh media dan juga media Internet ini, telah menampakkan bahawa, kes saya itu begitu kejam dan teruk.
"Nampak kelihatan di sini, seolah-oleh dipermainkan sebegitu rupa, untuk mengaitkannya, dengan si polan, si polan, si polan.
"Bahawa kandungan itu, milik si polan, si polan si polan.
"Ianya adalah fitnah semata-mata. Saya menafikan sekeras-kerasnya akan kenyataan dan juga akan laporan yang telah dibuat di dalam Internet dan media-media, yang mana mengatakan wanita itu mempunyai kandungan, ianya adalah tidak benar," katanya.
Seperti sebelum ini, Sirul tidak mendedahkan siapakah pihak yang dirujuknya itu, termasuk "media" dan pihak tertentu dalam rakaman berkenaan.
Bagaimanapun kenyataan itu jelas mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Dalam klip video pertama sepanjang 2.51 minit, Sirul mengulangi dakwaan peguamnya sebelum ini bahawa ada pihak tertentu cuba menggunakannya untuk menjatuhkan dan memfitnah seorang individu tidak dinamakan.
[Baca berita penuh]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bukankah di dalam laporan yang direkodkan oleh Pegawai Penyiasat menyatakan bahawa Sirul memberitahu bahawa Perempuan "China" itu merayu supaya beliau tidak dibunuh kerana beliau sedang mengandung. Oooo...mungkin mamat UTK tu sempat membuat ujian kehamilan sebelum menembak mangsa.
ReplyDeleteKalau dah sekali menipu, terpaksa menipu berkali-kali....masa mula-mula ditahan di Australia dulu, Sirul dan anaknya memberitahu media bahawa beliau menyimpan suatu rahsia yang boleh menjatuhkan seorang pemimpin tertinggi kerana penglibatan dalam isu pembunuhan Altantuya. Namun akhir-akhir ini, kenyataan beliau seolah-olah cuba membersihkan seseorang pulak. Dah dapat habuan la tu....Apa hang ingat semua rakyat malaysia ni bangang ka? Kau dah mengaku bunuh orang...bertaubatlah! Duduk diam-diam tunggu perhitungan di Mahsyar kelak.
Setuju..
DeleteYang melakukan pembunuhan, yang mengarahkan pembunuhan, yang menyebakan pembunuhan, yang melindungi pembunuhan... Semua kena bertanggungjawab dan dihukum setimpalnya
DeleteAnon 9:27 AM
ReplyDeleteKoner macam mana pun tangannya tetap berlumuran darah!
Ohhh...rupa-rupanya kau tidaklah sekejam yang disangkakan wahai Sirul. Betapa mulianya hatimu. Rupa-rupanya Altamtuya itu tidak mengandung semasa engkau menembak dan meletupkannya dulu....aku sungguh terharu di atas ketidakkejamanmu itu.... huhuhu...Semoga engkau ditempatkan disyurga bersama para ambia dan haji hadi.....ameennnn
ReplyDeleteOoo rupanya dia bukanlah pembunuh kejam....? mungkin jugak dia bunuh dengan penuh sopan. Bodoh. Patut la jadi anjing. Kaah kah kah
ReplyDeleteSirul pon budak bahalol
ReplyDeleteMuka nya saja dah tau
Yg kita nk tau sangat, bukan samada mek tuya tu ngandung atau tidak. Bukan, bukan, bukan!!
ReplyDeleteYg kita nak tau, siapa arahkam kamu membunuh mek tuya tu!