Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 29, 2016

Oh.....Ahmad Maslan, nasibmu terus malang!

Friday, 29 January 2016
AHMAD MASLAN TERUS MALANG
Kesian dengan Ahmad Maslan, dalam waktu terdekat ini saja sudah  dua kali beliau diturunkan pangkatnya oleh Najib Razak. 

Orang lain membodek dan mengampu dapat naik pangkat, beliau diturunkan pula pangkatnya.

Sebelum ini, beliau diturunkan pangkat sebagai timbalan menteri di kementerian paling senior iaitu kewangan kepada timbalan menteri juga di kementerian perdagangan antarabangsa dan industri, kini jawatannya dalam UMNO sebagai ketua penerangan pula diturunkan kepada ahli MT lantikan saja dengan pengkhususan mengetuai biro IT.

Jawatan Ketua Penerangan UMNO yang disandang oleh Ahmad Maslan sejak Najib menjadi Presiden UMNO bermula 2009 lalu kini diambil alih oleh Annuar Musa, seorang bekas menteri dan Ahli Parlimen Ketereh, Kelantan.

Jika penurunan pangkatnya sebagai timbalan menteri di kementerian paling senior kepada yang  kurang senior sebelum ini dikaitkan dengan kegagalannya memberi penerangan berkaitan GST sehingga timbul pelbagai kekeliruan dan momokan, barangkali pertukaran jawatan dalam UMNO ini kerana Najib juga tidak puas hati dengan prestasinya dalam memberi penjelasan berkaitan isu-isu semasa dalam negara.

Dengan  mengetuai biro IT yang berperanan dalam hal-hal siber dan digital untuk UMNO, Ahmad Maslan pasti tidak akan banyak bercakap seperti selalu lagi, sebaliknya akan lebih kerap bermain di medium media sosial dan alam maya saja.

Agaknya dalam perkiraan Najib, pointer 3.85 yang dimilikinya tidak cukup sesuai untuk Ahmad Maslan banyak bercakap dan memberi penerangan di sana sini.

Sabarlah Mat...banyak-banyak main Facebook, Twitter, Whatsapp dan Telegram sajalah lepas ini. (SH 29/01/2016). - sumber

3 comments:

  1. sekarang ni dah kena ikat.tak lama lg kena sembeleh leh.yg pandai pun tak keh nk menolong..nampak gayanya kena tambah atau cari satu lg kerja la..bg jd 4

    ReplyDelete
  2. Korang ni x abis2 nak kenakan ahmad maslan. Korang silap sebenornya. Ahmad Maslan diturunkan pangkat atas kejayaannya membuktikan kata2nya bahawa perlaksanaan gst akan menyebabkan penurunan harga barangan dipasaran. Oleh itu pangkatnya diturunkan tp pointer dia tetap 3.85

    ReplyDelete
  3. Begitulah nasib seorang menteri dan diturunkan pangkat sebagai timb. menteri kerana banyak tugas yg boleh dibuat dalam satu masa.
    Lagi banyak Ahmad Maslan bercakap lagi jadi bahan ketawa rakyat Malaysia khususnya kabinet Najib dan amnya UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa